Alhamdulillah..segalanya dah selamat.

 


Assalamualaikum wbt...seronok nengok gambo raya kawan2 di facebook maupun di blog.
Raya kali ni banyak perkara2 yang menyayat hati.
 
Raya ke 6...dapat panggilan dari kakak kul 4.10 pagi...24hb. Ogos mengatakan ayah sakit dan dimasukkan ke wad. Aku datang ke HSA (hospital tun aminah jb) dalam kul 8.00 pagi dan mengantikan tempat abang aku yang jaga dari dia masuk wad...
 
Dalam kul 12.30 tengahari ayah mengadu sakit perut...aku pun terus panggil nurse. 12.45 terus masuk kebilik bedah.
 
Kami berkumpul adik beradik di tingkat 1...risau dibuatnya sebab orang yang masuk kemudian dah keluar..yang ayah lum keluar2 lagi.
 
Macam2 persoalan yang berfikir dikepala otak masa itu sebab faktor usia ayah...
 
Pukul 6.30 ptg barulah ayah keluar dari bilik bedah...alhamdulillah ayah selamat. Doktor kata hempedu ayah pecah dan ada batu karang. Itulah puncanya ayah selalu mengadu sakit tapi tak mahu pergi hospital.
 
Sebelum tu..suami aku dapat panggilan dari ayahnya mengatakan suami sepupu nya meninggal dunia sebelum subuh semasa tidur..tarikh dan masa yang sama ayahku sakit.

Bukan itu saja...kakak sepupu suamiku kini koma...selepas muntah darah akibat dari pembedahan saraf. Pergi melawat di wad ICU...kesian nengok penuh dengan wayar2 dibadan dan muka....
 
 
Selepas keluar dari bilik bedah.
 
 



hari ke 3...tetap sembahyang berdiri.
 
Ayah keluar wad hari selasa (28hb Ogos)...5 hari di Hospital. Segala kos perubatan FOC sebab ayah kerja gomen...:)
 
 
 
Inilah Duniaku,
 
 


Kad sebagai Penganti Diri.

Yang ditunggu dah dapat...yang berkenan dah dapat dibeli....

Assalamualaikum wbt buat teman2 blogger yang dikasihi.
Tinggal 2 hari lagi kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri.
Mood kerja dah tak ada...

Hari ini merupakan hari terakhir aku bekerja hinggalah aku naik kerja 27hb Ogos.

Tahun ni aku beraya di rumah mertua di Lenggeng N9 dulu dan raya ke 3/4 barulah aku balik JB.

Jadi dikesempatan ini aku memohon ribuan ampun dan maaf dari hujung rambut
hingga hujung kaki jika ada tersalah dan silap di masa kita berblogging.
Harap maafkan ia kekawan.




Inilah Duniaku,



Bilakah Lailatul Qadar?



Lailatul Qadar adalah satu malam yang amat istimewa. Pada malam tersebut Allah s.w.t. telah menurunkan al-Qur'an dan para malaikat membawa ketetapan Qadha' dan Qadar untuk setahun berikutnya. Selain itu malam tersebut adalah lebih baik dari 1000 bulan yang lain.

Bilakah Lailatul Qadar? Lailatul Qadar jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam terakhir bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. menerangkan: "Carilah Lailatul Qadar pada malam-malam yang ganjil daripada sepuluh malam yang terakhir daripada bulan Ramadhan." [Shahih al-Bukhari, hadis no: 2017]

Ada pandangan yang berkata Lailatul Qadar jatuh pada malam 27 bulan Ramadhan. Pandangan ini sebenarnya kurang tepat kerana tidak berasal dari al-Qur'an atau al-Sunnah yang sahih. Beberapa sahabat Rasulullah ada mengatakan mereka menemui Lailatul Qadar pada malam 27, akan tetapi ia hanya berlaku pada tahun tersebut. Pada tahun-tahun yang lain, ia jatuh pada malam yang lain. Ini kerana malam Lailatul Qadar sentiasa berubah-ubah dari tahun ke tahun. Yang diketahui adalah ia akan jatuh pada salah satu malam yang ganjil pada sepuluh malam yang terakhir. Kenapakah Allah dan Rasul-Nya tidak menetapkan satu tarikh yang pasti?

Syaikh Yusuf al-Qaradhawi menjelaskan hikmahnya: "Milik Allah-lah hikmah kebesaran yang ada di sebalik rahsia-rahsia-Nya. Sekiranya kita mendapat keyakinan bahawa Lailatul Qadar berlaku pada malam tertentu sahaja, tentu semangat kita mengendur di sepanjang Ramadhan dan merasa cukup dengan menghidupkan malam yang ditentukan itu sahaja.

Kerahsiaannya merupakan pendorong untuk melakukan amal pada bulan itu seluruhnya dan melipat gandakan amal tersebut pada sepuluh malam terakhir. Ini mengandungi kebaikan yang sangat banyak bagi individu mahupun jamaah. Hal ini sebagaimana Allah s.w.t. merahsiakan saat yang doa menjadi mustajab pada hari Jumaat agar kita sentiasa berdoa kepada-Nya sepanjang hari Jumaat. Allah juga merahsiakan Nama-Nya yang paling agung yang apabila digunakan pasti akan dikabulkan-Nya, agar kita berdoa dengan menggunakan nama-Nama baik-Nya (al-Asma al-Husna) secara keseluruhan." [Fiqh al-Siyam, ms. 176-177]

Beberapa alamat Lailatul Qadar di dalam beberapa hadis yang sahih ada diterangkan alamat atau tanda bagi mengenal Lailatul Qadar. Pada malam tersebut suasana adalah nyaman, tidak panas dan tidak sejuk. [Shahih al-Jami' al-Shagheir, hadis no: 5475]
Kemudian pada pagi hari selepas Lailatul Qadar, matahari terbit dengan sinaran yang tidak menyilau atau tidak terik. [Shahih Muslim, hadis no: 762]


رَبَّنَا إِنَّكَ تَعْلَمُ مَا نُخْفِي وَمَا نُعْلِنُ ۗ وَمَا يَخْفَىٰ عَلَى اللَّـهِ مِن شَيْءٍ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ
"Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau mengetahui akan apa yang kami sembunyikan dan apa yang kami zahirkan; dan tiada sesuatupun di langit dan di bumi, yang tersembunyi kepada Allah!
(Surah Ibrahim 14: Ayat ke 38)



Alhamdulillah ayah zue sekarang ni dah bertambah sihat dan siap pergi shopping kat Tesco...belanja barang2 buat kuih..tq ayah.

Inilah Duniaku,


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.