Assalamualaikum wbt...semoga teman2 blogger sihat disamping menjalani ibadat puasa.
Nak cerita le sikit pasal solat terawih...solat Terawih ada 8 rakaat dan 2+1 witir dan kalau habiskan semuanya 23 raakat terwaktu witir.
Aku pergi bersolat Terawih di Surau kg mak aku...bacaan yang IMAM baca semuanya ayat-ayatnya pendek2 belaka...setiap raakat kedua mesti dibacanya ayat 'Al-Ikhlas'...dan cara IMAM tu baca memang laju...cepat habis..dalam pukul 10.15/10.30 mlm dah habis. Di surau tak ada tazkirah.
Kalau di masjid di kawasan perumahan aku lak...IMAM membaca dengan surah2 yang panjang.
Selepas Al-Fatihah...IMAM baca dari ayat-ayat Al-Quran...punyalah lama berdiri.
Aku cuma dapat buat 8 raakat dan witir je sebab tak tahan berdiri lama sangat.
Selepas raakat ke 8..ada tazkirah..kemudian barulah sambung raakat seterusnya.
Kata jiran aku dalam pukul 11 malam keatas gitulah baru habis.
Tak boleh nak khusyuk solat sebab ada yang bawak anak2 kecil...tahulah budak2 ni buat bising je..boleh lak main lari2 tengah orang bersolat. Sabor aje lah...anak sapalah tu...
Yang sedap tu malam tadi tengah2 salam yang kedua...tiba2 'blackout'...budak2 yang memekak bermain...memjerit ketakutan..ah padah muka tahu pun takut. Tak sampai 5 minit dah terang balik.
Bagaimana pulak solat Terawih ditempat2 kekawan ek...
11 comments:
Kakak kalau hari sekolah terawikh di rumah. Kakak juga buat berpandukan buku yg Ust. Noh Gadut buat. Rokaat kedua suroh ikhlas. Tapi kalau cuti boleh juga ke surau. Tempat kakak tahun ini tak panggil tahfiz, sebab itu jam 10:15 mlm dah sampai rumah...
Assalamualaikum Zue
suarau saya imamnya tahfiz, bua8 8 rakaat, tazkirah dan sabung witir serta tadarus..12 lebih baru balik...
Alhamdulillah
SELAMAT BERPUASA
Wassalam
kakzakie,
sy pun dah trbiasa dgn cara2 Imam dulu yg mana masuk raakat kedua ayat ai-ikhlas. sejak dah ada IMAM dari tahfiz tu yg byk perubahannya.
rozali,
waalaikumusalam..mmg kan skrg ni imam tahfiz yg mengimamkan solat kita.
apa2 pun lambat atau cepatnya yg penting keikhlasan kita menunaikan solat terawih.
Assalamualaikum,
Biarpun yang mana satu, pilihan tetap di hati kita...berdoa pada Allah agar menerima segala amalan kita, juga amalan orang lain. Ya Allah ampunkankah dosa-dosaku serta seluruh umat islam.
Selamat menjalani ibadah puasa, selamat hari raya,maaf zahir dan batin.
ahmad humairi,
waalaikumusalam...betul apa yg cikgu katakan...semoga amalan kita diterima olehNYA. Amin.
selamat brpuasa dan selamat hari raya buat cikgu sekeluarga.
surau kami 8+3..takde tazkirah..tazkirah pas witir..sape nak tunggu leh tunggu, sape nak chow leh chow huhuhuhhhh
kat taman ieja nie pun tarawih 8+3 jgk..dlm 10-10.30 dah habis dah..x de tazkirah pun..
assalamualaikum. tempat saya buat 8 + 3 witir tu, cuma lepas 4 terawikh berenti sbb ada tazkirah pendek. lps 20min sambung balik sampai abis. surah panjang gak sbb pakai imam tahfiz. 10.40mlm abis. okla tu. sebenarnya lps 8 tu dah boleh balik klu sesapa nak sambung lagi 12 kat rumah...gitule. bulan Ramadhan ni kena berlumba2 beramal TAPI ikut kemampuan je la...
sahromnasrudin,
habis je salam yg ke-4..berpusu2 jemaah keluar dan akhirnya tinggal berapa kerat je org.
ieja amieja,
zue pun hanya mampu buat 8 juga.
nahmy,
waalaikumusalam...sama gak di masjid tmpt zue cuma habisnya lambat sikit dari tmpt nahmy.
di Kota Damansara ini imammnya diimport. nasib ler, kalau kena imam lambat longgar ler lutut.. ahaks..
biasanya tenang2 biasa2 ajelah.. mungkin kami sudah terbiasa begitu...
yg paling best solat sebelah Amy Search.. ihik! dan artis2 lain.. walamakweiiii...
maza,
wah..bestlah brsebelaham dgn Amy Search..gempak gitu...khusyuk tak solat nya :)
Post a Comment