Boleh pulak tahan tak merokok...

Kajian mendapati 95 peratus daripada perokok beragama Islam menyatakan lebih mudah untuk berhenti merokok dalam bulan Ramadhan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Hasan Abdul Rahman berkata berpuasa 14 jam sehari secara tidak langsung membantu perokok untuk lebih mudah berhenti kerana sepanjang tempoh itu mereka berupaya mengawal diri daripada merokok.

Justeru itu, Kementerian Kesihatan setiap tahun mempergiatkan kempen berhenti merokok menerusi program Nafas Baru Bermula Ramadhan dengan slogan 'Ramadhan titik permulaan untuk berhenti merokok'.

"Jadi gunakanlah kesempatan Ramadan ini kerana ia peluang terbaik bagi perokok berazam dan seterusnya meninggalkan tabiat merokok," katanya pada Seminar Pendidikan Fatwa-Merokok Adalah Haram di sini, baru-baru ini.

Dr Hasan berkata ia secara tidak langsung dapat membantu mengurangkan perbelanjaan kerajaan yang mencecah RM3 bilion setahun, untuk merawat tiga penyakit akibat merokok seperti jantung, kanser paru-paru dan penyakit paru-paru kronik.





Suamiku memang perokok tegar...tapi bulan puasa ni boleh pulak dia tak merokok...tahan dan tak kisah pun.

TAPI...

Bila waktu berbuka puasa dia dah makan kenyamg...bukannya terus gi sembahyang dulu...keluar rumah hisap rokok dulu dah dapat hilangkan giannya barulah masuk sembahyang.

Asyik duduk kat luar rumahnya...hisap asap banyak2 kasi kembung perutnya dgn asap...org kenyang dgn makanan tapi dia kenyang dgn asap.

Tak tahulah nak nasihat apa lagi kat 'org tua' ni tak makan saman...yang geramnya merokok kat tandas..ni yang hati aku pun turut panas. :(



Memang aku larang suami merokok didalam rumah...ni kes curi2 merokok bila aku tak ada rumah.
Kita yang tak merokok mmg boleh kesan bau kat bilik air...biarpun ianya dah berlalu dalam 2 jam.

Dah malas dan tak kuasa nak nasihat lagi...orang kata dah tua ni dah liat...klu pakai gigi palsu mau tercabut gigi ...:)





Keadaan jalan raya dibulan puasa.

Assalamualaikum wbt...sekejap je dah 11 hari kita berpuasa..bagaimana kawan2 masih penuh puasanya atau dah tertuang...:)


 

Beginilah keadaan waktu balik kerja di jalan Tasek menuju ke jalan Skudai Johor Bahru.
Jambatan ni baru siap...ada 2 tingkat..tingkat 1 ikut jalan ke pantai.

Boleh dikatakan hari2 aku pergi kerja dah balik kerja akan menempuh jemm.
Semakin jalan dibesarkan semakin jemm bertambah...nampaknya kerajaan Johor masih lagi tak dapat menyelesaikan masalah kesesakan di bandar JB.

Nak2 bulan puasa sekarang ni lagi lah sesak...masing2 nak cepat sampai rumah dan apa lagi kena cilok sana-sini..klu dok lorong yg slow jln mengalahkan kura2 apa lagi sibuk nak kekiri atau kekanan.

Dengan motorsikal yg byk...asyik kena hon aje dgn dia klu kita nak ambil kiri atau kanan...oooi awak tu roadtax bayor rm2 je jgn le nak lebih2 gak hon2 kat kita...beri laluan lah.

Selalu berfikir malasnya nak gi kerja...rasa nak ambil cuti je..tapi memikirkan hari raya esok nak cuti panjang terpaksalah kerja gak.





Wordless Wednesday.

nak tiru gak..rabu tanpa citer..

"WORDLESS WEDNESDAY"



Lambat dan Cepat...

Assalamualaikum wbt...semoga teman2 blogger sihat disamping menjalani ibadat puasa.

Nak cerita le sikit pasal solat terawih...solat Terawih ada 8 rakaat dan 2+1 witir dan kalau habiskan semuanya 23 raakat terwaktu witir.

Aku pergi bersolat Terawih di Surau kg mak aku...bacaan yang IMAM  baca semuanya ayat-ayatnya pendek2 belaka...setiap raakat kedua mesti dibacanya ayat 'Al-Ikhlas'...dan cara IMAM tu baca memang laju...cepat habis..dalam pukul 10.15/10.30 mlm dah habis. Di surau tak ada tazkirah.

Kalau di masjid di kawasan perumahan aku lak...IMAM membaca dengan surah2 yang panjang.
Selepas Al-Fatihah...IMAM baca dari ayat-ayat Al-Quran...punyalah lama berdiri.

Aku cuma dapat buat 8 raakat dan witir je sebab tak tahan berdiri lama sangat.

Selepas raakat ke 8..ada tazkirah..kemudian barulah sambung raakat seterusnya.

Kata jiran aku dalam pukul 11 malam keatas gitulah baru habis.

Tak boleh nak khusyuk solat sebab ada yang bawak anak2 kecil...tahulah budak2 ni buat bising je..boleh lak main lari2 tengah orang bersolat. Sabor aje lah...anak sapalah tu...

Yang sedap tu malam tadi tengah2 salam yang kedua...tiba2 'blackout'...budak2 yang memekak bermain...memjerit ketakutan..ah padah muka tahu pun takut. Tak sampai 5 minit dah terang balik.

Bagaimana pulak solat Terawih ditempat2 kekawan ek...


Bengang.

Assalamualaikum wbt...semoga teman2 berada di dalam keadaan sihat dalam menjalani ibadat puasa.

Belum lagi dapat menyempurnakan solat terawih...:) ehem2 je lah...

 Aku sebenarnya tengah tahap boring yang gaban...bila dengar desas-desus mengatakan kompeni aku raya tahun ni tak ada bonus. Mak datok...sedihnya dengar...yang lagi bestnya nak bagi gaji lebih awal...kepala otak dia...nasib baik aku masih lagi bulan mengambang...jadi suka hati aku lah nak marah2 kat sini.

Kerja bagai rak...dah lah tu banyak sangat itu ini tak boleh..byk sgt peraturannya...dah tu tak ada duit apasal sibuk2 amik audit QESH...bukannya kompeni kilang..alah setakat teknikal je tak yah membazirkan duit kearah tu. eee kepala dah serabut ni....apa nak buat...takan lah nak gi korek tabung yang semesti dah dikorek..huhuhu.






Nampak gayanya budget duit raya kena potonglah....kesian anak2 buah aku...

Ni kena berdoa banyak2 kot2 ada wang ehsan...klu x ada bonus duti raya pun jadilah...masih mengharap....



Satu anak tangga ku daki.

Assalamualaikum wbt...hari yang ceria...hari Khamis iaitu 26 Syaaban..hari terakhir berpuasa sunat.

Kelebihan Syaaban : Nabi s.a.w. bersabda: " Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Syaaban atau segala bulan itu seperti kelebihanku atas kamu."

Hari ni merupakan hari jadi ku yang ehem2...biasalah 4 series...ada lagi 7 anak tangga yang perlu kudaki untuk capai ke 5 series.

Alhamdulillah...sampai kesana ini aku masih diberikan kesihatan yang sihat dan keluarga yang bahgia.
Aku berharap dan berdoa semoga aku dapat hidup didalam keadaan yang harmoni dan semoga Allah mempermudahkannya...amin.



Ada nyawa...:)

Assalamualaikum wbt..buat teman-teman di alam maya semoga kalian sihat selalu.

 Lama sungguh aku tak update blog. Berbagai perkara yang memungkinkan aku untuk terus berblog...bukannya sibuk manapun cuma aku tak dapat memggunakan line internet lagi di office ni...ada le sorg makhluk dari planet mana yang punya hasad dengki telah menyuarakan kat bos aku supaya line tenet di tutup.

Apa..mcm lah dia tu bagus sangat..yang penting kerja siap mengikut jadual...apa yang dia sibuk2 sangat tu kenapa...bukak tak bukak pun kompeni still kena bayor mcm biasa...goblok.

Hari ini aku betul2 memfaatkan line tenet ni sebab makhluk ni seminggu tak ada gi kerja kat headguarter...yahoo :)

Aku tak suka gunakan computer rumah sebab tak ada privacy...kejap2 kan laki aku ada kat belakang..kan kejap2 anak2 aku pun ikut sibuk. Dia orang ni tak boleh bagi ibu dia senang sikit..kan mintak makan itulah...inilah...eeehmmm. :(

                                                                          


Tinggal 4 hari lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan...Dikesempatan ini aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Semoga puasa kali ini mendapat keberkatan dari  Allah swt.




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.