Seni Pertahanan Diri.

Assalamualaikum wbt..buat teman2 blogger..'Selamat Hari Ibu' dan semoga ibu2 diseluruh dunia sihat walafiat hendaknya.

Anak aku Haris memasuki seni Silat Gayong. Nak masuk kompang tak dapat akhirnya aku hantar dia belajar silat.

Pada 5hb Mei 2011 (Khamis) pukul 8 mlm. Silat Seni Gayong Malaysia Akademi RS, Kulaijaya telah mengadakan majlis Perlimau Tapak dan Seni murid baru bagi tujuan penerimaan murid Gayong secara adat istiadat.

Taklimat dan penerangan perlaksanaan Majlis Perlimau Tapak dan Seni oleh Berbahgia Cikgu Mohd Jazwan bin Kahar. Wakil mandi Pertubuhan Silat Seni Gayong Malaysia Negeri Johor, Malaysia dan Serantau.

Bahan-bahan untuk mandi disediakan oleh akademi RS dengan dikenakan bayaran sebanyak rm 29 shj.

Aku dah lama tak bau kemenyan...kat situ lah dia orang bakar kemenyan

Untuk tahu lebih lanjut pasal Silat Gayong ni sila klik disini http://silatgayong.org/

Lihatlah beberapa gambar dibawah ni yang dapat aku tangkap dengan gambo yang blur2 ni...guna hp nokia 6300 je..:)




acara dimulai dgn selawat dan salam serta bacaan al-fatihah dan 3 ayat kul.






Mereka ni telah diarahkan mengambil barang2 yang telah disediakan masuk kedalam plastik seperti 7 jenis bunga2/ akar sintuk dan sebiji limau nipis.






haris sedang didoakan oleh wakil mandi dengan memotong limau serta bertanya nama dan nama ibu.

Haris di katakan bersifat 'Tanah'.




dihujung tu..haris kena makan garam dan asam jawa.






akhir sekali haris kena makan pisang.






acara ikrar dengan menjunjung al-quran..













sebahagia darinya...bergambar beramai-ramai.






Semua sekali yang terlibat dalam majlis adat istiadat Perlimau Tapak dan Seni.



Air yang telah di doakan hendaklah dimandi dengan memakai kain basahan..tak boleh bogel :)...titisan air yang terakhir hendaklah di minum. Bahan2 seperti limau/bunga dan akar dikutip balik...tidak boleh dibuang sesuka hati..hendaklah ditanam. Lilin..hendaklah dinyalakan di mangkuk sehingga habis.



Itulah cara2 adat-istiadat yang haris telah buat...minta maaf jika ada terkurang atau terlebih...bukan apa..aku ni duduk jauh dari dia org ni.. .dgr2 tak berapa jelas...klu tanya balik kat Haris "entah ek...lupalah ibu"..nasib baik aku datang menyaksikan.




Nak buat macam mana.

KUALA LUMPUR: Harga petrol RON97 naik 20sen ke RM2.90 seliter berkuatkuasa tengah malam Rabu, demikian menurut Persatuan Penjual Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM).


Naib presiden PDAM Datuk Zulkifli Mokti berkata, peningkatan ini disebabkan kenaikan harga minyak mentah.

"Namun harga RON95 dan diesel kekal seperti sekarang," katanya ketika dihubungi Bernama malam ini.

Pada 2 April, harga RON97, yang diapungkan mengikut harga pasaran minyak semasa, naik 20 sen ke RM2.70 seliter ekoran krisis Timur Tengah.

Petrol RON95 kekal RM1.90 seliter.
 
*************************************
 
Aku baru je pasang kuda baru dah naik harga...huhuhu...kuda lama dah x sanggup menanggung beban..pancit selalu..koyak rabak poket aku.
 
Naik2 harga minyak tak diberitahu main naik2 je...nasib baik aku gunakan minyak RON95..kena lak jalan hari2 jemm larat lah minyak..
 
Ni RON 95 lum naik2 lagi..klu naik juga..aku rasa mesti kecoh punya...
 
'Pencapaian diutamakan...Rakyat didulukan'...yang mana satu cer citer.
 
 
 
 
 
 

Durian.

Assalamualaikum wbt.

Musim durian kembali lagi...rumah mak mertua tak berbuah. Tak tahulah yang banyak ni datang dari mana ek..

Selalu balik kerja nampak org jual durian...selalu aku cakap..kat situ ada org jual durian'abg' dgr je tapi buat bodoh je..kereta tak boleh dibawa masuk durian sbb dekat seminggu baru hilang baunya. Itu yang 'abg' buat tak tahu je..Ada ke patut dia suruh aku jinjing keluar karung durian tu klu aku beli..eee mmg x munasabah betullah...ada lagi cadangannya suruh aku bawak tupperware kopek kat kat situ juga. Dasar betullah..:(

****************

Ahad lepas aku suruh kakak dan anak sedara carikan buah durian...pakai kereta anak sedara sbb aku tahu dia org tang makan buah durian no 1. tak kisah punya bau durian melekat kat kereta.
Dia org cari2 di sekitar Kg Melayu dan Pasar Larkin..mak ai mahalnya sekilo rm 15 yang ada tu rm 18.

Cari2..tu yg sampai di S'mart Pandan..dapatlah harga rm 10 sekilo. Ambil dalam 6 biji semuanya rm 97...nak makan punya pasal tak boleh berkira sangat...hehehe. Cina tu kata durian jenis 'Golden'

Memang betul2 punya kala emas..isinya padat dan rasanya puas hatilah..berbaloilah beli...:)

Ni gambo sumber dari tenet je...masa makan itu hari lupa lak nak snap...maklumlah excited sangat...


Pergi tak akan kembali..

Sabtu yang lepas iaitu 23hb April 2011 telah kembali kerahmatullah iaitu bapak saudaraku...abang kepada ayahku...En Yassin bin Suridi..di usia 85 tahun.

Lama sungguh arwah menderita sakit asma.

Dalam keluarga ayahku..hanya tinggal ayahku dan dalam keluarga emak pulak tinggal 4 beradik termasuk mak.

**********************************

Dulu kalau ada mak2 sedara ni rajin sungguh kita menziarahi mereka...bila dah tiada ni semacam dah putus sedara pulak. Mana tidaknya rumahnya dah tak ada orang tua duduk dan lagi anak2nya semua duduk merantau jauh2..jadi semacam terputus hubungan.

Kalau dapat jumpa...waktu nak kawinkan anak2...ah..mesti jumpa sebab orang2 macam ni rajin pergi rumah sedara kawin sebab masing2 ada anak2 yang akan kawin...takut orang tak datang rumahnya nanti.

Anak lelakiku malas baca buku.

Aku ni pening dengan anak lelaki aku yang seorang ni...buat aku naik angin aje hari-hari.

Hari-hari nak kena tanya..

ibu: ada kerja sekolah tak..
haris: ada
ibu: abis tu kenapa tak buat
haris: kejap lagi..
ibu: kejap lagi tu bila..kang dah nak malam..dah ngantok..baru lah sibuk nak buat..

itu buat kerja sekolah..kalau tak ada kerja sekolah...lagi lah...malas nak baca buku..kena paksa..barulah ambil buku. Bukan baca buku...buku yang baca untuk dia..

Percapaian disekolah..sederhana aje. Itu yang merisaukan. Sejak cikgu tuition dia pindah rumah..sampai ni aku belum hantar dia mana2 tempat tuition. Ni yang sedang mencari...area taman aku ni kureng lah.

Sejak dari tadika sampai sekarang dia malas membaca buku...kalau suratkhabar.. memang suka...tapi baca bahagian belakang sekali..nak nengok masa perlawanan bola sepak.




Bola2 ni memang favourite dia...boleh brgaduh anak beranak sebab berebutkan remote control.




Main computer tak payah diajar...dia sendiri tahu..kalau games kat dalam internet lagilah teror.




'haris' di Sentosa island Singapore.




Macam mana nak galakkan anak rajin membaca.





Banyak lemak kau ni..

Assalamualaikum wbt.
Seronoknya hari ni hari Jumaat...esok tak kerja..yahoo.

Makan punyalah berselera..tak makan tak boleh..lapar je.

Pagi, tenghari, petang dan malam mesti nak makan...tak banyak sikit pun jadi.

Macam mana ni..perut dah buncit..bukan buncit suami punya kerja ek..buncit sebab banyak lemak tepu ni.

Macam mana nak atasinya... aku dah pernah makan ubat susut perut (mutika ratu) tak jalan pun. krim mustajad halia..lagilah..teh slimming org kampung..sama gak.

Jogging seminggu tak sekali pun...senaman angkat kaki..oh tak terangkat separuh je..tak larat.
Puasa dah buat setiap hari Isnin dan Khamis tapi bila buka puasa..mak ai banyaknya aku balun.
Lauk yang aku masak..kekadang kesian lak..tinggal sikit2 tu sayang...terpaksalah aku tolong habiskan.

ni masa jogging kat Taman Bunga JB tahun lepas (kenapa le tak dibaiki bangunan lama tu)


Kekawan bagi le petua macam maner nak kempiskan perut ni...:)


Tak boleh bergerak.

Assalamualaikum wbt...semoga teman-teman sihat walafiat hendaknya.


Kejadian benar-benar berlaku di pejabat aku...masa tu belum pukul 9 pagi. Aku dan kawan aku nak keluar pergi breakfast.

Nengok2 'bos' aku dan terbongkok kat belakang Pajero nya tak bergerak-gerak.

Kebetulan staff lelaki sampai...dia dengan seorang lagi staff sebelah pejabat yang tolong mempapah bos masuk kedalam pejabat.

'Bos' dah mengerang kesakitan...'bos' telefon kawan dia 'doktor'..nasib baik bos ada simpan ais (mcm jelly) kat peti ais. Ais tu di letakkan di belakang...

Tak lama isteri 'bos' dan menantu lelaki dia datang. Ingatkan nak bawak gi hospital pakai kereta.
Rupanya 'bos' dah tak boleh bergerak...terpaksa isteri 'bos' telefon ambulance.

Dalam 20 minit...ambulance dah sampai sebab hospital Abdul Samad tak jauh dari pejabat kami.

'Bos' terpaksa guna stretcher sebab dah tak boleh jalan.

Masa nak usung masuk kedalam ambulance...nengok isteri 'bos' dah menangis2..aku pun tak semena2 turut menangis...

Ingatkan waktu lunch atau balik kerja nak gi melawat tapi isteri 'bos' telefon...dengan mengatakan pihak hospital tidak membenarkan orang luar datang melawat melainkan keluarga terdekat.

Sampai sekarang aku dan staff2 yang lain masih tertanya2 akan keadaan 'Bos'.


7hb April 2011 - RABU.
assalamualaikum wbt...buat teman2 blogger.

alhamdulillah sekarang ni 'bos' zue dah ok..dah balik rumah pun.

Dr kata dia mengalami terseliuh aje...setelah buat pemeriksaan MRI...cuba 'bos' tidak boleh bergerak sgt sbb masih sakit lagi.

'bos' mc seminggu...alhamdulillah :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.