Cinta Hamba Kepada Allah swt.

Ketika aku sujud mengagungkan Mu

Aku tidak melihat selain dari kebesaranMu

Terlalu kerdil aku di sisiMu

Ya Rabbi terimalah aku sebagai hambaMu

Aku yang mungkin terlalu banyak

Membuat kesilapan

Aku ingin kembali kepadaMu

Dengan jiwa yang bersih hanya sebagai hambaMu


13hb Mac 2011.

Assalamualaikum wbt.

Dengan adanya FB...aku dan beberapa teman-teman yang lain telah membentuk satu group sek bagi mengumpulkan bekas2 pelajar di Sekolah Mohd Khir Johari, Sekolah Majidi Baru dan Sekolah Menengah Majidi Baru (skrg dikenali Sek Tun Syed Nasir), Johor Bahru dari tahun 1975-1983..dari Darjah 1 hingga Tingkatan 3. Waktu itu sekolah kami tiada tingkatan 4 dan kami telah berpisah ke sekolah2 di bandar JB.

Kami telah berjaya mengumpulkan seramai 66 orang yang ada FB dan 12 Orang yang tiada FB.

Kami telah membuat reunion pada 13hb Mac 2011 di Hotel Puteri Pacific JB dari pukul 2pm-6pm.

Alhamdulillah sambutan memberangsangkan walaupun cuma yang dapat hadir ada 41 orang.

Sudi-sudikanlah nengok gambo-gambo di bawah ini.

Kami yang bertugas.

 Pendaftaran...mencatat alamat/email/hp...tujuan senang untuk ajenda akan datang.


Bila bertemu...apa lagi sesi berpeluk-pelukan.


Semuanya yang dah bergelar mak cik2.


Kekawan lelaki yang sanggup datang dari KL semata2 untuk majlis Reunion.


Hiburan percuma yang disediakan pihak Hotel.


Acara cabutan no bertuah. Hadiah di sponsor oleh bekas2 pelajar.


Bergambar beramai-ramai

Organik...

Assalamualaikum wbt.

Hari Jumaat hari yang betul2 melapangkan otak kepalaku...kenapa besok dah tentu cuti dan cuti2 sekolah...yehh aku pun turut cuti juga.

Sebenarnya aku nak cerita pasal makan...makanan organik.

Selesai aje internal audit dan fire drill...semua staff telah dibawa makan di restoren yang menyediakan makanan sayuran...'Be Veg, go Green 2 save the Planet.' Itu restoren puye slogan..tak leh taruk nama restorennya kan dia yg kayo.

Dalam fikiran staff melayu ni masih berwas-was sebab vegetarian ni orang2 yang bukan islam yang tidak makan makanan berdarah. Kita orang takut tak halal.

Setelah di yakinkan oleh seketari opis kami bahawa restoren tu ada sijil halal...barulah kami setuju untuk ikut mereka makan.

Dalam kereta ni...dah berpakat kalau tak ada sijil halal dan meragukan kita orang nak belah...sampai aje dimuka pintu restoren..terpapang sijil halal. Ahhh selamat.

Aku lupa lak nak ambil gambo apa yang kami makan...

Sayur-sayurannya semuanya dari penanaman organik..harganya mahal..
Mula makan prawn crispy dan fish ball...rupanya bukan binatang tu..sayur aje. boleh pulak dibuat rasa udang.

Apa-apa pun tekak aku memang tak boleh terima makanan yang semuanya sayur...kalau dah tak ada lauk sekali pun kat umah aku...aku goreng ikan bilis dan telur pun jadi.

Internal QESH.

Assalammualaikum wbt.
7hb mac hingga 8 mac (2 hari ) aku ada internal QESH (Quality Enviroment Safety & Health)

Office dah kemas...fail2 dah dikemas dan di update kat computer.
Barang lama semua dah dikitar semula.

Kena ada lambang logo 3R..Reuse/Recycle & Reduse.

Kotak untuk recycle dan reuse dah disediakan.

Emergency light dah dibetulkan...fire estinguiser dan beli baru.

Pendek kata kalau nak kena audit...macam2 le kena buat dan kena ganti.

Semua dah ok...yang tidak oknya otak kepala aku dah tak masuk2 lagi...nak menghafal Vission/Mission dan QESH Policy...tulah banyak sangat makan kepala ikan...otak pun jadi lembab...

Nasib lah 2 hari punya cerita...kalau aku tak boleh jawab...terus terang aje...Kalau kena NCR (non-conformance reports)..kenalah jawab dengan orang tu...

Malam Jumaat.

Assalamualaikum wbt.
Semoga hari Khamis malam Jumaat memberikan hari yang bahagia buat teman-teman blogger.

Kenapa mesti hari Khamis malam Jumaat...kenapa tak hari lain ek.
Jangan salah taksif ya....


Orang Jawa kata malam keliwon...malam hantu berkeliaran..ya ke?

Setiap minggu mesti ada cerita hantu..

TV3...cerita Mantera Anjasmoro dan Astro Ria...cerita Penanggal.

Aku nengok juga tapi gitu2 je...

suka nengok 'Semanis Kurma' TV9...dengan tajuk 'Bila Isteri Mendominasi'.


Dah settle semua.

Assalammualaikum wbt...Bila kerajaan bagi potongan 50% untuk bayar saman. Masih ramai yang suka melenggah-lenggahkan bayar....eee termasuk....lah aku.

Sebenarnya aku dah dapat surat saman dari tahun lepas. Bila hidupkan road tax..ok tak ada masalah.
Itu yang buat bodoh je dengan saman tu. Bila kerajaan dah bagi tempoh hingga 28hb Feb hari ni last day.
Mula mengelabah dan terpaksa juga bayar.

Naib baik kawan satu opis ni...suami dia polis. Mintak tolong dengan dia bayarkan.

Aku ada 1 saman kereta atas nama aku dan 1 saman motor atas nama suami. Semuanya kena rm 180. Lepas duit pasar aku. Nak buat macam manakan taik kambing bulat2.

Yang mana dulu..

Assalamualaikum w.b.t...seronoknya sebab esok dah cuti...tapi yang tak seronok kerja rumah berlambak2 ni...kain baju lum lagi berlipat dan macam gunung...main kais2 je nak cari yg barang kecik...

Esok pulak ada majlis Maulud Nabi...kawan dari KL nak datang pulak...Banyaknya kerja nak dibuat ni.

Malam ni terpaksalah aku kena bereskan dulu kerja rumah...esok lepas Subuh kena siap2 masak lauk tengahari.  Kalau siap masak bolehlah pergi ke majlis Maulud.

Harap2 kawan tu lewat sikitlah sampai...supaya aku ada masa nak kemas rumah.
biasalah rumah orang bekerja seminggu sekali je kemas.

Memberi Salam Amat Digalakkan Dalam Islam

Hadith:

Riwayat Al-Bukhari dan Muslim

Huraian Hadith:

1. Sunat memberi salam kepada sesama muslim tidak mengira darjat, pangkat dan peringkat orang yang diberi salam.
2. Memberi penghormatan kepada orang yang lebih rendah martabat dan pangkat tidak akan mengurangkan kemuliaan seseorang.
3. Umat Islam hendaklah sama-sama hormat menghormati antara satu sama lain dan mengamalkan sunnah Nabi s.a.w dengan memberi salam apabila bertemu walaupun terhadap kanak-kanak.

Sumber Jabatan Kemajuan Islam Malaysia




 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.