Kejap jelik kita dah duduk di bulan oktober 2011 dan tinggal dalam 2 bulan berapa hari dah nak melangkah ke tahun 2012.
Bila tahun dah menampak kesatu tahun. Umur pulak tambah 1 juga tapi cuba diimbaskan kembali...apa yang aku dah buat selama ni...macam tak ada apa-apa perubahan pun.
Aku perlu perbaiki diri ku ni. Begitu lama hatiku beku untuk menerima. Aku mesti pecahkan...
Ini lah kitab IQRA yang aku mula belajar..beli dgn harga rm 10 saja.
Malam tadi betul-betul terbuka hatiku untuk pergi belajar kelas 'IQRA' di masjid di rumahku.
Rupa-rupanya bukan aku saja yang menerima hidayah ini...ada dalam 10 orang yang datang untuk belajar pun sama berfikiran macam aku.
Mungkin kesibukan menguruskan anak-anak dan bekerja hinggakan diri sendiri tidak difikirkan.
Alhamdulillah...setelah di pelajari selama 1 1/2 jam terlalu banyak yang aku tidak tahu mengenai cara-cara sebutan yang betul.
Walaupun aku baru je belajar untuk 1 1/2 jam ni tapi aku sudah terasa seronok sekali...sebab ustazah yang mengajar aku ni buat kita tak rasa bosan.
Yang gelihatinya ustazah tu boleh kata 'alhamdulillah ibu2 yg dtg ni tak menangis bila belajar mcm ibubapa antar anak2..pertama kali kesekolah'.
Kelas hanya seminggu sekali aje tapi punyalah baik ustazah ni bagi lagi 1 hari...ini bermakna seminggu 2x...iaitu aku belajar hari Rabu dan Jumaat dari jam 9.00 mlm -10.30 mlm.
Bila yang belajar ni umur2 nya dah sekitar 40 keatas jadi macam2 lah gelagatnya....tapi tak perlulah rasa malu sebab yang datang memang untuk belajar.
