Payahnya.

Bila dah tua macam2 penyakit akan hinggap kat kita...nak2 bila dah jadi warga emas.
Tapi bila penyakit dah lama bersarang kat badan..lama2 manusia dah mula hilang pertimbangan dan menjadi seseorg tu tidak bersikap sabar agaknya..

Aku melihat mak mertuaku yang begitu tertekan dengan penyakit yang dihidapnya..hinggakan nak berjalan dah menjadi susah. Bila badan dah gemuk..lutut dah hilang gerisnya dah tak boleh duduk bersila..sembahyang duduk atas kerusi..makan dah kena berjaga-jaga.

Dia mempunyai perasaan malu..tak mahu pakai tongkat..masih gagahkan juga jalan..walaupun nengok mempapah2 dgn mencari sesuatu yg boleh dicapainya.

Dia nak masak juga untuk anak cucunya yang balik..tapi kesian nengokkan..sebab nak ambil sesuatu semuanya payah...anak2 tak bagi mak masak tapi kan org tua..cakap dia mana boleh lawan...mungkin dia rasa anak2 nak makan air tangannya.

Esok2 kita pun akan jadi macam dia juga...

Ingatkan dapat bunga..

Wah..besok cuti sampai minggu depan baru naik kerja. Mahu raya hujan tak berhenti-henti turun..kain baju dah banyak basuh..kering x serupa kering..sejuk je..terpaksa hantar dobi...dah banyak sangat sampai tak ada tempat nak sidai.

Macam mana ni...ingatkan dapat le bunga. tak ada bunga pokok pun jadilah..ni tangkainya pun tarah..apa citer..janji nak bagi. Patutlah tangan aku ni tak ada yang gatal.

Kesian member2 bangsa tionghua ni...tak merasa bunga le raya ni. Tak kisah lah..dia org ni site income byk tak mcm org melayu asyik harapkan duit gaji semata-mata.

Memang tak bestnya dpt cuti banyak tapi tak masyuk...huhuhu.

Ada 3 jemputan kawin dan kenduri...nak balik Kg pulak..lepas semua ni gigit jarilah aku..

Happy Chinese New Year and Happy Holiday.

Layan...zass..

Assalamualaikum wbt...buat teman2 blogger dihari Jumaat hari penghulu segala hari.

Hari melapangkan minda dan hari masa rehatku yang panjang...tiada citer..tiada berita...tiada umpatan hanyalah melayan mata aje...layan...zass..

 


Burger depan rumah.

Kalau nak makan burger dah tak payah ni gi jauh2...depan rumah dah ada orang jual.
Dah dekat sebulan jiran depan rumah bukak gerai jual burger ramly.

Sejak ada burger ni anak2 dah mula demand...
Dalam seminggu ni mesti ada 2/3 kali anak2 aku nak burger..nampak gayanya makanan yang aku masak tak dapat sambutanlah. Dia org ni tak mahu ibu dia kecik hati...makan nasi juga tapi dalam kuantiti yang sikit je..

Malam tadi malas nak masak...order burger. Sekali-sekala tu boleh lah nak cuba rasa.
Boleh tahan juga..sedap. lebih sedap dari McD. Ni bukan nak promote tapi kenyataan.

Berbagai ciptarasa yang boleh dibuatnya..malam tadi aku order properity burger..arga 4 inggit. kakak..double chicken..arga 3 inggit..hubby burger special (ayam salut telur) arga 3.40 inggit dan haris..tiada dlm senarai sbb dah lalok selepas maghrib sbb penat sgt brlatih sukan.

Aku perhatikan kebanyakan customer yg dtg membeli burger...org cina. Ada nampak orang cina jual burger...

Memberkati Perniagaan
Barangsiapa membaca ayat 29 dan 30 dari Surah Faathir, nescaya Allah akan memberkati perniagaannya, dan membukakan pintu-pintu rezeki.
35:29
35:30
Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan tetap mendirikan sembahyang serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka, secara bersembunyi atau secara terbuka, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian;

Supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahi mereka dari limpah kurniaNya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepadaNya).


Pencuri di siang hari.

Seperti biasa kan kalau balik kerja terus amik anak kat rumah jiran didepan..nengok apasal lah jiran2 ni dok brlonggok cina dgn melayu ni...rupa2 ada rumah kena masuk pencuri.

Dalam bulan Jan ni dah 3 buah rumah kena pecah masuk kat area rumah aku ni. Semalam rumah jiran aku selang 3 buah je kena masuk pencuri. Dalam pukul 12-1 tgh gitu dia org ni buat kerja.

Jiran depan rumah perasaan sebab nampak kelibat orang lelaki 2 org brlari. Jiran kata pencuri tu lari mungkin dia terperanjat dengar bunyi alarm rumah tu. Tuan rumah suami/isteri bekerja kat Singapore...pergi pagi..mlm baru sampai rumah. Tuan rumah belum balik lagi dan tidak mengetahui lagi..
Dengar cerita jiran yang perasaan tu yang buat lapuran polis.

Malam tadi polis datang dan tuan rumah buat statement apa barang hilang. Barang seperti gelang emas/hp dan ps2. Kalaulah alarm tidak berbunyi tentu kereta dapat dibawa lari. Aku ni bukan tukang jgn tepi kain org tau tapi tuan rumah tu yg citer kat kami kebetulan dia nak pinjam tangga dari sebelah rumah aku.

Katanya pencuri masuk ikut bumbung rumah corner yg tidak ada pembeli..lalu dipecahnya siling..peh satu kerja nak kena repair.

Sebelum tu ada org hilang kereta toyota camry yg baru keluar 2 minggu. Area rumah aku kebanyakan bangsa cina kerja kat singapore so pencuri ni mmg dah aim rumah mana nak dimasuknya.

Diharap jangan le menimpa kat rumah/keluarga aku.

Terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

Barang siapa membaca ayat 28 dari surah Al-Mukminun, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

فَإِذَا اسْتَوَيْتَ أَنْتَ وَمَنْ مَعَكَ عَلَى الْفُلْكِ فَقُلِ الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي نَجَّانَا مِنَ الْقَوْمِ الظَّالِمِينَ (٢٨)

"Kemudian apabila engkau dan orang-orang yang bersamamu telah berada di atas bahtera itu maka hendaklah engkau (bersyukur kepada Allah dengan) berkata: ` Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menyelamatkan kami daripada orang-orang yang zalim”

Apa maknanya mimpi..

2 hari lepas aku bermimpi. Di mana mimpi itu aku dikejar oleh seekor anjing.

Dalam mimpi tu aku berlari dengan sekuat hati. Aku sempat panjat pokok kebetulan ada tali dipokok tersebut tapi anjing tu lagi teror dia pun panjat ikut tali tu juga...aku huyung-hayang tali tu tetap anjing tu
tak mahu jatuh hingga aku rasa macam sesak nafas..aku terjaga.

Lama aku memikirkan mimpi aku tu..adakah ianya permainan tidur atau ada petanda disebaliknya..

RINDUNYA..

Lama sungguh tidak bukak blog..hari ni baru aku berkesempatan.

Hari ni hari yang best sebab... kerja ditangguhkan sehingga raya cina...yahooo...kita enjoy..

Ni lah masanya aku kembali berblogger..

Itulah second bos tu..brlagak sombong..asyik sindir kita org..kann projek kena stop dulu..hahaha.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.