Assalamualaikum wbt...semoga kita dapat menempuhi hari-hari mendatang dengan hati yang tabah biar pun selalu di landa ombak.
Kawan satu pejabat berhenti kerja dan berhijrah ke Kuala Lumpur...adiknya pulak duduk satu taman dengan aku. Tak semena-mena kami menjadi kawan baik. Aku panggil dia dengan panggilan 'Mah'.
Kalau pergi kelas mengaji atau kenduri tahlil mesti kami akan pergi bersama-sama. Begitu juga dengan hal-hal sekolah sebab anak 'mah' thn 4 sama dgn anak aku.
Sebenarnya aku nak cerita serba-sedikit tentang luahan 'mah' kepada aku. Rasanya tak elok aku cerita hal orang kannn tapi aku nak cerita juga...
'mah' dan suami sering bergaduh ada sekali tu dia bergaduh pada pukul 2 pagi...perkara biasa yang menjadi isu ialah kewangan. ya lah 'mah' ni suri rumahtangga...walaupun begitu dia juga menolong suaminya membuat akaun 'bisnes' suami dia. Orang kata kerja rumah mana ada selesainya mana nak uruskan anak2 sekolah dan hal2 rumah lagi.
Yang terasa kecil hati 'mah' bila suami dia telah mengeluarkan perkataan ..'.awak tak ada memberi sumbangan apa-apa dalam rumah ni...' Kalau aku pun kecil hati bila suami berkata begitu...apa buta ke mata suami 'mah' tu...selama ini siapa yang membesarkan anak2 dia sehingga 2 anak telah masuk ke MRSM. Aku yang dengar pun rasa sedih.
'mah' nekad untuk bekerja...alhamdulillah..selang 2 minggu dia bergaduh dengan suaminya 'mah' dapat kerja sebagai kerani am/akaun. Orang kata kalau kita ada pengalaman kerja walaupun dah berumur 39 tahun tetap diterimanya...Allah tu maha pemurah.
Zaman 'mah' belum kahwin dia pernah jadi guru sandaran..kini di telah buka kelas tuition di rumahnya dan anak aku pun belajar dengannya...alhamdulillah.
Katanya dia nak sibuk-sibuk kan diri dan dia nak suami dia tahu dia pun boleh memberi sumbangan untuk rumahtangga.
"Rezeki itu hak ALLAH, maka bermohonlah kepada yang memiliki rezeki itu. Kerana tiada rezeki untuk kita tanpa ada izin dariNYA."
Inilah Duniaku,
14 comments:
Allah hu robbi... moga Mah tabah dan gigih menjalankan tugas barunya. Lihat Allah kalau nak beri tak tunggu lama zue... insya-allah suami dia akan sedar dari silapnya kerana isteri dan anak-anak adalah tanggung-jawab suami/bapa bukan isteri/ibu...
betul tu kakzakie..Allah tu maha pemurah lagi maha pengasihani.
Kadang2 ada orang lupa, bila sebut sumbangan jer yang nampak di mata 'duit'.
Sumbangan tenaga, galakan, bersama susah senang tu, dirasa bukan bukan sumbangan. Pelik.
mmg ada spesis suami yg camtu..letih!. apapun semoga mah terus cekal & tabah...
Semoga mah kuat dan tabah. Allah akan memberi kelebihan pada orang2 yang sabar.
kalau nak sebutkan sumbangan tu, skopnyer luas..kalau nak tau, kenapa isteri2 yg da bcerai boleh tuntut hak sepencarian walau rumah itu bukan atas namanya, sebab, isteri itu telah sumbangkn tenaganya, berbakti dlm rumah itu, cnth memasak, membesarkn anak2 dlm rumah itu, mengemas, membasuh dlm rumah itu, mencantikkannya..itu juga adalah hak2 yg termasuk dlm islam dan membuktikan bukan hanya wang ringgit sebagai 1 sumbangan, malah tenaga juga adalah sumbangan yg tak ternilai....so lepas ni sang suami kenelah berfikir dulu sebelum melepaskn kata2 yg bole buat sang isteri tersinggung...., moga mah di beri kekuatan demi anak2 yg tersyg..
suami yg xtahu menghargai pengorbanan isteri
salam
dalam sebuah perkahwinan, masing2 ada peranan dan sumbangan serta tanggungjawab dan kewajipan
berbalik kepada kejadian Allah yang menjadikan manusia2 berbagai perangai dan karenah semoga kita sebagai insan yang melihat atau mendengar mengambil iktibar dan pengajaran dari setiap kejadian
assalamualaikum
kadang2 sebelum mengelaurkan sesuatu perkataan itu, kita kene berfikir..
jika tidak, kesannya amatlah mendalam
Hadoi..rasa nak ketuk jer kepala suami Mah tu... takper, semoga Mah gigih menjalankan tugas baru.. teringat seorang rakan. Suaminya tak benarkan dia berkerja. maka dia berusaha cara lain iaitu dgn mengambil upah mengasuh anak2 kawan2 sekerja suaminya..income dia dpt lagi besar drpd suaminya, tak de income tax lagi..
moralnya .. kena kreatif dan jangan menyerah kalah
Assalamualaikum,
Ikhlaskan diri,
bekerja kerana Allah untukan kebajikan diri, keluarga, agama dan negara!
Assalamualaikum,
Ikhlaskan diri,
bekerja kerana Allah untukan kebajikan diri, keluarga, agama dan negara!
Allah Maha Mengetahui... moga Mah terus dilimpahkan rezeki...:)
tahniah untuk Mah ;)
Post a Comment