Merisik...

Assalamualaikum...salam hari Selasa..hari yang ceria buat semua teman-teman blogger.
Nak citer pengalaman aku gi merisik kabar...

Rombongan Merisik di Sri Gombak, Selangor...pada 23hb Jan. 2012 hari Isnin...bagi pihak anak saudaraku iaitu anak kakak ku.

Kami pergi cuma 2 kereta je iaitu kereta aku dan anak saudaraku. Kereta ku..aku, suami dan ayah manakala kereta 1 lagi..anak saudara, kakak dan mak.

Pertama kali mengikuti rombongan merisik...satu pengalaman baru :)

Sebelum berbincang perkara yang serius..kami di jemput makan tengahari dulu.

Kami berbual2 hal kampung..asal-usul..dan perkara-perkara semasa...tak le terus terjah ke arah tujuan asalnya.

Kemudian mak mulakan perbincangan...dengan bertanya ada ke si polan ni dah berpunya ke belum...mak si polan pun jawab..'dah'..siap tunjuk kat anak saudaraku..:) sepatutnya tuan punya badan tak ada kat rumah ni..zaman moden asal boleh.

Mak tanyalah pasal hantaran...mak sipolan jawab...'klu boleh lah 13 '...sambil mak memandang kakak dan aku. Kakak ku jawab...insyallah 'Boleh'.

Akhirnya pihak perempuan meminta dalam bulan Jun majlis pertunangan di adakan tapi tarikh belum ditetapkan dengan hantaran rm 13 k serba satu.

Alhamdulillah tidaklah terbeban sangat anak saudaraku nak mengumpulkannya...insyallah rasanya dia dapat mengadakannya.

Kemudian kakak ku menyarungkan cincin risik dan sepasang kain...sebagai tanda.

lebih kurang macam ni lah rupa cincin risik..aku lupa nak tangkap gambonya.
(gambar sumber dari google)


Inilah Duniaku,




(zaman 90an aku cuma rm 3 k je dan mas kawin rm 22.50 (sampai skrg jumlahnya segitu...nak beli mas segram pun x dapat...bila lah nak di naik harga mas kawin Johor ni. )


 

Fobia nengok darah.

Assalamualaikum...salam hari Isnin..hari yang rasa2 malas je nak mulakan kerja :)...semoga teman-teman blogger senantiasa sihat walafiat dan ceia2 selalu. Amin.
Aku nak citer pasal hari Jumaat yang lepas...masa lunch aku dan beberapa staff yang lain pergilah melawat boss yang buat operation di Hospital Putri JB. Operation membetulkan tisu tangannya yang terkoyak akibat bermain golf.

Kami mendengarlah cerita bagaimana dia kena operation siap kami melihat video dan gambar2 yang anak dia ada ambil.

Tak tahu pulak ada new staff ni (ppuan) yang fobia dengan darah...wah dia pun ikut sama nengok.


sumber dari google

Kita orang berborak2 dengan boss tup2 nengok dia dah mula nak jatuh...nasib baik mereka yang dekat dengannya dapat sambut.

Terus aje panggil nurse...nurse check tekanan darahnya..tak sampai 5 minit dia sedar balik dan nurse tu beri dia minum air milo panas. Baru dia perasan yang dia telah terkencing masa dia pengsan tadi. Alahai kesiannya...tentu dia rasa teramat malu...

Inilah pertama kali aku lihat kejadian orang yang betul2 fobia nengok darah..selalu aku mendengar dan membaca aje tentang orang yang ada fobia ni. Rupa2 nya ada banyak fobia yang terdapat dalam diri manusia ni. Setelah aku search di 'google' mmg pun ada berbagai2 penyakit orang 'fobia' ni.


Inilah Duniaku,



Maulidur Rasul...

Rata-rata seluruh dunia membuat sambutan maulidur rasul seperti juga di taman saya.Minggu lepas iaitu hari Sabtu..18hb Feb. 2012 bersamaan 25 Rabiulawwal 1433 hijrah.


Kali ini Masjid di tempat saya buat sederhana saja...tiada karnival (jualan) yang selalu dibuat setiap tahun.


Jemputan penceramah dari UTM/JB. Lupa lak nama ustaz tu. Ceramahnya berdasarkan tema tahun ni iaitu “PERSEFAHAMAN ASAS PERPADUAN UMMAH”.


Ceramah dibuat selepas solat Maghrib. Banyak pengajaran yang kita dapat bila kita hadir di majlis ni..cuma sesekali hilang fokus dek kerana kebisingan anak-anak kecil yang bermain2 di depan kita.


Habis saja syarahan tu...mereka terus buat solat Isyak dan yang lain2 dijemput makan.


Kononnya tak lah berebut2 nak beratur ambil dulang nasi tu...bila dah lenggang sikit baru le gi ambil..rupa2nya dah habis.


Peliknya pengunjung yang datang punya lah ramai hidangan yang dimasak...cuma untuk 300 orang aje...alahai kesiannya kepunan nak makan nasi minyak kat dulang..:(


Maulidur Rasul tahun lepas (2011)


Yang kesiannya anak2 kawan2 saya yang dok merengek nak nasi...alahai apa nak buat tak ada rezeki..kita2 yg tua2 ni pun terasa juga sebab tengok orang2 makan nampak sedap je...yang kita ni..apa hal balik terus makan kat umah je.

Tujuan asal untuk mendengar syarahan agama jadi usahlah merunggut bila tak dapat makan...tapikan dah jadi kebiasaan kan bila ada majlis maulud mesti ada makan...kan..


Inilah Duniaku,



Perjumpaan kali ke 2.

Assalamualaikum wbt...semoga kawan2 blogger sihat hendaknya...:)

Hari ini aku nak berblog semula setelah hampir 3 purnama menyepikan diri...



2nd REUNION kami di Hotel Tropical Inn Johor Bahru pada 6hb. Feb 2012.

Gambar reunion Sek Men Majidi Baru (SMMB/JB)..setelah hampir 29 tahun tidak berjumpa.

Masa dulu sek SMMB hanya setakat ting 3 je kemudian kami berpindah ke sekolah2 area bandar JB mengikut aliran yang kami dapat selepas SRP.

Pihak ajk telah dapat mengumpulkan seramai 81 orang tapi yang dapat hadir hanya 75 orang...seronok sangat masa itu...sampai kan tak tahu nak cakap bila dah berjumpa.

Banyak juga hadiah2 yang disponsorkan oleh kawan2..begitu juga kami menbawa setiap seorang bawak 1 hadiah bagi dibuat cabutan bertuah..pendek kata semuannya dapat..walaupun ada yang tak bawak.

Berbagai-bagai acara telah dibuat oleh pihak AJK...sampaikan tak cukup masa...gembira sangat.


Sorakkan tanda gombira sangat...jumpa di tahun 2013 di Kuala Lumpur.



inilah duniaku,




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.