Assalamualaikum wbt.
Cuti sekolah tinggal lagi 1 hari lagi dan kad jemputan kahwin dah ada 5 keping ni...
Nak le tanya kat kawan-kawan blogger...berapa ringgit untuk salam kaut yang standard kekawan bagi.
walaupun ianya rahsia bagi sesetengah orang tapi aku nak tahu juga kalau tak keberatan...bukan apa nak letak nilai nya kedalam anpau..berapa yang patut diletaknya.
Marilah kita bincang2 kan ek.
16 comments:
salam kak..
wah nmpknyer sy jd org pertama nak komen nih..
terpulang lah kak..kalau mmg rapat sy bg lbh klu kwn2 gtu jer..bese2 lah..plg koman org x kenal pun kite bg rm 10..betul x?? klu sedara lg ler cecah ratus pun ada..hmm apalah nilai rm10 skrg nih..
ingatkan tadi Nilai kat NS tu...
ermmmm...yang penting kehadiran kita. RM tu xkesah sangat sebab dimasukkan dalam sampul....kalau tak bersampul - bagi je RM 50 ke atas!
ia sebnrnya mengikut keadaan semasa spt...tuanrumah tu org kaya ke? rumah dia dekat tak? atau brp ramai gerombolan yg kita bawa sekali dgn kita....klu ramai tu lebih le sikit.
kalau nak kira sekali dgn faktor-faktor ekonomi macro pun bagus juga...spt harga ron97, harga gula, minyak masak dsb
Salam Zue...paling sikit..RM20..paling banyak RM50 hehehe...
Tengok keadaan kewangan kita jugala..taim kering poket..sikit la..taim tebal poket..adalah lebih sikit.. some people tak nak duit, so kita beri kain sarung atau gula [ikut kebiasaan sebelah 'Ganu]
hi,
salam kenal.
salam kaut? tak kira banyak mana. janji seikhlas hati. walaupun 10 sen, pasti tuan penerima akan mendoakan kita murah rezeki. kan?
maza vote utk RM5.00 bila makanan kurang memuaskan.. heheheheh
Salam kaut itu rahsia...
Hotel Gantung
assalam..
seikhlas hti le.. 50 hengget kot :D
biasa kalo papa mifz g jemputan kahwen bagi hadiah...jarang bagi duit...
sama la kita.. tapi rasanya semuanya tak dapat pergi.. bizi.. kerja banyak.. hahaha
errrmm..biasanya antara RM 20 hingga RM 50 la huhuhuhuhu..( tgk rapat ke tak)
Tie biasa bagi RM10 je. Kat sini, walaupun kawasan kampung, tetap bagi RM10. Tak sampai hati nak bagi kurang dari itu, semua maklum harga barang dapur dah naik.
Kalau kenduri orang yang ada-ada pun Tie beri RM10, sebab melihatkan mereka mampu buat majlis besar2an...
Tapi kalau sedara mara terdekat, Tie lebih suka bagi hadiah, lebih bermakna.
tahniah le buat teman2 blogger iaitu:
ieja amieja
ahmad humairi
mokcik azwa
mommy fara
maza
miecyber
maiyah
papa mifz
ayie
sahromnasrudin
tie
krn mmberi pendapat masing2 yang berbeza-beza nilainya...
biasanya min RM10..sebabnya brg mentah skrg dah mahal..lepas tu pergi jemputan pun bwk isteri & anak2..
Salam Kak Zue..
Asalkan ikhlas je kak... tapi biasanya org bagi RM10-50, bergantung pada hubungan kekeluargaan
salam kenal ..
kalau saudara mara bagi la lebih sikit..RM 50 ke... kalau tuan rumah pun tak berapa nak kenal RM 10 ok dah kut ...dan rasanya lebih berbaloi bagi duit dari hadiah sbb bg yg tak mampu ambil brg advance dapat duit dari kenduri baru bayar ..kalau bg hadiah nak bayar macam mana harga daging,upah memasak..
Post a Comment