Seleranya...

Hari aku cuti memasak heee best nya..hubby masak masakan kampung iaitu..

Gulai tempoyak pucuk ubi


ikan keli goreng berlado


Aku dulu2 tak pandai makan masakan orang nogeri ni..bila aku dah masuk ke dunia hubby...sedikit demi sedikit tekak aku dah mula terima.

Walaupun 2 aje menunya dah cukup menyelerakan.

Ulang Tahun Perkahwinan.


glitter-graphics.com

Hari ini..merupakan tarikh keramat kami suami isteri. Aku telah diijab kabul pada 19hb Mac 1994 bersamaan 6 Syawal 1414 di rumah mak ayah aku selepas waktu isyak ketika itu.

Sudah 16 tahun usia perkahwinan kami. Aku bersyukur kehadrat ilahi kerana kami masih lagi bersatu walaupun adakalanya ribut datang juga melanda.

Aku tak mengharapkan hadiah...yang ku harapkan kasih sayang suami isteri akan kekal hingga ke akhir hayat. Semoga kita sama2 memikul hidup ni...baik susah maupun senang.

Terima Award.



Hari ni bukak2 blog dah dapat 2 orang memberi award...award yang sama bentuknya.
Award tersebut datangnya dari
nannie dan ummu

nannie...blogger yang baru aku kenali melalui dunia pinggan mangkuk antik. nannie seorang begitu kreatif dalam jahitan maupun masakan. Nannie juga pengumpul barangan antik dan menjual melalui online.

Ummu Masyitah...blogger yang begitu kreatif dalam penulisannya dari segi puisi/sajak..artikle berbentuk ilmiah dan nasihat.

Baru menjalani penbedahan..semoga ummu masyitah sentiasa sihat walafiat.

Terima kasih daun keladi...kalau ada bagi lagi.

Nak ambil award ni ada syarat pulak tu...ni yang payah juga..bagi menghargai pemberiannya..aku cuba jawap.


Syarat-syarat seperti di bawah:

1. Thank & link the person that gave you the award.
Mmg dah lama ada...kat tepi sidebar.

2. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recentlydiscovered and think are fantastic
Nak kena bagi kat 15 bloggers...alamak susah juga sebab aku ni bukanlah blogger yang popoular
lagi pulak aku rasa dah ramai juga blogger2 yang dah terima award ni kannn.
aku juga tak mahu nak susah org utk kena tags ni...jadi bagi kekawan yang singgah kat blog
aku ni yang belum terima award ni sila-sila kan lah ambil.

3. Contact said Blogs and let them knowthey’ve won the award
Aku ni bukannya boleh 24 jam mengadap tenet ni...almaklumlah aku ni ibu yg bekerja...main2 tenet ni pun org kata sambil menyelam minum air. Kalau aku tengah free baru aku dapat blogwalking ke blog kekawan dan akan aku khabarkan kat blogger.

4. State 7 things about yourself.
Tentang diri saya?:

1. Aku seorang ibu yang bekerja lebih 20 tahun dalam bidang architecture sebagai Cad draughtperson.
2. Seorang yang peramah
3. Suka menyanyi bila buat kerja...nak2 bila bukak radio sinar. zaman2 aku puye taste.
4. Suka membaca novel...jarang beli sebab stok novel banyak kat rumah adik..pinjam aje.

5. Kaki merayap...kalau berjalan kat shopping complex..rata kedai aku singgah tapi beli tak juga..

6.Suka menanam pokok bunga...tapi pokok bunga yang aku tanam biasanya mesti tak tahan lama..mati.

7.Suka ambil gambar ... hubby aku ni pemalu nak snap..terpaksalah aku jadi jurufoto walaupun
camera aku tak secanggih orang itewww...tak kisahlah janji nampak gambo.

Kepada teman blogger yang sudi...jangan segan2 ambil ya… semoga ikatan ukhwah antara kita berterusan.

Melawat Sedara.

Hari minggu itu hari aku gi melawat sedara di Mandai, Singapore.

Perjalanan tak jauh tak sampai 30 min kami dah sampai ke tempat yang di tuju.

Rupa2 nya bukan aku saja yang nak melawat sedara...ramai juga yang macam aku ni..sampaikan parking kereta pun penuh. Kami diarahkan park kereta diluar kawasan. Jenuh jalan...ni mmg tak sesuai orang2 tua ikut...jauh juga.

Ikuti ni gambo2 yang aku shoot di sinuuu...


cop passport (imigresen s'pore)

kereta parking di luar...apa lagi menapaklah.

alamak..terexpose le gambo aku ni.


Binatang ni semuanya dah disumpah jadi batu..itu pasal berani semuanya...

relex je kangaroo ni, nampak kita tak lari pun..saja je.

entah bilalah dapat gi australia..bergambo dgn jip tersadai pun jadilah.

baru ni dapat nengok penguin dekat2.


Polar Bear.

Dugong.

Harimau Putih.

Banyak lagi gambo2 binatang yang aku shoot tapi tak payahlah aku tepek kat sini sebab bintang2 tu biasa kalian nengok.


Acara akhir sekali...nak bagi budak2 mandi kat 'water play' tapi hujan pun dah turun dgn lebatnya. Terpaksalah kami menunggu hingga hujan berhenti.

Nanti dulu..

Beberapa hari kepala rasa sakit sebelah kiri...asyik berdenyut-denyut je. Bila makan panadol baru rasa lega sikit.

Badan rasa letih...mata pedih..hari2 dok mengadap komputer.

Aku ni dah lama tak buat medical check up...bila kata klinik/GH je mulalah macam2 alasan aku bagi..nanti dulu/sibuk/dah baik..tak yah pergi.

Sepatutnya aku dah patut buat...memandangkan umur dah le menuju ke atas..MIDI. Bukan apa..perasaan takut tu selalu ada kat aku..orang kata biar kita tak tahu dari kita tahu.

Sampai hari ni aku lum pernah buat memogram dan pap smear...TAKUT.

Pencarian.

Balik kg masa cuti maulidul rasul...aku telah mengeledah gerobok mak mertua aku. dah macam apa aik...minta izin dulu tau.

Ni semua gara-gara dari blogger yang mengumpul barangan antik seperti pinggan mangkuk dan set cawan.
Aku telah menjelajah ke blog2 yang menjual/menyimpan barangan antik ni.

Tiba-tiba timbul di fikiran aku kenapa aku tak menyimpannya dari dulu...dalam otak kepala aku..rumah mak mertua. Sebab mak mertua memang banyak menyimpan barangan lama dari arwah mak/nenek dia.

Pengeledahan berjalan dengan lancar...dimana hasilnya aku dapat...lihatlah gambo2 yang aku sendiri tak tahu bila masa anak aku snap dgn hp aku yg tak canggih ni...nampak gelap je.

barangan ni...kotor penuh dgn taik cicak dan habuk yang dah melekat. Akan aku kasi cantik2 ini barang...


mak mertua dan aku yg terbongkok-bongkok menyelongkar.

banyak juga barangan antik yang masih elok dalam simpanan mak mertua aku.


1 biji oval plate besar yang masih tinggal..walaupun dan sumpik dan retak seribu.


cawan bunga warna biru...bunga dahlia ke? aku ni tang2 nama kurang arif kena belajar2 dari blogger.


Kereta api di Bukit bendera.





gambo sumber dari google

Kereta api di Bukit Bendera yang telah beroperasi selama 87 tahun akhirnya telah di tamatkan operasinya , meninggalkan kenangan indah kepada penduduk dan pelancong yang pernah ke tempat tarikan terkenal itu.

Kereta api itu bagaimanapun akan digantikan dengan sistem baru yang bernilai RM 63 juta dan dijangka siap dalam masa tujuh bulan.

Terdapat 3 negara je yang ada keretapi jenis sistem ini.
pertama SWITZELAND, kedua HONGKONG dan ketiga tentulah MALAYSIA.

Aku pernah menaiki keretapi di Bukit Bendera...waktu itu pada tahun 1982 aku berada di tingkatan 2. Aku mengikuti rombongan sekolah SEK. MEN MAJIDI BARU, JB sekarang sek tersebut telah bertukar nama kepada SEK MEN TUN SYED NASIR JB.

Itulah pertama kali dan terakhir aku ke Bukit Bendera. Kalau nak pergi dengan family..memang tak akan lah. Nasib baik sekolah menganjurkan.

Entah kenapa sampai sekarang ni kami 1 family belum berkesempatan nak ke sana..hinggalah keretapi tu telah dihentikan operasinya.

Aku ada beberapa gambar yang menjadi kenangan aku di Bukit Bendera. Cari-cari entah kat mana aku simpan ni...kena geledah 1 gerobok ni. Kalau aku jumpa akan aku tepek kan disini dan klu tak jumpa juga...ianya menjadi kenangan di otak kepala aku je.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.