Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok.
Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadhan dengan slogan 'Ramadhan titik permulaan untuk berhenti merokok'.
"Jadi gunakanlah kesempatan Ramadan ini kerana ia peluang terbaik bagi perokok berazam dan seterusnya meninggalkan tabiat merokok," katanya pada Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di sini, baru-baru ini.
Dr Hasan berkata ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang mencecah RM3 bilion setahun, untuk merawat tiga penyakit akibat merokok seperti jantung, kanser paru-paru dan penyakit paru-paru kronik.
Suamiku memang perokok tegar...tapi bulan puasa ni boleh pulak dia tak merokok...tahan dan tak kisah pun.
TAPI...
Bila waktu berbuka puasa dia dah makan kenyamg...bukannya terus gi sembahyang dulu...keluar rumah hisap rokok dulu dah dapat hilangkan giannya barulah masuk sembahyang.
Asyik duduk kat luar rumahnya...hisap asap banyak2 kasi kembung perutnya dgn asap...org kenyang dgn makanan tapi dia kenyang dgn asap.
Tak tahulah nak nasihat apa lagi kat 'org tua' ni tak makan saman...yang geramnya merokok kat tandas..ni yang hati aku pun turut panas. :(
Memang aku larang suami merokok didalam rumah...ni kes curi2 merokok bila aku tak ada rumah.
Kita yang tak merokok mmg boleh kesan bau kat bilik air...biarpun ianya dah berlalu dalam 2 jam.
Dah malas dan tak kuasa nak nasihat lagi...orang kata dah tua ni dah liat...klu pakai gigi palsu mau tercabut gigi ...:)


