n3 terakhir...

Hari ini merupakan n3 aku yang terakhir untuk tahun 2009. Disepanjang 2009 byk suka dan dukanya dan semoga 2009 menjadi iktibar untuk aku memperbaiki diri ini yang sentiasa kekurangan.

Aku harap 2010....esok lah ya menjadikan aku seorang yang lebih ceria lagi dan utk 2010 juga aku berazam utk cepat2 habiskan hutang2 aku kat cik2 bank iteww. Tak tahu le bila nak habis nyer....

Sebelum tu layan sikit acara membaling guli ke longkang...


nak angkat pun tak kuat ni...ada hati nak main juga.






Ombak.

Aku dah janji dengan anak2 aku nak bawak dia orang ke 'puncak' jadi ada masalah yang tidak dapat dielakkan...rancangan itu terpaksa dibatalkan.
Untuk mengembira mereka kami bawa mereka ke Desaru je.

Kami menginap di Desaru Golden Beach Resort.


di villa kami menginap.


haris yang belum pandai lagi berenang...pakai boya(pelampung kuning) sama le dengan aku ni.

Aku dengan anak2 adalah mandi laut. Kalau suami ni...payah sikit kalau bercuti ni yang dia tahu membuta je kerjanya. Nasib baik le aku ni jenis yang tak boleh duduk diam. Merayap je lah kerja aku dlm masa aku disana.


keadaan ombak yang nampak tenang.




ombak yang menganas.


nasib baik aku tak apa-apa masa mandi di laut. Padahal aku bermain air ditepi-tepi je. Bila ombak datang dan ianya seperti menarik aku ketengah pulak. Aku tengelam untuk seketika. Kecut juga aku dibuatnya...ialah aku lak tak pandai berenang.


pengkalan TLDM di Tg. Pengelih.


Jeti Tg. Pengelih untuk ke Singapore, Batam dan Tg Pinang.

Di Desaru hingga ke Pengerang ni tak ada apa-apa yang menarik untuk dicari...mungkin orang-orang yang datang kesini suka akan keindahan lautnya kot.


Dialek.

Tetiba aku teringat pasal loghat2 org negeri sembilan. aku ni faham sikit2 je sebab aku keturunan org jawa. Almaklumlah bersuamikan orang nogeri sikit2 tu faham juga. Suami orang Lenggeng. suami pulak gelar anak kami keturunan jaminang.

Mukim Lenggeng amnya dan kampung Lenggeng khususnya adalah penempatan masyarakat Minangkabau. Dengan itu budaya dan warisan Minangkabau mempengaruhi kehidupan masyarakat setempat. Masyarakat Lenggeng menggunakan dua jenis loghat secara umumnya iaitu loghat negeri dan loghat Minang. Generasi tua di Lenggeng selesa menggunakan loghat Minang berbanding dengan generasi muda yang sudah biasa dengan loghat negeri. Ini berbeza dengan kawasan daerah dan mukim lain di Negeri Sembilan yang didominasi loghat negeri. Ini bukanlah menjadi satu kehairanan kerana ada keluarga di Lenggeng yang masih mengekalkan perhubungan dengan sanak saudara mereka di Sumatera.

Penutur bahasa Melayu di Negeri Sembilan telah dipengaruhi bahasa Minang. Ini disebabkan negeri itu mempunyai sejarah panjang dengan Suku Minangkabau dari Sumatera.


Masa awal2 kahwin dulu mmg susah juga nak faham sebab keluarga belah suami bercakap menggunakan dialek negori campur minang. Bila dah masuk kedlm dunia 'dia' baru lah faham sikit2 je. Kalau ada kenduri kendara kat kg, org tuo2 kat sana akan dtg bergotong royong (org jawo kata rewang) aku mula lah melopong je sambil tersengih2 konon2 faham padahal tak faham langsung. belah org tua kg suami ni klu dah berjumpa dia org guna bahasa minang. Mana lah aku faham. mereka berbual kat aku...aku dok ya kan aje le.

mak mertua berbual kat aku...kekadang tu dia lupa yg aku ni tak berapa faham sangat..ada dia cakap 'beralek' puas aku mengingati ayat tu dgn citer yg dia cakap kat aku. suami pulak menyampuk..tahu tak beralek tu. aku terus jawap tak tahu. dia org pun tersenyum kat aku. maknanya 'kenduri kahwin.'

Anak aku Haris kalau balik kg...mulalah terikut-ikut cakap org negeri. Pandai pulak dia cakap. Suami pulak...kalau di johor cakap biasa je tak pernah pulak dia nak cakap org negeri mungkin tak kena dgn regunya.

Kamus Dialek Negeri Sembilan
(byk huruf 'O' nya.)

antara contoh-contohnya:-

Koba - kata/menyatakan
Goba - selimut
Podeh - Pedas
Ambik - Ambil
Copek - Cepat
Ongka - seram sejuk, rasa mcm nk demam
Menceler - buang air besar
selemo - selsema
abuk2- masa masak rendang...mak mertua cakap dah masuk kan abuk2.
aku dok berfikir abuk apa pulak.
rupanya kerisik.
beralek- kenduri kahwin
gadang - besar
kasai - masa ni haris kena demam campak lalu mak mertua aku suruh kasaikan haris. apa benda lah tu...kasai.
rupanya kunyit yg dilumat dan di lumurkan ke badan.

Salam Maal Hijrah-1431h.



tema sambutan tahun ini ialah...
Memantap Ukhuwah, Memperkasa Ummah.


Ma'al Hijrah memerlukan setiap umat Islam berkorban untuk berpindah daripada bentuk negatif yang ada dalam diri kita kepada bentuk-bentuk positif.

salam dari zue sekeluarga.

Baru tahu...

Apa perasaan anda bila melawat orang sakit di hospital besar (kerajaan). Tentu ada perasaan yang seram, takut, bimbang dan berbagai2 perasaan muncul. Lebih2 lagi bila saja naik liftnya.

Yang sebenarnya aku nak citer pasal aku melawat anak jiran aku masuk hospital kerana appendix.
Kesian...terpaksa kena operation sbb appendix nya sudah pecah jadi Dr terpaksa membuat perbedahan dgn segera. Klu belum pecah aku rasa lambat lagi tindakannya.

Jiran aku ingat anak dia tu kena sakit perut biasa...jadi dia pergi klinik..dr kata kencing kotor. Jadi tak adalah masalahnya. Tapi keesokanya anak dia kena muntah2 bercampur darah.

Jadi pergilah ke hospital kulai...bhg emergency. Dari situ je dr dah dpt tahu terus kena ke hospital besar Hosp Sultanah Aminah.

Dalam kes ni...klinik2 biasa ni mmg tak peka dlm penyakit yg terlindung. Yg dia tahu hanya diluaran saja yg dia nampak. Hospital juga the best.

Apendiks adalah lebihan pada usus perut. Sekiranya berlaku jangkitan ia boleh menyakitkan. Apendisitis yang teruk boleh menyebabkan apendiks pecah dengan pembentukan nanah di dalam rerongga abdomen atau peritonitis (jangkitan rerongga abdomen).



Jadi kena ambil endah tentang sakit perut ni jgn ambil mudah saja.

p/s: untuk beberapa minggu ni asyik citer pasal penyakit je.

Darah Pekat.

Lama sungguh tak jengok rumah. 2 minggu kebelakangan ni aku begitu sibuk.

Minggu ke- 1.
Sebelum raya haji...aku balik kg n.9 lebih awal kerana mak mertua masuk hospital. Dekat seminggu juga aku kat sana. Nasib baiklah ada adik ipar perempuan dialah yang menjaga mak kat hospital. Adalah dalam 3 malam orang tua tu kat hospital.

Masa dapat panggilan dari bapak mertua...cemas juga sebab mak mertua tak pernah masuk hospital.

Puncanya...jantung tak stabil, itu yang kena tahan. Periksa darah...doktor kata..darahnya pekat sangat kena ambil ubat untuk cairkan darah.

Baru aku tahu ada darah pekat dan cair...begitu juga dengan darah yang kurang garam.
Darah pekat boleh menyebabkan seseorang itu mudah diserang sakit jantung.
Banyak pantang2 nya dari segi makanan dimana tak boleh ambil sayur-sayuran hijau dan kekacang. Bunga kobis/brokoli/daun sup pun tak boleh. Ini kerana sayuran hijau memekat kan lagi darah.
Kesian sungguh sebab mak mertua suka makan sayur.



Minggu ke- 2.
Naik kerja lepas raya haji...kerja kat opis dah menunggu. Tu lah pasal tak dapat jengok rumah. Benda nak kena siapkan cepat. Ni...tengah sibuk2 buat kerja sempat juga menyelam minum air.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.