Showing posts with label Kereta. Show all posts
Showing posts with label Kereta. Show all posts

Nak buat macam mana.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20sen ke RM2.90 seliter berkuatkuasa tengah malam Rabu, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).


Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.

Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.
 
*************************************
 
Aku baru je pasang kuda baru dah naik harga...huhuhu...kuda lama dah x sanggup menanggung beban..pancit selalu..koyak rabak poket aku.
 
Naik2 harga minyak tak diberitahu main naik2 je...nasib baik aku gunakan minyak RON95..kena lak jalan hari2 jemm larat lah minyak..
 
Ni RON 95 lum naik2 lagi..klu naik juga..aku rasa mesti kecoh punya...
 
'Pencapaian diutamakan...Rakyat didulukan'...yang mana satu cer citer.
 
 
 
 
 
 

Pilihan anda...

Kereta automatik atau kereta manual.
Mana pilihan anda...

Kalau aku..aku lebih mahir memandu kereta auto sebab senang cara membawanya.
Bukan macam kereta manual yang kena fikir gear + clutch.

Sebenarnya aku nak citer pasal masalah kereta auto aku ni..yang dah berabis aku kat situ.

Kereta ni ...... aku dah habis bayar. Bila aje abis bayar dia buat hal pulak.
Boleh jalan tapi tak boleh jauh..mcm2 kerosakannya. Hanya dompet suami aku yg tahu..hehehe.



Suami pakai kereta manual. Sejak pakai kereta auto aku tak pernah pun menyentuh kereta manual. Bila kereta auto aku rosak suami suruh pakai kereta dia. Aku bila saja duduk dan pegang stering kereta manual terus jadi kecut perut dibuatnya...jadi macam takut lak. ya lah dah lama sungguh aku tak bawak kereta manual ni.

Aku jadi patah kaki...tak dapat nak bergerak jauh sikit.

Cadang tu nak tukar je kereta ni tapi sayang sebab dah tak ada hutang. tu lah cadangnya nak tukar engine je.
Kalau tukar engine mmg banyak kerja kena gi puspakom pulak. Hah tu perkara ke 2 yg penting dapat jalan dengan selesa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.