Showing posts with label reunion. Show all posts
Showing posts with label reunion. Show all posts

Perjumpaan kali ke 2.

Assalamualaikum wbt...semoga kawan2 blogger sihat hendaknya...:)

Hari ini aku nak berblog semula setelah hampir 3 purnama menyepikan diri...



2nd REUNION kami di Hotel Tropical Inn Johor Bahru pada 6hb. Feb 2012.

Gambar reunion Sek Men Majidi Baru (SMMB/JB)..setelah hampir 29 tahun tidak berjumpa.

Masa dulu sek SMMB hanya setakat ting 3 je kemudian kami berpindah ke sekolah2 area bandar JB mengikut aliran yang kami dapat selepas SRP.

Pihak ajk telah dapat mengumpulkan seramai 81 orang tapi yang dapat hadir hanya 75 orang...seronok sangat masa itu...sampai kan tak tahu nak cakap bila dah berjumpa.

Banyak juga hadiah2 yang disponsorkan oleh kawan2..begitu juga kami menbawa setiap seorang bawak 1 hadiah bagi dibuat cabutan bertuah..pendek kata semuannya dapat..walaupun ada yang tak bawak.

Berbagai-bagai acara telah dibuat oleh pihak AJK...sampaikan tak cukup masa...gembira sangat.


Sorakkan tanda gombira sangat...jumpa di tahun 2013 di Kuala Lumpur.



inilah duniaku,




13hb Mac 2011.

Assalamualaikum wbt.

Dengan adanya FB...aku dan beberapa teman-teman yang lain telah membentuk satu group sek bagi mengumpulkan bekas2 pelajar di Sekolah Mohd Khir Johari, Sekolah Majidi Baru dan Sekolah Menengah Majidi Baru (skrg dikenali Sek Tun Syed Nasir), Johor Bahru dari tahun 1975-1983..dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3. Waktu itu sekolah kami tiada tingkatan 4 dan kami telah berpisah ke sekolah2 di bandar JB.

Kami telah berjaya mengumpulkan seramai 66 orang yang ada FB dan 12 Orang yang tiada FB.

Kami telah membuat reunion pada 13hb Mac 2011 di Hotel Puteri Pacific JB dari pukul 2pm-6pm.

Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walaupun cuma yang dapat hadir ada 41 orang.

Sudi-sudikanlah nengok gambo-gambo di bawah ini.

Kami yang bertugas.

 Pendaftaran...mencatat alamat/email/hp...tujuan senang untuk ajenda akan datang.


Bila bertemu...apa lagi sesi berpeluk-pelukan.


Semuanya yang dah bergelar mak cik2.


Kekawan lelaki yang sanggup datang dari KL semata2 untuk majlis Reunion.


Hiburan percuma yang disediakan pihak Hotel.


Acara cabutan no bertuah. Hadiah di sponsor oleh bekas2 pelajar.


Bergambar beramai-ramai

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.