Kejap HARAM...
Kejap HALAL...
mana satu ni...
Inilah Duniaku,
Inilah duniaku.
Setiap sesuatu ada rumahnya, rumah cinta adalah hati. Dalam perjalanan cinta, adalah mustahil untuk tidak kita hinggap ke singgahsana cinta.
Puasa di hari Arafah
Tarikh 9 Zulhijjah dipanggil hari Arafah kerana pada 9 Zulhijjah umat Islam yang menunaikan haji akan melakukan wukuf di Arafah.
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Puasa itu (puasa hari `Arafah) dapat menebus dosa setahun yang telah berlalu dan setahun akan datang.”
Esok dah mula cuti...walaupun tak balik kampung tapi saja nak rehat dan cari bahan nak masak laksa johor.
Insyallah esok nak puasa sunat.
Niat Puasa Hari
Arafah: "Sahaja aku berpuasa sunat Hari Arafah 9 Zulhijjah kerana
Allah Taala."
Selamat Hari Raya Aidil Adha dari zue sekeluarga.
Inilah Duniaku,
Napa naik 20sen je...
(Ku tuju kan buat jiran sebelah bantalku...)
Dah menanah telinga ni dengar kata nak berhenti...peee dah..
Inilah Duniaku,
Alhamdulillah..segalanya dah selamat.
Assalamualaikum wbt...seronok nengok gambo raya kawan2 di facebook maupun di blog.
Raya kali ni banyak perkara2 yang menyayat hati.
Raya ke 6...dapat panggilan dari kakak kul 4.10 pagi...24hb. Ogos mengatakan ayah sakit dan dimasukkan ke wad. Aku datang ke HSA (hospital tun aminah jb) dalam kul 8.00 pagi dan mengantikan tempat abang aku yang jaga dari dia masuk wad...
Dalam kul 12.30 tengahari ayah mengadu sakit perut...aku pun terus panggil nurse. 12.45 terus masuk kebilik bedah.
Kami berkumpul adik beradik di tingkat 1...risau dibuatnya sebab orang yang masuk kemudian dah keluar..yang ayah lum keluar2 lagi.
Macam2 persoalan yang berfikir dikepala otak masa itu sebab faktor usia ayah...
Pukul 6.30 ptg barulah ayah keluar dari bilik bedah...alhamdulillah ayah selamat. Doktor kata hempedu ayah pecah dan ada batu karang. Itulah puncanya ayah selalu mengadu sakit tapi tak mahu pergi hospital.
Sebelum tu..suami aku dapat panggilan dari ayahnya mengatakan suami sepupu nya meninggal dunia sebelum subuh semasa tidur..tarikh dan masa yang sama ayahku sakit.
Bukan itu saja...kakak sepupu suamiku kini koma...selepas muntah darah akibat dari pembedahan saraf. Pergi melawat di wad ICU...kesian nengok penuh dengan wayar2 dibadan dan muka....
Selepas keluar dari bilik bedah.
hari ke 3...tetap sembahyang berdiri.
Ayah keluar wad hari selasa (28hb Ogos)...5 hari di Hospital. Segala kos perubatan FOC sebab ayah kerja gomen...:)
Inilah Duniaku,
Labels:
Alhamdulillah selamat,
batu karang,
hempedu pecah
Kad sebagai Penganti Diri.
Yang ditunggu dah dapat...yang berkenan dah dapat dibeli....
Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Mood kerja dah tak ada...
Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja hinggalah aku naik kerja 27hb Ogos.
Tahun ni aku beraya di rumah mertua di Lenggeng N9 dulu dan raya ke 3/4 barulah aku balik JB.
Jadi dikesempatan ini aku memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut
hingga hujung kaki jika ada tersalah dan silap di masa kita berblogging.
Harap maafkan ia kekawan.
Inilah Duniaku,
Subscribe to:
Posts (Atom)