Gemilang perkahwinan.

Pada sabtu minggu lepas aku menjadi kendarat orang kahwin kat kawasan taman aku ni. Adalah dalam 12 orang kumpulan kami yang dibahagi-bahagikan tugas.

Jemputan dalam pukul 11.00 pagi hingga 5.00 ptg. Kumpulan kami telah datang sebelum pukul 11.00 lagi kami dah sampai. Di mana kami mengemas apa2 yang patut di meja makan tetamu. Tuan rumah menggunakan khidmat catering.
Jadi tak adalah rewang pada sebelumnya.

Jam dah nak masuk pukul 12.00...makanan belum lagi sampai. Tetamu dah datang, nasib baik sedara mara tuan rumah. Bolehlah dilenggahkan dulu. Dalam 12 lebih gitu barulah sampai, itu pun tak sepenuhnya. Lauk pengantinnya nasi hujan panas (entahlah aku pun tak tahu kenapa digelar nasi hujan panas) lauknya dalca daging, ayam masak merah dan pacri nenas. Air satu jenis je Oren. Yang belum sampai pencuci mulut dengan daging masak lada hitam.

Sebelum tetamu datang kami kumpulan kendarat makanlah dulu. Kalau makan lauk pengantin yang belum diloceh2 ni memang sedap tengah pulak masih panas lagi.

Aku hairan pihak catering ni dah lah lambat sampai dah tu hantar lauk pakai kenderaan MPV punya cantik manalah nak muat dengan periuk2 yang besor2 ni. Terpaksa lah 2 kali trip mengantarnya. Lain kali kalau nak jadi catering pakai lah lori..barulah praktikal sikit. Bahlol betul.

Kesian betul dengan tuan rumah entah berapa kali asyik talipon tukang masak...jawapannya 'on the way'

Dalam pukul 3.30 ptg, lauk dah tinggal sikit..nasi masih ada lagi 2 tong tarmus. Nasib baik rombongan pihak lelaki sampai cepat takada lah kata mereka tak dapat lauk. Yang hairannya jemputan dianggarkan dalam 800 orang tapi lauk pauknya sikit saja. Terpaksalah tuan rumah membeli lima ekor ayam lagi untuk keluarga mereka sendiri. Kesian betul.

Dalam pukul 4.00 ptg lauk dah tinggal 2 jenis aje iaitu ayam masak merah dengan dalca daging...itu pun lebih kuah dari isinya. Hanya di tray tu aje yang tinggal. Selesai berkemas dan sempat juga bergambo dengan pengantin...kami pun beredar.


Pengajarannya disini...kalau nak membuat kenduri kahwin yang menggunakan khidmat catering ni kena tanya dengan orang yang pernah gunakan khidmatnya. Walaupun harga yang dikenakan murah tapi jangan sampai menyusahkan kita kelak.
Lagi satu jarak antara rumah pengantin dengan tempat masak tu...janganlah sampai jauh2 sangat . Agak2 sebelah taman itu dah oklah.

p/s: kalau ada berminat menggunakan khidmat kendarat sila2 lah. Promote gitu. Hihihi.

7 tahun.

zwani.com myspace graphic comments


Esok adalah harijadi anak aku..MUHAMAD HARIS DANIEL yang ke 7 tahun.
Esok juga aku cuti...jadi aku nak le updatekan ucapan harijadi haris ni kat sini sebab aku ni gunakan harta ahmad albab...

Untuk haris daniel...ibu ucapkan selamat hari jadi yang ke 7 tahun semoga jadi anak yang soleh dan rajin2 baca buku tau. Insyaallah cuti sekolah nanti kita pergi 'bercuti'.




Bila tak boleh disuruh.

Apa perasaan kau bila kita menyuruh orang tu sambung kerja orang yang bercuti. Ada setengah orang anggap buat apa buat tunggulah sehingga orang yang bercuti tu buat sendiri. Masalahnya pihak atas nakkan drawing tu..jadi kenalah habiskan.

Lagi pun aku ni bukannya jenis orang suka mengarah orang tak tentu pasal. Kalau tak head of department (HOD)suruh. Jadi kenalah kita siapkan kerja yang ditinggalkan oleh staff yang bercuti iteww.
Tapi yang tak sedapnya member ni mmg tak boleh disuruh ada aje jawapannya. Dia akan buat setakat ikut gaji yang diterima.

Bukannya aku berlagak ketua...tapi kita ni satu team kerja kena bantu membantu kalau tak mana nak siap drawing tu. Leceh betul. Yang aku geram...dia boleh sms kat member admin yang dia tak puas hati kat aku ni.
Hari ni aku malas nak cakap dengan dia. Nasib baik ada seorang mamat ni cover kerja2 yang orang tu tak nak buat. Itu pun kena suruh oleh HOD aku juga.
Malas nak bising2 diam ajelah kalau cakap lebih2 kan nanti gaduh pulak. Sabor je lah.

Pen Merah Pen Biru.

aku : Haris...kertas periksa dah dapat ke?

haris : dah ibu

aku : lulus tak..mana dia.

haris : cikgu cakap klu pen biru lulus ..klu merah tak lulus.

aku : ya lah itu pun ibu tahu. zaman ibu sekolah pun mcm tu.

haris : b.i ayes dapat 50 lulus.

aku : ha !...mmg le lulus napa sikit sgt markah tu.

haris : ayes dapat pen biru. Kawan ayes dapat pen merah.

peh..fening kepala aku...haris ni masih belum matang lagi...pada dia janji lulus je.
itu baru b.i belum yg lain2.

Petua untuk sentiasa ceria

Buku yang dihasilkan oleh Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah, Hj. Muhammad Zakaria dan Zizi Azlinda Yusof. (buku ni aku jumpa di celah2 buku di rak buku kakak)

Apa yang dapat aku katakan tentang buku ini, ianya amat sesuai untuk berbagai peringkat umur.
Antara kandungan di dalam buku ini mengenai:-

Punca-punca tidak ceria:
1. Tidak mendapat hidayat-NYA.
2. Jahil banyak perkara
3. Bodoh sombong
4. Hati kotor
5. Tidak mengamalkan ilmu
6. Tidak istiqamah
7. Tidak bersatu hati
8. Tidak berdoa
9. Tidak bersyukur
10. Perspektif yang silap
11. Suasana yang negatif
12. Gagal melihat secara objektif

Petua sentiasa ceria antaranya:-
1. Patuh perintah Allah
2. Berdoa untuk ceria
3. Memaafkan semua orang sebelum tidur
4. Programkan minda sebelum tidur
5. Senyum dan berdoa selepas bangun tidur

pepatah ada berbunyi:
“Air yang jernih dihulu akan jua jernih dihilir”.

Maksudnya, apabila kita memulakan pagi dengan senyuman dan berdoa selepas bangun tidur ianya akan mempengaruhi keceriaan sepanjang hari. Senyumlah, pasti dunia akan tersenyum bersamamu.

Begitu juga dengan peribahasa cina mengatakan,
“Semalam dan kelmarin telah berlalu meninggalkan sejarah dalam kehidupan. Esok, lusa dan akan datang merupakan impian dan wawasan”.

6. Memakai warna yang sesuai dengan naluri.
7. Memlih butang-butang ceria

contohnya menelepon ibu bapa, minum holicks, melihat pemandangan yang indah, memerhatikan ikan di akuarium, mendengar muzik dan membaca al-quran. Jangan memilih sesuatu yang tidak dibenarkan syarak.

8. Membuat kerja sebaik mungkin
9. Mengembirakan orang lain
10. Menjaga kesihatan
11. Mencari strategi untuk ceria
12. Masalah itu...Bukan masalah sangat!
13. Tidak semestinya menang setiap masa
14. Selaraskan matlamat
15. Perbandingan betul
16. Memupuk persahabatan
17. Menerima diri seadanya tanpa syarat
18. Buka minda untuk maklumat baru
19. “Betapa penting kamu bagiku”
20. Tekaan positif jika tidak pasti
21. Rutin harian yang fleksibel
22. Jangan cakap saja, tapi buat!


Rumusan:

1- Hadiahkan kepada semua orang seulas senyuman yang paling iklas dan bermakna.
2- Senyum itu sedekah...Rebutlah peluang ini sepantas mungkin!
3- Awasilah senyuman kita kepada ajnabi (bukan mahram) agar tidak menjadi fitnah yang lebih berat.
4- Doa memainkan peranan penting untuk kita sebagai hamba yang lemah meminta dan merayu kepada Allah Yang Agung.
5- Gerakkan otak supaya sentiasa berfikir strategi-strategi untuk sentiasa ceria.
6- Ceria amat perlu dalam diri semua insan.
7- Keceriaan adalah salah satu tanda kekuasaan Allah s.w.t. Dengan mengambil kira bagaimana untuk ceria di sisi Islam, jiwa kita akan berasa lebih tenang dan bahagia kerana telah berusaha mengkaji satu ilmu Allah antara berjuta-juta ilmu Allah yang maha luas ini.
8- Ceria seorang Mukmin berbeza dengan ceria seorang yang lalai. Pilihan terletak pada kita untuk mahu berada di garisan yang mana.

Insan yang insaf dan bertaubat di malam hari nampak bersedih
di mata manusia umum tetapi dia gembira dan ceria di sisi Allah.





Rajin

Dalam 2 anak aku ni haris daniel rajin sikit berbanding dengan kakaknya. Dia suka mengemas rumah. Kalau barang2 yang tidak sepatutnya berada ditempatnya pasti dia akan alihkan hinggakan surat2 yang belum dibukak pun dia dah simpan ditempatnya.


Sapu sampah diluar rumah dan menyusun kasut2...lihat lah gambar dibawah yang kakak dia curi2 ambik.




Tapi yang malas dia ni tang belajar...kalau tak ada kerja sekolah jangan harap dia nak baca buku yang dia tahu tengok tv channel 611. Tentang pelajaran dia ni...kira ok lah sederhana je.


Nak harapkan lebih aku sendiri pun tak sempat nak ajar dia. Teruk nya aku ni...memang tak ada masa balik kerja sampai rumah dah kul 7 malam keatas itu pun kalau tak jemm. Harapkan sabtu dan ahad baru le aku dapat ajarnya itu pun kalau tak merayap kemana-mana.


Minggu ni minggu peperiksaan akhir tahun...harap beroleh dengan cemerlangnya.


Rasullulah bersabda,
“Kasih sayang seorang mukmin kepada seorang mukmin
yang lain adalah salah cabang iman.
Ketahui! Sesiapa yang mencintai kerana Allah,
membenci kerana Allah maka dia tergolong
orang-orang pilihan Allah”.

Bertemu kembali...












Aku betul2 rasa gembira kerana member kamcing dari sek rendah/menengah mengunjungi rumah aku.
Kami memang selalu berempat...aku, nollie, sheena dan noi.


Begitu lama hubungan persahabatan kami dari tahun 1980 hingga 2009.
Agak lama kami tidak berjumpa hanya berhubung melalui telepon saja. Mungkin masing2 sibuk dengan keluarga hingga membataskan kami untuk berjumpa.
Kami memang rapat dah selalu berjumpa dihujung minggu...waktu tu hanya Noi saja yang ada kenderaan ...apa lagi kami selalu merambu di bandar JB. Petang2 kami akan jogging di taman bunga (istana) lepas tu lepak2 di warung batu (wisma persekutuan)

Bila berkumpul begini rasa macam dulu-dulu sebab kami masih riuh rendah seperti zaman remaja...ceh wah perasaan. Hingga tak terasa yang kami telah mempunyai anak dara dan teruna yang sedang membesar.
Ketiga-tiga mereka ini mempunyai anak seramai 5 orang cuma aku hanya 2 orang saja.

Kalaulah kita dapat memutarkan masa...seperti citer 'back to future' mesti seronokkan.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..
Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.