Apa Itu Mati?


Mati adalah berpisahnya roh dengan jasad untuk sementara waktu yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t .

Mati ialah terputusnya hubungan roh dengan jasad lahir dan batin, perpisahan di antara kedua-duanya, pertukaran dari satu keadaan kepada keadaan lain.

Ramai manusia menganggap kematian adalah sesuatu yang menakutkan. Namun keadaan sebenar kehidupan di alam barzakh hanya diketahui oleh Allah. melalui nas al-Quran dan hadis, manusia awal-awal lagi diberi peringatan agar bersedia menempuhinya dengan memperbanyakkan amalan kebajikan dan menjauhi kemungkaran agar terjamin keselamatannya kelak.

Bagaimana agaknya kalau yang mati itu kita?


Sesak. Memang sesak. Takut. Memang menakutkan.
Maka, bersyukurlah dengan kehidupan yang masih bersambung ini.

Selimut Putih

Bila Izrail datang memanggil
Jasad terbujur di pembaringan

Seluruh tubuh akan menggigil
Terbujur badan dan kedinginan

Tak ada lagi gunanya harta
Jikalau ada amal di dunia
Itulah hanya pembela diri

Janganlah mahu dikenang-kenang
Engkau digelar manusia agung

Sedarlah diri tahu diuntung
Sebelum masa keranda diusung

Datang masanya insaflah diri
Selimut putih pembalut badan

Tinggal semua yang dikasihi
Berbaktilah hidup sepanjang zaman
Atiqah Rahman / Orkes Nur El Suraya

rakyat johor sedang berkabung selama 1 minggu.
al-fatihah buat Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail.

Takzirah Jumaat..air mata ibu.

Minggu lepas aku ada menonton rancangan 'Semanis Kurma' oleh ustazah Dato Siti Nur bahyah dan suaminya ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid....di tv9. Tajuknya 'Air Mata Ibu'. Itu rancangan ulangan. Sempena hari ibu.

Tetamunya aznah hamid dgn anaknya t.shahira dan seorg lagi tetamu perempuan yang tidak ditunjukkan rupanya namanya aku lupa tapi aku letaklah nama pn. A.

Citer pelakun 2 beranak hanya berkisarkan tanda hormat antara si anak dgn si ibu aje. Tapi kisah dari pn A berlainan pulak.

Sedih dan rasa terharu sangat dengan citer dari pn. A. yg telah berpisah dgn suaminya serta tak dapat jumpa pulak dgn anak2nya seramai 3 org.

Di pendekan citer pn A telah dpt berjumpa dgn anak2nya terutama yang sulung lelaki berumur 22 tahun.
Tapi malang bagi Pn A anak nya cuba...nak memperkosanya di bilik air. Citernya aku tak berapa pasti samada sudah dirogol atau belum. Hinggakan pn A telah berkata kpd ustazah yg dia tidak akan memaafkan anaknya itu dan berdoa supaya anaknya itu ditimpa bala. Hingga begitu sekali derita pn A.
Sampaikan ustazah itu kata tidak ada ibu yg tidak memaafkan kesalahan anak2nya...tapi tidak bagi pn A hingga kat HP nya dia letak nama anak dia dgn nama 'anak derhaka'.

Kisah dari pn A membuat aku dan kakak(anakku) mengalir air mata dgn sendirinya. Pn A akan memaafkan sekiranya sianak itu dtg menyembah dan memohon maaf kpdnya. Tapi katanya hingga kesaat ini sianak tidak berbuat demikian.

Sebenarnya panjang lagi citer2 nya...tapi ni saja yang dapat aku ungkaikan di sini buat renungan kita semua.

Tak kaki sukan.

Dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan akhir sekali ke kolej...memang aku tak kaki sukan. Aku kaki apa pulak....kaki rayau kot.


Ini telah menjadi ikutan pulak anak-anak aku juga. Kalau setakat ikuti latihan memang tak pernah miss datang tapi bila ditanya masuk acara apa...'tak masuk apa-apa pun'.


Membeli pakaian dan kasut sport bukan main lagi...tapi sudahnya jadi tukang sorak aje le.(Mcm aku juga)


Bila nengok budak2 yang kaki sukan ni boleh tahan juga stamina dia orang ni...nak juga nengok anak2 aku ni dpt kumpul medal2/piala tersusun kat gerobok tu.

Inilah orang kata mak borek anak rintik...

Free demo...AutoCAD..


kul 2.00 pm -3.15 pm...kami satu department gi attend demo AutoCAD Architecture 2010 & Autocad Revit di Block 5 Danga walk JB. Melihat pada demo yg ditunjukkan tu nampak senang benar klu nak buat 3D dwg. pd floor plan je...comp dah boleh dpt baca. Aku yg tak tahu langsung tentang 3D ni pun dah dpt rasa boleh buat. tapi ar...ga...nya dekat RM 15000 tau.
Adalah dpt 30 day trial puye software. Ni nak cuba belajar-belajar.

Isu sensitif.

Institusi keagamaan telah menjadi satu ISU.

Didalam islam itu sendiri telah mengajar kita untuk hormat menghormati agama masing-masing.

Bila hilangnya sensitiviti maka mengakibatkan banyak perkara-perkara yang tidak sepatutnya berlaku di dalam negara kita.

Nasib baiklah aku kat opis ni semuanya ok...tiada perbezaan agama maupun bangsa sebab kami memang '1 MALAYSIA'.

Yang penting tiap bulan gaji mesti masuk dan aku tak mahu memeningkan perkara memikirkan hal2 yang tengah berbangkit sekarang ni.

1st N3...2010

Hari ni aku baru mulakan n3 yg pertama di tahun 2010. Tiada citer yang aku nak citerkan disini....cuma hari ni aku nak menziarah rumah teman2 blogger aje.

Tentu teman2 akan menciter kan pasal anak2 yg baru mulakan persekolahan atau sibuk mencantikkan blog almaklumlah thn 2010.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.