Kecoh bila tak dapat...dah dapat merungut pulak..

Assalamualaikum wbt...semoga kawan2 blogger sihat hendaknya...wah ni mesti kekawan dah terlebih makan daging kan...kena jaga kesihatan tau.

Cerita pasal daging korban...nak citer lah gosip2 yang melanda di taman tempat aku ni.

Dengar citer korban tahun ni ada sebanyak 21 ekor tak tahulah aku betul ke tak sebab aku balik kampung dan lagi suami aku bukannya rajin sangat gi masjid. (teruk nya :)

Bila dah banyak lembu2 dikorbankan adalah pulak yang tak dapat daging tu...kesian lak aku dengar bila ahli2 kariah masjid telah dituduh bolot banyak daging korban.

Masalahnya yang tak dapat daging korban tu memang le dia tak dapat sebab tak gi ambil kat masjid ingat ada orang nak hantar kat depan rumah ke..ingatlah sikit ni bukan kampung awak nun sana...ni taman perumahan...mana lah ada servis nak hantar kerumah.

Aku nengok kat TV3 pun orang beratur ambil daging korban tak ada lak orang nak hantar ke rumah.

Datang masjid tak pernah...bising2 pulak.

Ada yang dah dapat bising juga sebab dapat sikit...apa lah orang macam ni dah dapat patutnya bersyukur. Kalau nak dikira betul2 hanya golongan fakir miskin saja yang berhak menerimanya.

Kesian kawan aku yang jadi AJK Masjid tu...tak pasal2 dia pun terkena umpatan itu.
********************************************************************************************************

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan oleh umat Islam di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.

Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat dengan 7 takbir pada rakaat pertama diikuti 5 takbir pada rakaat kedua.

Pada kebiasaannya solat sunat Aidiladha dicepatkan sedikit berbanding solat sunat Aidilfitri. Hikmahnya dicepatkan sedikit waktu solat sunat Aidiladha adalah bagi memberi lebih banyak masa untuk penyembelihan korban. Hikmahnya dilewatkan sedikit solat sunat Aidilfitri pula adalah bagi membenarkan peluang bagi mereka yang belum membayar zakat menunaikan kewajipan mereka dan disunatkan makan dahulu sebelum pergi ke masjid. [1]

Manakala bagi Aidiladha, hikmat disunatkan makan selepasnya supaya makanan yang mula-mula dimakan pada hari itu ialah daging korban yang berkat. Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan dagingnya kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.

Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

17 comments:

Kakzakie Purvit said...

Kalau taman kakak zue, memang sebelum Qurban telah dibentuk AJK khas (bukan kalangan ajk surau saja kerana melibatkan ramai org diperlukan). So setiap lorong akan dilantik seorg menjadi wakil utk bagikan daging dan memang dihantar ke rumah penduduk Islam (seab kalau budak bujang/anak dara manalah ada rumah kan). Walau balik kampung sekalipun, ajk yg dilantik kena simpan dan akan dibagikan bila org tersebut balik...

Moga tahun depan taman zue boleh buat cara ini jadi tak ada sorang pun tak dapat.

zue said...

masa zue baru2 duduk di tmn ni..ada ajk fasa bukan lorong yg hantar daging qurban tu pun skali aje klu x silap lah sbb itulah skali zue trima daging qurban dari pintu pagar selepas tu ambil kat masjid.
mmg bagus cara kat tmpt kakzakie...semua org mndaptnya walaupun yg balik kg pun dpat juga.

atuk said...

Assalamualaikum Zue

banyak terdengar pasal cerita yg tak baik mengenai agihan daging qurban ni...
kita yg ada ilmu ikut apa yg Nabi amalkan...Insyaallah

Wassalam

JunAina said...

kebanyakan surau sekarang ni menggunakan sistem kupon, jadi sesiapa yang rajin ke masjid/surau mesti dapat.

kalau merungut sahaja pas tu menolong pun tidak tak ada gunanya jugak.

zue said...

atuk,
waalaikumusalam...mmg betul apa yg atuk katakn ikut sunah nabi.

JunAina,
biasanya yg tak rajin ke masjid/surau aje yg byk mulut...dia x fikir penat lelah mereka yg melapah daging tu...

ieja amieja said...

salam kak zue..kat kg ieja korban 23 ekor,,bykkan?? masa kat kg tu dpt smpai 3kg..dkt 10 thn ieja duk tmn ni..skl je ieja dpt..sbb ieja mmg x de..blk kg ..

zue said...

ieja,
waalaikumusalam...kat kg penduduknya tak ramai mcm di tmn..itu yg boleh dpt byk kn :)
klu di tmn kena gi masjid/surau baru boleh dpt.

Dulu Lain Sekarang Lain said...

Adeh, sampai kecoh2 rupanya. Sapa2 yg hidupnya ok, tak perlu lah kan sibuk2 join sama ambik daging korban. Kasi lah yg betul2 perlukan dulu.

MOKCIK AZWA said...

Alhamdulillah.. kalau balik kampung di KT, merasalah daging korban. Maklumlah di kampung, tuan rumah yang berkorban akan melantik anak2 bujang yang ada untuk menghantar dari rumah ke rumah..dapat sikit seorang pun jadi la..

Rasanya kalau di taman perumahan, dah tahu ada aktiviti korban dibuat kat masjid tu, ringan2kan kaki ke masjid, toksah la nak mengharap org hantar sampai ke pntu rumah. dan lagi satu, syukurlah dapat merasa sedikit bahagian..ni nak tamak pulak aduhai manusia...

ahmad humairi said...

MEMANG DAH GITU FITRAH MANUSIA. SAMA GAK....BILA DI JEMPUT TAK DATANG, KALAU TAK DI JEMPUT SIBUK PULA MENCANANGKAN YANG DIA TAK KENA AJAK....HAAAIIIIHHH.

Unknown said...

nak ambik daging korban pun malas ke...then nak bising2 lak..hmm..

Azma said...

iskhh..teruknya..kita ni bukannya golongan yg benar2 layak menerima daging korban tu. Patutnya bersyukurla.. ni nak merungut2 plak. Sakit hatimplak saya rasa kak.. :@

Kamariah Awang said...

Tahun ni, ma cuma dapat satu aje, diberi oleh sepupu...Tak kesahlah.., tapi ada jemputan makan dirumah sepupu. Hehe...

maza said...

semenjak tinggal di taman perumahan yg ini, maza tidak pernah ambil pun daging korban di masjid yg berdekatan itu...

bukannya apa, selain tak boleh makan daging fresh (allergy).. maza rasa bersalah untuk ambil daging tersebut, kerana bagi maza, maza masih ada kuderat utk berusaha mendapatkan daging.. daging korban itu biarlah org2 yg susah dan memerlukan pergi mengambilnya.. setelah mereka itu tidak ada, barulah maza membelasah pula (biasanya memang habis dibelasah org lah. hehehe)

ainhany said...

salam zue,

adatlah mana dalam satu2 hal akan ade ketidakpuasannya. Walau bagaimanapun kita belajarlah terima seadanya dan bersangka baik..Mungkin juga telah dipilih ALLAH antara org yang tak layak terima daging korban..hihi

Apapun ain dapat lah jugak..walaupun balik kg..masih ade yg sudi simpan dan beri..alhamdulilah..:)

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Inilah manusia dah bagi betis nak peha... tak pernah cukup (pesanan utk diri Nida juga ni)

Mak Su said...

maksu dah lama tak amek daging korban

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.