Assalamualaikum wbt...hari yang ceria...hari Khamis iaitu 26 Syaaban..hari terakhir berpuasa sunat.
Kelebihan Syaaban : Nabi s.a.w. bersabda: " Apabila masuk bulan Syaaban, baikkanlah niatmu padanya kerana kelebihan Syaaban atau segala bulan itu seperti kelebihanku atas kamu."
Hari ni merupakan hari jadi ku yang ehem2...biasalah 4 series...ada lagi 7 anak tangga yang perlu kudaki untuk capai ke 5 series.
Alhamdulillah...sampai kesana ini aku masih diberikan kesihatan yang sihat dan keluarga yang bahgia.
Aku berharap dan berdoa semoga aku dapat hidup didalam keadaan yang harmoni dan semoga Allah mempermudahkannya...amin.
Setiap sesuatu ada rumahnya, rumah cinta adalah hati. Dalam perjalanan cinta, adalah mustahil untuk tidak kita hinggap ke singgahsana cinta.
Ada nyawa...:)
Assalamualaikum wbt..buat teman-teman di alam maya semoga kalian sihat selalu.
Lama sungguh aku tak update blog. Berbagai perkara yang memungkinkan aku untuk terus berblog...bukannya sibuk manapun cuma aku tak dapat memggunakan line internet lagi di office ni...ada le sorg makhluk dari planet mana yang punya hasad dengki telah menyuarakan kat bos aku supaya line tenet di tutup.
Apa..mcm lah dia tu bagus sangat..yang penting kerja siap mengikut jadual...apa yang dia sibuk2 sangat tu kenapa...bukak tak bukak pun kompeni still kena bayor mcm biasa...goblok.
Hari ini aku betul2 memfaatkan line tenet ni sebab makhluk ni seminggu tak ada gi kerja kat headguarter...yahoo :)
Aku tak suka gunakan computer rumah sebab tak ada privacy...kejap2 kan laki aku ada kat belakang..kan kejap2 anak2 aku pun ikut sibuk. Dia orang ni tak boleh bagi ibu dia senang sikit..kan mintak makan itulah...inilah...eeehmmm. :(
Tinggal 4 hari lagi umat islam akan menyambut bulan Ramadhan...Dikesempatan ini aku nak ucapkan

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK.
Semoga puasa kali ini mendapat keberkatan dari Allah swt.
Mendaki Bukit Broga
Lokasi
Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.
Muka bumi Broga
Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai likuan maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah letakknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.
Asal nama Beroga
Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.
Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.
Sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Broga
Pada 30hb mei 2011 Kami memenuhi hajat anak perempuan ku yang ingin mendaki Bukit Broga. Melihat pada blog kekawan yang telah mendaki. Teruja juga sebab ianya dah dekat dengan kampung suamiku.
Kami bertolak dari rumah mak mertua dalam pukul 7.30 pagi.
Nak masuk ke kawasan Bukit Broga kena melalui ladang kelapa sawit dimana dikenakan rm 2 untuk sebuah kereta dan rm 1 untuk motosikal. Nyonya tua yang jaga tau..tarak bayor itu kereta tara boleh masuk.

papan tanda menunjukkan ketinggian Bukit Broga dan Gunung Tok Wan
Pendakian aku bermula.
Betapa tingginya untuk sampai kepuncak itu dengan kecerunan dalam75 darjah.
Aku setakat disini saja sebab..takut seh..gayat.
Haris kelihatan menunjukkan tanda peace kat arah ayah dia..padahal dia berada dalam ketakutan.
Setakat sini saja pendakian haris sebab dia dah menjerit2 ketakutan...orang kata kalau mendaki jangan pandang bawah.
Inilah dia puncak Bukit Broga yang telah berjaya anak perempuanku dengan sepupunya berjaya didaki.
Pasangan saudara yang ngam..sebaya pulak tu.
Untuk sampai ke gunung Tok Wan kena mendaki dalam 4.8km lagi...Kebanyakan mereka yang mendaki hanya setakat Bukit Broga dah tak larat melainkan mereka yang memang kaki panjat memanjat macam spiderman.
Inilah dia puncak Bukit Broga gambar dari Wikipedia.
Ramai fotographer DSLR datang ke sini semata-mata untuk mengambil gambar sunrise dan sunset.
Anakku cuma guna camera HP dia aje..
Keselamatan tanjungjawab sendiri...tiada ciri-ciri keselamatan yang terdapat disitu. Kalau kekawan yang ingin mendaki disitu kena berhati-hati sebab laluinya memang mencabar dan kalau tidak kuat stamina baik tak payahlah sertai..tunggu kat bawah sambil minum air kelapa yang nyonya jual..hehehe.
Nilai sekarang.
Assalamualaikum wbt.
Cuti sekolah tinggal lagi 1 hari lagi dan kad jemputan kahwin dah ada 5 keping ni...
Nak le tanya kat kawan-kawan blogger...berapa ringgit untuk salam kaut yang standard kekawan bagi.
walaupun ianya rahsia bagi sesetengah orang tapi aku nak tahu juga kalau tak keberatan...bukan apa nak letak nilai nya kedalam anpau..berapa yang patut diletaknya.
Marilah kita bincang2 kan ek.

Fikiranku jauh melayang :)
Assalamualaikum wbt.
Lama aku tidak update blog...bukan tahap kemalasan tapi internet aku tidak boleh nak login google..tak boleh nak sign in...ni aku gunakan komputer orang lain.
Di rumah punya ok...cuma aku kalau kat rumah memang payahlah nak gunakan tenet ni sebab kerja rumah memang tak pernah habis dan satu lagi...anak2 ni tak bagi chan ibu dia nak gunakan tenet...tahu2 ada kat belakang kita. Tak ada privisi langsung.
Tak ada cerita yang menarik untuk aku paparkan disini cuma aku nak luahkan yang aku rasa lega sedikit je sebab semalam...iaitu 23hb Mei kompeni aku ada internal AUDIT QESH. Alhamdulillah segala2 nya selamat cuma ada 3 kesalahan aje...tak adalah sampai kena NCR (non control record).
Itu masih belum selamat lagi sebab 22hb Jun barulah external audit...kena lagilah menghafal VISSION/MISSON/QESH QUALITY/ASPECT/IMPACT/ JOB DECRIPTION & bla..bla..lagi...belum lagi document yang nak ditengok.
Benci sungguh aku perkara2 macam ni...ayat2 muqadam aku pun tak terhafal ni pulak nak benda alah ni...hari ni baca...kejap lagi lupa...aku ni kalau disuruh belajar lagi sah2 fail..:)

Seni Pertahanan Diri.
Assalamualaikum wbt..buat teman2 blogger..'Selamat Hari Ibu' dan semoga ibu2 diseluruh dunia sihat walafiat hendaknya.
Anak aku Haris memasuki seni Silat Gayong. Nak masuk kompang tak dapat akhirnya aku hantar dia belajar silat.
Pada 5hb Mei 2011 (Khamis) pukul 8 mlm. Silat Seni Gayong Malaysia Akademi RS, Kulaijaya telah mengadakan majlis Perlimau Tapak dan Seni murid baru bagi tujuan penerimaan murid Gayong secara adat istiadat.
Taklimat dan penerangan perlaksanaan Majlis Perlimau Tapak dan Seni oleh Berbahgia Cikgu Mohd Jazwan bin Kahar. Wakil mandi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Johor, Malaysia dan Serantau.
Bahan-bahan untuk mandi disediakan oleh akademi RS dengan dikenakan bayaran sebanyak rm 29 shj.
Aku dah lama tak bau kemenyan...kat situ lah dia orang bakar kemenyan
Untuk tahu lebih lanjut pasal Silat Gayong ni sila klik disini http://silatgayong.org/
Lihatlah beberapa gambar dibawah ni yang dapat aku tangkap dengan gambo yang blur2 ni...guna hp nokia 6300 je..:)

acara dimulai dgn selawat dan salam serta bacaan al-fatihah dan 3 ayat kul.
Mereka ni telah diarahkan mengambil barang2 yang telah disediakan masuk kedalam plastik seperti 7 jenis bunga2/ akar sintuk dan sebiji limau nipis.
haris sedang didoakan oleh wakil mandi dengan memotong limau serta bertanya nama dan nama ibu.
Haris di katakan bersifat 'Tanah'.
dihujung tu..haris kena makan garam dan asam jawa.
akhir sekali haris kena makan pisang.
acara ikrar dengan menjunjung al-quran..
sebahagia darinya...bergambar beramai-ramai.
Semua sekali yang terlibat dalam majlis adat istiadat Perlimau Tapak dan Seni.
Air yang telah di doakan hendaklah dimandi dengan memakai kain basahan..tak boleh bogel :)...titisan air yang terakhir hendaklah di minum. Bahan2 seperti limau/bunga dan akar dikutip balik...tidak boleh dibuang sesuka hati..hendaklah ditanam. Lilin..hendaklah dinyalakan di mangkuk sehingga habis.
Itulah cara2 adat-istiadat yang haris telah buat...minta maaf jika ada terkurang atau terlebih...bukan apa..aku ni duduk jauh dari dia org ni.. .dgr2 tak berapa jelas...klu tanya balik kat Haris "entah ek...lupalah ibu"..nasib baik aku datang menyaksikan.
Nak buat macam mana.
KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20sen ke RM2.90 seliter berkuatkuasa tengah malam Rabu, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).
Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.
"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.
Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.
Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.
*************************************
Aku baru je pasang kuda baru dah naik harga...huhuhu...kuda lama dah x sanggup menanggung beban..pancit selalu..koyak rabak poket aku.
Naik2 harga minyak tak diberitahu main naik2 je...nasib baik aku gunakan minyak RON95..kena lak jalan hari2 jemm larat lah minyak..
Ni RON 95 lum naik2 lagi..klu naik juga..aku rasa mesti kecoh punya...
'Pencapaian diutamakan...Rakyat didulukan'...yang mana satu cer citer.

Subscribe to:
Posts (Atom)