Dah settle semua.

Assalammualaikum wbt...Bila kerajaan bagi potongan 50% untuk bayar saman. Masih ramai yang suka melenggah-lenggahkan bayar....eee termasuk....lah aku.

Sebenarnya aku dah dapat surat saman dari tahun lepas. Bila hidupkan road tax..ok tak ada masalah.
Itu yang buat bodoh je dengan saman tu. Bila kerajaan dah bagi tempoh hingga 28hb Feb hari ni last day.
Mula mengelabah dan terpaksa juga bayar.

Naib baik kawan satu opis ni...suami dia polis. Mintak tolong dengan dia bayarkan.

Aku ada 1 saman kereta atas nama aku dan 1 saman motor atas nama suami. Semuanya kena rm 180. Lepas duit pasar aku. Nak buat macam manakan taik kambing bulat2.

Yang mana dulu..

Assalamualaikum w.b.t...seronoknya sebab esok dah cuti...tapi yang tak seronok kerja rumah berlambak2 ni...kain baju lum lagi berlipat dan macam gunung...main kais2 je nak cari yg barang kecik...

Esok pulak ada majlis Maulud Nabi...kawan dari KL nak datang pulak...Banyaknya kerja nak dibuat ni.

Malam ni terpaksalah aku kena bereskan dulu kerja rumah...esok lepas Subuh kena siap2 masak lauk tengahari.  Kalau siap masak bolehlah pergi ke majlis Maulud.

Harap2 kawan tu lewat sikitlah sampai...supaya aku ada masa nak kemas rumah.
biasalah rumah orang bekerja seminggu sekali je kemas.

Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Hadith:

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.
2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




 

Kompang.

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.
Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu. Ia tergolong dalam kumpulan alat muzik gendang. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing.


Pada kebiasaannya, seurat rotan akan diselit dari bahagian belakang antara kulit dan bingkai kayu bertujuan menegangkan permukaan kompang, bertujuan menguatkan bunyi kompang. Kini, gelung plastik turut digunakan.

Alat muzik ini berasal dari dunia Arab dan dipercayai dibawa masuk ke Tanah Melayu sama ada ketika zaman Kesultanan Melaka oleh pedagang India Muslim, atau melalui Jawa pada abad ke-13 oleh pedagang Arab.

Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain.

Gambar belakang bahagian kompang.Cara memalu kompang ialah dengan menepuk kulit kompang dengan bahagian jari-jari atau tapak tangan mengikut rentak. Kompang biasanya dimainkan semasa perarakan, kenduri dan upacara-upacara tradisi lain.

Bunyi yang berlainan dihasilkan dengan membezakan cara bukaan tapak tangan. Bunyi 'bum' di perolehi dengan tepukan di sisi kompang dan tapak tangan dikuncup/rapat. Bunyi 'pak' di perolehi dengan tepukan di tengah kompang dengan jari tangan yang terbuka.

Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahsa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian. Di Sabah, pertandingan kompang sering diadakan untuk memartabatkan kembali kesenian Melayu yang telah hampir pupus ini.

Sebenarnya aku nak beritahu betapa frustnya anak bujang ku yang berumur 9 thn tak dapat masuk kelab kompang. Mana tidaknya Haris siap beli kompang di Air Hitam pakai duit simpanannya sendiri...dengan harga rm 15.
Alasan cikgu "awak kecik tak boleh masuk"....dia bengang sebab kawan dia badan lebih kurang macam dia dapat masuk.

Nak juga jumpa cikgu tanya kenapa anak saya tidak diterima masuk...tak nak kecoh pulak...mungkin tak ada rezeki Haris...

Haris..kompang aje le sendiri...pang pang kompang gibing gibing...


Itulah aku.

Kita inginkan mahligai yang kita bina berkekalan hingga akhir hayat...dan kita juga inginkan mahligai yang kita bina tiada sengketa dan perbalahan tapi mustahilkan...Sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri...

Siapa yang harus disalahkan dan siapa yang harus mengalah.

Bukan aku emo sangat cuma rasa sedih juga kan kita sebagai isteri adakalanya terasa kecik hati...tapi semua itu dipendamkan dalam hati aje...


Sila klk dibawah ini berkenaan dengan 10 tips bagaimana boleh menjadi pasangan yang baik.

http://pakarhowto.com/tips/10-tips-bagaimana-anda-boleh-menjadi-pasangan-yang-baik.html#more-4665


Pujuk..masuk..

Pujuk-memujuk memang kerja orang macam ni..mula2 email....kemudian fb....dan ni cari aku pakai hp....

Ada biz baru diperkenalkan belum ramai..kalau masuk dulu.....senang nak dapat orang bawah..

Bukan tak nak masuk tapi dah selalu terkena..akhirnya aku juga rugi.

Berkata..bukan skim cepat kaya..bukan biz MLM.....tak perlu cari orang.....biz yang ada lesen.....tak perlu jual barang.

Hanya masuk ahli......boleh percaya ke..


Salam Maulidur Rasul


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Terkilan.

Assalamualaikum wbt. Semoga teman2 blogger sihat senantiasa berada didalam keadaan sihat hendaknya.
Semoga apa saja urusan hari ini dipermudahkan amin.

Bercakap tentang di permudahkan..rasa terkilan dan sedih juga. Mana tak..tawaran yang ada didepan mata tapi di tolaknya.

Tak adalah sedih mana sebab yang punya diri tak rasa apa-apa pun malah tersengih-sengih je..

Geramnya..anak aku dapat tawaran masuk sekolah teknik dan sek cluster tapi tak nak pergi...puaslah dipujuknya..ayahnya siap kata..'kakak nak apa cakap ayah boleh belikan' dgn syarat masuk asrama...tak makan pujuk juga.

Terkilanlah..sebab masa form 1 tak berpeluang..bila naik form 4 ingatkan dia duduk asrama..belajar berdikari..ni tak..nak duduk bawah ketiak ibunya lagi.

Alasannya...takut duduk asrama..sbb sek asrama ada hantu..budak2 mudah kena histeria..
Memang tak dinafikan anak ppuan aku ada sifat penakut bukan sikit tapi banyak..klu ada citer hantu..mmg tak dpt nengoklah.

Akhirnya kami dah malas nak bertanya-tanya lagi....tapi tu lah terKILAN..sbb kekawan /jiran/sedara mesti bertanya 'Shiera sekolah mana'.

Payahnya.

Bila dah tua macam2 penyakit akan hinggap kat kita...nak2 bila dah jadi warga emas.
Tapi bila penyakit dah lama bersarang kat badan..lama2 manusia dah mula hilang pertimbangan dan menjadi seseorg tu tidak bersikap sabar agaknya..

Aku melihat mak mertuaku yang begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapnya..hinggakan nak berjalan dah menjadi susah. Bila badan dah gemuk..lutut dah hilang gerisnya dah tak boleh duduk bersila..sembahyang duduk atas kerusi..makan dah kena berjaga-jaga.

Dia mempunyai perasaan malu..tak mahu pakai tongkat..masih gagahkan juga jalan..walaupun nengok mempapah2 dgn mencari sesuatu yg boleh dicapainya.

Dia nak masak juga untuk anak cucunya yang balik..tapi kesian nengokkan..sebab nak ambil sesuatu semuanya payah...anak2 tak bagi mak masak tapi kan org tua..cakap dia mana boleh lawan...mungkin dia rasa anak2 nak makan air tangannya.

Esok2 kita pun akan jadi macam dia juga...

Ingatkan dapat bunga..

Wah..besok cuti sampai minggu depan baru naik kerja. Mahu raya hujan tak berhenti-henti turun..kain baju dah banyak basuh..kering x serupa kering..sejuk je..terpaksa hantar dobi...dah banyak sangat sampai tak ada tempat nak sidai.

Macam mana ni...ingatkan dapat le bunga. tak ada bunga pokok pun jadilah..ni tangkainya pun tarah..apa citer..janji nak bagi. Patutlah tangan aku ni tak ada yang gatal.

Kesian member2 bangsa tionghua ni...tak merasa bunga le raya ni. Tak kisah lah..dia org ni site income byk tak mcm org melayu asyik harapkan duit gaji semata-mata.

Memang tak bestnya dpt cuti banyak tapi tak masyuk...huhuhu.

Ada 3 jemputan kawin dan kenduri...nak balik Kg pulak..lepas semua ni gigit jarilah aku..

Happy Chinese New Year and Happy Holiday.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.