Showing posts with label tak boleh bergerak. Show all posts
Showing posts with label tak boleh bergerak. Show all posts

Tak boleh bergerak.

Assalamualaikum wbt...semoga teman-teman sihat walafiat hendaknya.


Kejadian benar-benar berlaku di pejabat aku...masa tu belum pukul 9 pagi. Aku dan kawan aku nak keluar pergi breakfast.

Nengok2 'bos' aku dan terbongkok kat belakang Pajero nya tak bergerak-gerak.

Kebetulan staff lelaki sampai...dia dengan seorang lagi staff sebelah pejabat yang tolong mempapah bos masuk kedalam pejabat.

'Bos' dah mengerang kesakitan...'bos' telefon kawan dia 'doktor'..nasib baik bos ada simpan ais (mcm jelly) kat peti ais. Ais tu di letakkan di belakang...

Tak lama isteri 'bos' dan menantu lelaki dia datang. Ingatkan nak bawak gi hospital pakai kereta.
Rupanya 'bos' dah tak boleh bergerak...terpaksa isteri 'bos' telefon ambulance.

Dalam 20 minit...ambulance dah sampai sebab hospital Abdul Samad tak jauh dari pejabat kami.

'Bos' terpaksa guna stretcher sebab dah tak boleh jalan.

Masa nak usung masuk kedalam ambulance...nengok isteri 'bos' dah menangis2..aku pun tak semena2 turut menangis...

Ingatkan waktu lunch atau balik kerja nak gi melawat tapi isteri 'bos' telefon...dengan mengatakan pihak hospital tidak membenarkan orang luar datang melawat melainkan keluarga terdekat.

Sampai sekarang aku dan staff2 yang lain masih tertanya2 akan keadaan 'Bos'.


7hb April 2011 - RABU.
assalamualaikum wbt...buat teman2 blogger.

alhamdulillah sekarang ni 'bos' zue dah ok..dah balik rumah pun.

Dr kata dia mengalami terseliuh aje...setelah buat pemeriksaan MRI...cuba 'bos' tidak boleh bergerak sgt sbb masih sakit lagi.

'bos' mc seminggu...alhamdulillah :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.