Dr Asri: Poco-poco harus, bukan haram

Bekas Mufti Perlis Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berbeza pandangan dengan Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang memutuskan bahawa tarian poco-poco haram.




Beliau berhujah, semua urusan harian manusia, termasuk tarian, adalah harus diamalkan kecuali terdapat dalil yang jelas mengharamkannya.

Bagaimanapun, tambahnya, jika terdapat unsur yang tidak baik, perkara itu hendaklah ditapis dengan membuang unsur yang buruk, bukan mengharamkan perkara itu secara menyeluruh.

"Atas asas ini, pada pandangan saya, tarian poco-poco adalah harus, melainkan jika seseorang itu mengamalkannya kerana ingin menghayati kepercayaan yang salah dari segi akidah," katanya yang juga pensyarah agama di Universiti Sains Malaysia (USM).

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria sebelum ini dilaporkan berkata, Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak memutuskan tarian berkenaan sebagai haram kerana mempunyai unsur kepercayaan agama lain dan pemujaan roh.

Pewartaan fatwa itu akan dibuat tidak lama lagi.

Dalam kenyataan pada Selasa malam, Dr Mohd Asri juga menegaskan, masyarakat Islam hendaklah tahu tentang keluasan Islam, apatah lagi dalam masyarakat yang serba rencam hari ini.

"Maka, fatwa dalam hal tarian, senaman, permainan dan seumpamanya, hendaklah luas, tidak sempit dan berusaha melihat ruang keizinan yang diberikan oleh Islam," katanya.

Menurut Dr Mohd Asri lagi, jika pengharaman dibuat berdasarkan asal-usulnya yang tidak islamik, ia akan mewujudkan kecenderungan pengharaman pelbagai lagi aktiviti seperti Tai Chi, Taekwondo dan senaman Qiqong.

Beliau bagaimanapun menegaskan menghormati pandangan Harussani dan Jawatankuasa Fatwa Perak yang mengharamkan tarian tersebut dan cuma memberikan pandangan berbeza.

Entahlah...seorang mufti ni cakap macam ni...yang seorang ni kata macam ni...nasib baik aku lum pernah sertai tarian poco-poco ni...kakak aku setiap minggu ada...siap masuk pertandingan lagi..

11 comments:

maza said...

heheheh.. kzue kalau joget lambak dgn zapin tontulah terlepas dari konfik ni kan? hehehehe


psst: kata dia org yg dengki itu cakap, kalau maza menari dah macam pokok pisang lompat2... aderkkkk!... sabar jelah... huhuhu

zue said...

maza,
betullah tu...suka juga.

x pernah dgr pokok pisang menari..mcm maner rupanya ek..

Anonymous said...

Assalamualaikum Zue,

Sebaiknya elakkanlah perkara yang was-was. Buat riadah lainlah.

Maiyah said...

assalam..

ada btul kta kunang kunang.. ada yg lain bleh buat

Anonymous said...

Tie memang tak berkenan dengan poco-poco ni. Bukan apa, sebabnya kita para isteri seolah-olah dipaksa untuk menari depan orang ketika majlis tertentu... Tapi setakat ini tak ada siapa berani nak paksa kita. Hehe...

Miecyber said...

Harap ulama sepakat dalam hal ini...

Proton Pesona terbakar

MOKCIK AZWA said...

Menari joget atau zapin jer pun dah cukup dah hehehe..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum....

walau apepun..semoga kita jauhkan perkara syubhat yang sedang melingakri kita..jika dah was-was, tinggalkan sahaja

ahmad humairi said...

Kalau ragu, tinggalkan sahaja....betul kata sahrom tue..

Nadri said...

so far x pernah menari tarian poco2 nie..dulu pernah lah joget lambak masa dkt kg...

Kakzakie Purvit said...

Entahlah zue... tiba-tiba meledak je isu ini. Pada kakak apa juga kalau tidak berlandaskan syariat Islam baik tak payah. Tapi kalau berpoco-poco pun kalau tak melanggar etika Islam apalah salahnya. Adakah kerana namanya poco-poco? :(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.