Ayah.

Bulan Ramadan bulan keberkatan dan bulan untuk memperbanyakkan membuat amalan bukan berlumba2 membuat taik mata :)

Sudah seminggu ayah ku tidak sihat...tapi bila di tanya dijawabnya sihat. Itulah orang tua.
Mak cakap ayah sakit perut...bila buka puasa tak mahu makan...sembahyang terawih pun tak pergi sebab tak larat berdiri lama. Lepas sembahyang maghrib terus baring je.
Bila tengah malam asyik nengok luar rumah.


gambar diambil dari facebook anak saudaraku.


Puas dipujuk oleh anak-anak untuk bawak ke hospital..dia tak mahu..di jawabnya 'ubat aku ada lagi..aku dah baik ni'. Semua tak berani nak lawan cakapnya...kalau ayah kata tidak...tidaklah.

Ya Allah kau panjangkanlah  umur ayahku dan berikanlah kesihatan yang baik untuknya.


Inilah Duniaku,

15 comments:

maza said...

moga-moga ayah kak zue cepat sembuh...

memang risau kalau macam tu... tapi insyallah, dia akan pulih...

awal ramadan tempoh hari pun maza tak der selera dan demam.. huhuu

Kakzakie Purvit said...

Kalau melihat kedut di wajah ayah Zue kakak terus teringat bapak kakak. Bapak kakak tinggal berdua aje dgn isteri baru (adik arwah emak kakak - kami panggil bibik) sama-sama dah berusia.

Tiap kali sahur mesti call takut mereka tak sedar.

zue said...

maza,
terima kasih krn mendoakan ayah kzue.

kakzakie,
semua anak2 risau akan ibubapa mereka. sama2 le kita brdoa agar ayah zue dan bapak kakzakie berada dlm keadaan sihat walafiat.

pipoq said...

insyaAllah mudah mudahan Allah memanjangkan usia dan memberikan kesihatan tubuh badan untuk ayah kak zue..

Kamsiah yusoff said...

teringat ayah kat kg...mcm tu jugak keuzurannya..

MOKCIK AZWA said...

Semoga ayah Zue cepat sembuhnya..orang tua memang macam tu zue.. kalau betul2 dah tak larat barula nak ngaku. selagi larat dorang akan berlagak sihat..tak apa sebagai anak kita pantau jer la..

take care ya..

zue said...

pipoq,
kamsiah,
mokcik azwa,
terima kasih mendoakan kesejahteraan ayah zue...

kamsiah..thank follow blog kzue.

Kazman / Sue said...

semoga ayah sentiasa sihat hendaknya... dunia pemikiran dia lain bila usia begini... kita kena fahaminya kan....

zue said...

kasman/sue,
zue adik bradik slalu pujuk ayah nak bawak gi hospital..tetap x mahu juga. klu budak kecik dah di dukung je ni org tua x brani kan di katanya x reti bahasa pulak.

buat masa ni ayah dah sihat sikit...cuma bdn lemah.

ahmad humairi said...

Assalamualaikum,

Sihat orang tua....macam itulah. Macam saya jugak.....maleh nak gi sepital! Tak selesa...walau di wad kelas pertama.

Hmmmm....apapun sabarlah. Tuhan Maha Adil mengaturkan hidup manusia. Kita hanya mampu berdoa.

Moga ayahanda Zue sihat dan ceria selalu. Salam saya buat ayah zue. Rajin-rajin makan ubat ye.

Memang enchem atok zain...moga cepat sembuh.

Miss uCu said...

aslmualaikum,tgok ayah akak,miss sebak,rindu sgt kat arwah ayah miss..:(
semoga ayah kak zue,sht dan gmbira sntiasa.

ieja amieja said...

salam k.zue..
semoga ayah k.zue cepat sembuh..bila dah semakin senja, sakit2 tu senang je nak menyinggah kan kak..tetiba je teringat arwah ayah ieja..

atuk said...

Salam Ramadhan Zue

saya doakan agar bapa Zue sihat seperti biasa supaya mudah untuk beramal


Semoga Allah terima ibadah puasa kita

zue said...

cikgu ahmad humairi,
miss ucu,
ieja amieja,
atuk,

waalaikumusalam...terima kasih diatas nasihat dan doa kalian...allah jua yg mmbalasnya.

wahida said...

org tua gitulah kan sis, susah benar nak bawak ke hospital...huhu..

semoga ayah sis memperolehi kesihatan yg baik hendaknya...amin..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.