Showing posts with label berniaga. Show all posts
Showing posts with label berniaga. Show all posts

Burger depan rumah.

Kalau nak makan burger dah tak payah ni gi jauh2...depan rumah dah ada orang jual.
Dah dekat sebulan jiran depan rumah bukak gerai jual burger ramly.

Sejak ada burger ni anak2 dah mula demand...
Dalam seminggu ni mesti ada 2/3 kali anak2 aku nak burger..nampak gayanya makanan yang aku masak tak dapat sambutanlah. Dia org ni tak mahu ibu dia kecik hati...makan nasi juga tapi dalam kuantiti yang sikit je..

Malam tadi malas nak masak...order burger. Sekali-sekala tu boleh lah nak cuba rasa.
Boleh tahan juga..sedap. lebih sedap dari McD. Ni bukan nak promote tapi kenyataan.

Berbagai ciptarasa yang boleh dibuatnya..malam tadi aku order properity burger..arga 4 inggit. kakak..double chicken..arga 3 inggit..hubby burger special (ayam salut telur) arga 3.40 inggit dan haris..tiada dlm senarai sbb dah lalok selepas maghrib sbb penat sgt brlatih sukan.

Aku perhatikan kebanyakan customer yg dtg membeli burger...org cina. Ada nampak orang cina jual burger...

Memberkati Perniagaan
Barangsiapa membaca ayat 29 dan 30 dari Surah Faathir, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya, dan membukakan pintu-pintu rezeki.
35:29
35:30
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.