Assalamualaikum wbt...semoga kita dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan hati yang tabah biar pun selalu di landa ombak.
Kawan satu pejabat berhenti kerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur...adiknya pulak duduk satu taman dengan aku. Tak semena-mena kami menjadi kawan baik. Aku panggil dia dengan panggilan 'Mah'.
Kalau pergi kelas mengaji atau kenduri tahlil mesti kami akan pergi bersama-sama. Begitu juga dengan hal-hal sekolah sebab anak 'mah' thn 4 sama dgn anak aku.
Sebenarnya aku nak cerita serba-sedikit tentang luahan 'mah' kepada aku. Rasanya tak elok aku cerita hal orang kannn tapi aku nak cerita juga...
'mah' dan suami sering bergaduh ada sekali tu dia bergaduh pada pukul 2 pagi...perkara biasa yang menjadi isu ialah kewangan. ya lah 'mah' ni suri rumahtangga...walaupun begitu dia juga menolong suaminya membuat akaun 'bisnes' suami dia. Orang kata kerja rumah mana ada selesainya mana nak uruskan anak2 sekolah dan hal2 rumah lagi.
Yang terasa kecil hati 'mah' bila suami dia telah mengeluarkan perkataan ..'.awak tak ada memberi sumbangan apa-apa dalam rumah ni...' Kalau aku pun kecil hati bila suami berkata begitu...apa buta ke mata suami 'mah' tu...selama ini siapa yang membesarkan anak2 dia sehingga 2 anak telah masuk ke MRSM. Aku yang dengar pun rasa sedih.
'mah' nekad untuk bekerja...alhamdulillah..selang 2 minggu dia bergaduh dengan suaminya 'mah' dapat kerja sebagai kerani am/akaun. Orang kata kalau kita ada pengalaman kerja walaupun dah berumur 39 tahun tetap diterimanya...Allah tu maha pemurah.
Zaman 'mah' belum kahwin dia pernah jadi guru sandaran..kini di telah buka kelas tuition di rumahnya dan anak aku pun belajar dengannya...alhamdulillah.
Katanya dia nak sibuk-sibuk kan diri dan dia nak suami dia tahu dia pun boleh memberi sumbangan untuk rumahtangga.
"Rezeki itu hak ALLAH, maka bermohonlah kepada yang memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNYA."
Inilah Duniaku,
