Seperti biasa kan kalau balik kerja terus amik anak kat rumah jiran didepan..nengok apasal lah jiran2 ni dok brlonggok cina dgn melayu ni...rupa2 ada rumah kena masuk pencuri.
Dalam bulan Jan ni dah 3 buah rumah kena pecah masuk kat area rumah aku ni. Semalam rumah jiran aku selang 3 buah je kena masuk pencuri. Dalam pukul 12-1 tgh gitu dia org ni buat kerja.
Jiran depan rumah perasaan sebab nampak kelibat orang lelaki 2 org brlari. Jiran kata pencuri tu lari mungkin dia terperanjat dengar bunyi alarm rumah tu. Tuan rumah suami/isteri bekerja kat Singapore...pergi pagi..mlm baru sampai rumah. Tuan rumah belum balik lagi dan tidak mengetahui lagi..
Dengar cerita jiran yang perasaan tu yang buat lapuran polis.
Malam tadi polis datang dan tuan rumah buat statement apa barang hilang. Barang seperti gelang emas/hp dan ps2. Kalaulah alarm tidak berbunyi tentu kereta dapat dibawa lari. Aku ni bukan tukang jgn tepi kain org tau tapi tuan rumah tu yg citer kat kami kebetulan dia nak pinjam tangga dari sebelah rumah aku.
Katanya pencuri masuk ikut bumbung rumah corner yg tidak ada pembeli..lalu dipecahnya siling..peh satu kerja nak kena repair.
Sebelum tu ada org hilang kereta toyota camry yg baru keluar 2 minggu. Area rumah aku kebanyakan bangsa cina kerja kat singapore so pencuri ni mmg dah aim rumah mana nak dimasuknya.
Diharap jangan le menimpa kat rumah/keluarga aku.
Terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah Al-Mukminun, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ فَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّانَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٢٨)
"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim”