Dah 2 hari..haris(anak) tidak pergi sekolah kerana demam...
Panas badan dah mula kebah...tapi sakit mulut pulak timbul.
kesian anak aku (haris), susah benar dia nak menelan makanan sebab ada 'mata ikan' (ulser) kat tekak dia.
Kita yang tua ni..bila ada mata ikan dah terasa sakit dan pedih apa lagi kalau kanak2 yang kena.
Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)
Latar belakang
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau
mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam
mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu
tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia
akan sembuh tanpa meninggalkan parut.
Mengapa ulser afta terjadi?
Ulser afta sering dikaitkan dengan:
• kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
• daya tahan badan yang lemah
• bakteria
• faktor keturunan
• sebab-sebab yang tidak diketahui
Apakah ciri-ciri ulser afta?
Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis)
di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.
Peringatan:
Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami
masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.
Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak
mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.
Bagaimana menangani ulser mulut
Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;
• Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
o jaga kebersihan gigi
o amalkan makan secara sihat
o pemeriksaan pergigian secara berkala
• Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
• Sapukan krim atau gel penahan sakit.
• Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanakkanak