Bila dah tua macam2 penyakit akan hinggap kat kita...nak2 bila dah jadi warga emas.
Tapi bila penyakit dah lama bersarang kat badan..lama2 manusia dah mula hilang pertimbangan dan menjadi seseorg tu tidak bersikap sabar agaknya..
Aku melihat mak mertuaku yang begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapnya..hinggakan nak berjalan dah menjadi susah. Bila badan dah gemuk..lutut dah hilang gerisnya dah tak boleh duduk bersila..sembahyang duduk atas kerusi..makan dah kena berjaga-jaga.
Dia mempunyai perasaan malu..tak mahu pakai tongkat..masih gagahkan juga jalan..walaupun nengok mempapah2 dgn mencari sesuatu yg boleh dicapainya.
Dia nak masak juga untuk anak cucunya yang balik..tapi kesian nengokkan..sebab nak ambil sesuatu semuanya payah...anak2 tak bagi mak masak tapi kan org tua..cakap dia mana boleh lawan...mungkin dia rasa anak2 nak makan air tangannya.
Esok2 kita pun akan jadi macam dia juga...
