Seperti biasa kan kalau balik kerja terus amik anak kat rumah jiran didepan..nengok apasal lah jiran2 ni dok brlonggok cina dgn melayu ni...rupa2 ada rumah kena masuk pencuri.
Dalam bulan Jan ni dah 3 buah rumah kena pecah masuk kat area rumah aku ni. Semalam rumah jiran aku selang 3 buah je kena masuk pencuri. Dalam pukul 12-1 tgh gitu dia org ni buat kerja.
Jiran depan rumah perasaan sebab nampak kelibat orang lelaki 2 org brlari. Jiran kata pencuri tu lari mungkin dia terperanjat dengar bunyi alarm rumah tu. Tuan rumah suami/isteri bekerja kat Singapore...pergi pagi..mlm baru sampai rumah. Tuan rumah belum balik lagi dan tidak mengetahui lagi..
Dengar cerita jiran yang perasaan tu yang buat lapuran polis.
Malam tadi polis datang dan tuan rumah buat statement apa barang hilang. Barang seperti gelang emas/hp dan ps2. Kalaulah alarm tidak berbunyi tentu kereta dapat dibawa lari. Aku ni bukan tukang jgn tepi kain org tau tapi tuan rumah tu yg citer kat kami kebetulan dia nak pinjam tangga dari sebelah rumah aku.
Katanya pencuri masuk ikut bumbung rumah corner yg tidak ada pembeli..lalu dipecahnya siling..peh satu kerja nak kena repair.
Sebelum tu ada org hilang kereta toyota camry yg baru keluar 2 minggu. Area rumah aku kebanyakan bangsa cina kerja kat singapore so pencuri ni mmg dah aim rumah mana nak dimasuknya.
Diharap jangan le menimpa kat rumah/keluarga aku.
Terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
Barang siapa membaca ayat 28 dari surah Al-Mukminun, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.
فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ فَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّانَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٢٨)
"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim”
18 comments:
minggu sudah pulang ke kuantan.. mahu jenguk2 rumah yg itew...
tapi org di kejiranan mereport balik pada maza yg baru2 ini kegiatan merompak kembali mengganas...
sudah lebih 3 buah rumah kena pecah masuk, termasuklah di siang hari dan tuan tanah pun ada sekali di dlm rumah...
yg hiarannya, tuan tanah sendiri pun tak tahu ada pencuri dlm rumahnya ... beliau kehilangan RM12K... aderkkkkkkkk!!!!
Rukun Tetangga dah ada, polis meronda pun ada.. tapi dah nama perompak penyamun tarbus ni harus dibenteras dgn senapang gajah agaknya... huhuhu
Ish.... takutnya. Kita lebih takut pada orang dari binatang ni.
Zue kena pasang alarm laa... pencuri ni bila dia dah terdesak, dia boleh bertidak ganas. Kena sedia juga.
assalamualaikum,
pencuri dengan kategorinya....saya pun pencuri...tapi ntak sama dengan kategori pecah rumah dan sewaktu dengannya...saya pencuri ilmu di laman ini..
sekarang pencuri dah tak heran...siang2 buta pun dia org berani pecah masuk umah...janji dapat habuan..
kene la tanye jiran jiran yang slalu tinggal kat rumah.. bukan sibuk jaga tepi kain.. tapi mengambil berat, kan ?
maza,
tuan tanah ni byk sungguh rumah melata pelosok ada..
maza..nak cari 1k pun susah ni 12k yg hilang 5thn lagi kumpul pun susah nak dpt..
penyambus tarbus ni mana ada takut2 puye org kita yg takut dgn dia...takut ilang nyawa.
tie,
lepas jiran ni kena..nak tido mlm pun rasa x nyenyak..terjaga2.
cikgu ahmad,
walaikumusalam..
pencuri ilmu x apa..jgn pencuri cinta sudahlah...harukan.
kamsiah,
ni nak raya cina..lagi lah dia org ni buat projek besar-besaran sbb ramai org balik kg trmasuk lah zue.
hazari,
mmg ada setengah jiran tu yg x mahu campur org..duduk mcm kera sumbang. (mcm jiran sbelah..melayu)
Jenayah sekarang semakin menjadi jadi..
Hairuman bakal hilang kaki pula
miecyber,
hidup dgn jalan yg mudah...
Salam zue,
Sama dgn tempat kakak mereka buat waktu siang kerana rata-rata bekerja jadi siang mereka bebas pecah masuk.
Kalau ada jiran yg tak bekerja at least ada yg tolong tengok. Kalau tidak balik kerja baru tahu.
kakzakie,
rata2 penduduk di tmpt zue ni, isteri2nya bekerja, mlm baru ada rumah.
tu yg ada jiran yg x bekerja boleh tengok2 kan rumah.
kes kecurian sekarang memang makin menjadi2
sampai naik risau bila fikir mak ayah dekat rumah tu
selalu yang buat kerja nih tak orang melayu mesti nya indon2 tu
haih
memang panas hati betul lah
Vote Hans Bernombor 10 Diruangan Komen
Salam Zue,
Di sini pun, orang pecah rumah siang hari waktu orang kerja.
Sekarang susahkan. Siang pegi kerja hati susah. Malam nak tidur pun payah dan lena.
rumah jiran saya dkt sri alam sudah kena pecah masuk 2 kali..masa tu tak ramai lg yg pindah rumah..security pun belum ada lagie..habis berslerak rumahnya..klu blh biar dijauhkanlah musibah pecah rumah nie..
hans,
x leh tuduh2 sembarangan..takut yg buat kja ni org tempatan juga.
kunang-kunang,
waalaikumusalam...mmg x senang dibuatnya...pegi kerja otak kepala fikir tang umah je.
nadri,
ko ni mesti brjiran dgn kakak kzue.
brg2 ilang bole di cari ganti tapi keselamatan kita...itu yg takutnya.
assalamualaikum kak zue
sekarang ni makin menjadi2 kejadian rompakan.masalahnya, bukan setakat merompak...rompak dan lain-lain dosa mereka nak buat juga...
wa'alaikumussalam ummu,
nilah jln singkat utk cepat kaya.
Post a Comment