Showing posts with label Silat Gayong.. Show all posts
Showing posts with label Silat Gayong.. Show all posts

Seni Pertahanan Diri.

Assalamualaikum wbt..buat teman2 blogger..'Selamat Hari Ibu' dan semoga ibu2 diseluruh dunia sihat walafiat hendaknya.

Anak aku Haris memasuki seni Silat Gayong. Nak masuk kompang tak dapat akhirnya aku hantar dia belajar silat.

Pada 5hb Mei 2011 (Khamis) pukul 8 mlm. Silat Seni Gayong Malaysia Akademi RS, Kulaijaya telah mengadakan majlis Perlimau Tapak dan Seni murid baru bagi tujuan penerimaan murid Gayong secara adat istiadat.

Taklimat dan penerangan perlaksanaan Majlis Perlimau Tapak dan Seni oleh Berbahgia Cikgu Mohd Jazwan bin Kahar. Wakil mandi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Johor, Malaysia dan Serantau.

Bahan-bahan untuk mandi disediakan oleh akademi RS dengan dikenakan bayaran sebanyak rm 29 shj.

Aku dah lama tak bau kemenyan...kat situ lah dia orang bakar kemenyan

Untuk tahu lebih lanjut pasal Silat Gayong ni sila klik disini http://silatgayong.org/

Lihatlah beberapa gambar dibawah ni yang dapat aku tangkap dengan gambo yang blur2 ni...guna hp nokia 6300 je..:)




acara dimulai dgn selawat dan salam serta bacaan al-fatihah dan 3 ayat kul.






Mereka ni telah diarahkan mengambil barang2 yang telah disediakan masuk kedalam plastik seperti 7 jenis bunga2/ akar sintuk dan sebiji limau nipis.






haris sedang didoakan oleh wakil mandi dengan memotong limau serta bertanya nama dan nama ibu.

Haris di katakan bersifat 'Tanah'.




dihujung tu..haris kena makan garam dan asam jawa.






akhir sekali haris kena makan pisang.






acara ikrar dengan menjunjung al-quran..













sebahagia darinya...bergambar beramai-ramai.






Semua sekali yang terlibat dalam majlis adat istiadat Perlimau Tapak dan Seni.



Air yang telah di doakan hendaklah dimandi dengan memakai kain basahan..tak boleh bogel :)...titisan air yang terakhir hendaklah di minum. Bahan2 seperti limau/bunga dan akar dikutip balik...tidak boleh dibuang sesuka hati..hendaklah ditanam. Lilin..hendaklah dinyalakan di mangkuk sehingga habis.



Itulah cara2 adat-istiadat yang haris telah buat...minta maaf jika ada terkurang atau terlebih...bukan apa..aku ni duduk jauh dari dia org ni.. .dgr2 tak berapa jelas...klu tanya balik kat Haris "entah ek...lupalah ibu"..nasib baik aku datang menyaksikan.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.