Ayah.

Bulan Ramadan bulan keberkatan dan bulan untuk memperbanyakkan membuat amalan bukan berlumba2 membuat taik mata :)

Sudah seminggu ayah ku tidak sihat...tapi bila di tanya dijawabnya sihat. Itulah orang tua.
Mak cakap ayah sakit perut...bila buka puasa tak mahu makan...sembahyang terawih pun tak pergi sebab tak larat berdiri lama. Lepas sembahyang maghrib terus baring je.
Bila tengah malam asyik nengok luar rumah.


gambar diambil dari facebook anak saudaraku.


Puas dipujuk oleh anak-anak untuk bawak ke hospital..dia tak mahu..di jawabnya 'ubat aku ada lagi..aku dah baik ni'. Semua tak berani nak lawan cakapnya...kalau ayah kata tidak...tidaklah.

Ya Allah kau panjangkanlah  umur ayahku dan berikanlah kesihatan yang baik untuknya.


Inilah Duniaku,

Meriahnya.

Inilah suasana berbuka puasa (1 ramadan) di rumah mak aku...ramai sampai tak cukup ruang.
Ada 2 keluarga yang tidak balik.

Susah nak dapat kumpul dan satu kan 1 keluarga...masing2 pun nak berbuka di rumah mertua masing2...begitu juga dengan hari raya.


Inilah Duniaku,

Sabar.

Assalamualaikum wbt.

Keterasingan dari dunia maya begitu lama kurasakan...apa khabar kalian semua.
Semoga kalian sihat disamping memperbanyakan amal ibadat di bulan Ramadan.

Sudah lama tidak menulis....macam tak tahu nak mulakan apa.

                                      ***********************

Kisah2 peribadi ku yang lalu telah mencengkam hati dan sanubariku telah lama aku buang jauh2 sebab aku tak mahu menjadi seorang isteri yang hanya mementingkan diri sendiri.

http://www.iluvislam.com/design/e-kad/4582-design-18-cara-merawat-hati.html


Dibulan yang baik ni aku ingin memohon kepadaNYA supaya aku diberi kekuatan fizikal dan mental supaya aku lebih sabar dari segala SABAR...

"Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar" (Al-Baqarah 2:153)


Oh "hati"...

Assalamualaikum wbt...semoga kita dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan hati yang tabah biar pun selalu di landa ombak.

*************************************************

Sudah 18 tahun "hati" melayari bahtera....tapi sejak2 ni "hati" selalu rasa ingin memberontak.

Diluaran  saja nampak indah belaka tapi "hati" sentiasa gundah gulana menahan perasaan.

"hati" selalu ingin menberontak tapi mulut tidak dapat nak menuturkan...kenapa?

Ingin diluahkan apa yang terbuku tapi tak sanggup kerana takut menjadi lebih parah lagi.

Segalanya "hati" pendamkan saja di lubuk sanubari...

Ya Allah kau tenangkan "hati" ini agar dijauhi dari sifat2 yang akan meracuni jiwa "hati".


Inilah Duniaku,

Kecil Hati.

Assalamualaikum wbt...semoga kita dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan hati yang tabah biar pun selalu di landa ombak.

Kawan satu pejabat berhenti kerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur...adiknya pulak duduk satu taman dengan aku. Tak semena-mena kami menjadi kawan baik. Aku panggil dia dengan panggilan 'Mah'.

Kalau pergi kelas mengaji atau kenduri tahlil mesti kami akan pergi bersama-sama. Begitu juga dengan hal-hal sekolah sebab anak 'mah' thn 4 sama dgn anak aku.

Sebenarnya aku nak cerita serba-sedikit tentang luahan 'mah' kepada aku. Rasanya tak elok aku cerita hal orang kannn tapi aku nak cerita juga...

'mah' dan suami sering bergaduh ada sekali tu dia bergaduh pada pukul 2 pagi...perkara biasa yang menjadi isu ialah kewangan. ya lah 'mah' ni suri rumahtangga...walaupun begitu dia juga menolong suaminya membuat akaun 'bisnes' suami dia. Orang kata kerja rumah mana ada selesainya mana nak uruskan anak2 sekolah dan hal2 rumah lagi.

Yang terasa kecil hati 'mah' bila suami dia telah mengeluarkan perkataan ..'.awak tak ada memberi sumbangan apa-apa dalam rumah ni...' Kalau aku pun kecil hati bila suami berkata begitu...apa buta ke mata suami 'mah' tu...selama ini siapa yang membesarkan anak2 dia sehingga 2 anak telah masuk ke MRSM. Aku yang dengar pun rasa sedih.

'mah' nekad untuk bekerja...alhamdulillah..selang 2 minggu dia bergaduh dengan suaminya 'mah' dapat kerja sebagai kerani am/akaun. Orang kata kalau kita ada pengalaman kerja walaupun dah berumur 39 tahun tetap diterimanya...Allah tu maha pemurah.

Zaman  'mah' belum kahwin dia pernah jadi guru sandaran..kini di telah buka kelas tuition di rumahnya dan anak aku pun belajar dengannya...alhamdulillah.

Katanya dia nak sibuk-sibuk kan diri dan dia nak suami dia tahu dia pun boleh memberi sumbangan untuk rumahtangga.

"Rezeki itu hak ALLAH, maka bermohonlah kepada yang memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNYA."


Inilah Duniaku,



Kuasa rm..

Assalamualaikum wbt...seringkali teringat zaman kanak2...alangkah gembiranya waktu itu...tiada beban untuk dipikul.
Semoga kehidupan teman2 blogger senantiasa dirahmati oleh Allah swt.

Bercerita pasal "BR1M" mesti teman pun ada cerita yang tersendirikan...

Dalam pejabat aku...hanya seorang aje yang mengisi borang "BR1M" ni iaitu seorang pak cik yang jawatannya sebagai Driver merangkap office boy. Yang lain2 semuanya tak layak..bila dicampurkan pendapatan suami-isteri.

Pak cik ni pencen askar yang brjawatan sarjan masa tamat perkhidmatannya.

Saya cakap dengan dia 'pak cik..layak ke..sebab pak cik kan ada 2 gaji (opis dan pencen) dan klu dicampurkan lebih dari rm 3000.'

'Alah cuba aje..' jawab pak cik tu.

'ok lah..mana tahu dapatkan..' jawab saya.

Bila hari yang mereka disuruh ambil voucher rm500 tu...kecohlah kat opis ni sebab anak2 pak cik ni yang berkeluarga ada dapat..tapi dia tak dapat.


gambar sumber dari 'google'


Hari-hari dok tanya kat orang ni kat orang tu. Dalam hati saya memang dah sah2 'tak layak'..tak yah nak buat edisi siasat.

Dengar cerita dari jiran saya pulak...emak dia pergi ambil voucher tu berebut2 sebab terlalu ramai dalam satu masa. Mana tidak bila nama tak dipanggil lagi atau pun tak layak pun ikut sibuk sama di sana dan menjadikan suasana tegang masa tu.

Inilah duit punya kuasa...cuba kalau disuruh datang untuk majlis agama...batang hidung pun tak nampak.


Inilah Duniaku,






Merisik...

Assalamualaikum...salam hari Selasa..hari yang ceria buat semua teman-teman blogger.
Nak citer pengalaman aku gi merisik kabar...

Rombongan Merisik di Sri Gombak, Selangor...pada 23hb Jan. 2012 hari Isnin...bagi pihak anak saudaraku iaitu anak kakak ku.

Kami pergi cuma 2 kereta je iaitu kereta aku dan anak saudaraku. Kereta ku..aku, suami dan ayah manakala kereta 1 lagi..anak saudara, kakak dan mak.

Pertama kali mengikuti rombongan merisik...satu pengalaman baru :)

Sebelum berbincang perkara yang serius..kami di jemput makan tengahari dulu.

Kami berbual2 hal kampung..asal-usul..dan perkara-perkara semasa...tak le terus terjah ke arah tujuan asalnya.

Kemudian mak mulakan perbincangan...dengan bertanya ada ke si polan ni dah berpunya ke belum...mak si polan pun jawab..'dah'..siap tunjuk kat anak saudaraku..:) sepatutnya tuan punya badan tak ada kat rumah ni..zaman moden asal boleh.

Mak tanyalah pasal hantaran...mak sipolan jawab...'klu boleh lah 13 '...sambil mak memandang kakak dan aku. Kakak ku jawab...insyallah 'Boleh'.

Akhirnya pihak perempuan meminta dalam bulan Jun majlis pertunangan di adakan tapi tarikh belum ditetapkan dengan hantaran rm 13 k serba satu.

Alhamdulillah tidaklah terbeban sangat anak saudaraku nak mengumpulkannya...insyallah rasanya dia dapat mengadakannya.

Kemudian kakak ku menyarungkan cincin risik dan sepasang kain...sebagai tanda.

lebih kurang macam ni lah rupa cincin risik..aku lupa nak tangkap gambonya.
(gambar sumber dari google)


Inilah Duniaku,




(zaman 90an aku cuma rm 3 k je dan mas kawin rm 22.50 (sampai skrg jumlahnya segitu...nak beli mas segram pun x dapat...bila lah nak di naik harga mas kawin Johor ni. )


 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.