Siapa yang ambil periksa ni...

Assalamualaikum wbt...semoga kawan2 blogger sihat hendaknya...lebih-lebih lagi dengan cuaca yang tidak menentu sekarang ni. Kejap kan panas kejapkan hujan.
Cuaca macam ni yang aku risau sebab suami dan anak perempuan aku ada asma memang bila-bila masa aje boleh kena asma.

Hari ni hari terakhir Haris periksa ...tahun 3 periksa sekolah agama.
Susah betul nak displin kan anak lelaki ni...dia periksa macam tak ada periksa je..buat tak tahu aje.

Sepanjang seminggu ni aku lah dok bacakan untuk dia..Kalau disuruh baca buku sek agama..memang lah baca tapi bukannya baca tidur lak tu. Mula lah aku naik angin... terpaksalah aku bacakan lah dan Haris mendengar sesekali aku dok soal-jawab dengan dia...nak suruh suami aku bacakan lagilah dia tak tahu jawi...

Malam tadi baca kitab ibadat... topik mandi wajib.

Ibu : haris tau tak apa yang menyebabkan kena mandi wajib

haris: tau..cikgu dah cakap.

ibu : apa dia..

haris : alah yang mcm ibu tu keluar darah..pastu tak puasa.

ibu: ahh ok..betul..lagi mandi disbab kan oleh keluar darah nifas dan bersetubuh.

kakak : ibu..mcm le haris tu tahu. (anak perempuan aku siap senyum2 kat aku)

ibu : haris!..haris tau tak..haris!
         (dah lalok...)


(gambar sumber dari google)

Nengok dah tidur...malas aku nak kejutkan...pandai2 lah kau jawab ya haris.
Harap jangan lah tak lulus..kalau tak lulus tak naik darjah 4..kena ulang balik.



Tetamu Allah.

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya.
Minggu depan dah nak raya Deepavali lepas tu hari raya korban...kuih raya ada lagi ke..klu ada lagi bagus tu bersambung ke raya haji :).


Apa perasaan anda bila sudah lama mendaftar untuk ke tanah suci tapi sampai hari ni masih tidak dapat panggilan....tapi ada orang yang baru aje mendaftar di Tabung haji maksudnya tahun lepas atau tahun ini tiba-tiba dapat panggilan dari Tabung Haji anda diterima dengan sekian2 tarikhnya.



(gambar sumber dari google)


Tentu ada yang rasa kecewa dan sedihkan. Bila yang mampu tentu saja mereka ini gunakan pakej
dan mereka boleh pilih pula tarikh ke sana.

Kouta untuk wakil-wakil rakyat ** pun ada apatah lagi kouta pak-pak menteri. Saya ingat lagi jiran rumah mak saya yang pergi dengan kouta ****.

Ustaz di tempat saya kata...ini bukan mengelat tapi kalau nak menjadi tetamu Allah, jadi berserahlah kepada Allah. Banyakkan bersabar. Kalau kita tak dapat, apa nak buat, Allah tak izinkan lagi untuk kita bertamu kerumahNYA.

Semoga makcik dan pakcik di tempat saya banyakkan bersabar ya...insyallah pasti dapat pergi juga.




Terbuka hatiku.

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya.
Kejap jelik kita dah duduk di bulan oktober 2011 dan tinggal dalam 2 bulan berapa hari dah nak melangkah ke tahun 2012.

Bila tahun dah menampak kesatu tahun. Umur pulak tambah 1 juga tapi cuba diimbaskan kembali...apa yang aku dah buat selama ni...macam tak ada apa-apa perubahan pun.

Aku perlu perbaiki diri ku ni. Begitu lama hatiku beku untuk menerima. Aku mesti pecahkan...

Ini lah kitab IQRA yang aku mula belajar..beli dgn harga rm 10 saja.

Malam tadi betul-betul terbuka hatiku untuk pergi belajar kelas 'IQRA' di masjid di rumahku.
Rupa-rupanya bukan aku saja yang menerima hidayah ini...ada dalam 10 orang yang datang untuk belajar pun sama berfikiran macam aku.

Mungkin kesibukan menguruskan anak-anak dan bekerja hinggakan diri sendiri tidak difikirkan.

Alhamdulillah...setelah di pelajari selama 1 1/2 jam terlalu banyak yang aku tidak tahu mengenai cara-cara sebutan yang betul.

Walaupun aku baru je belajar untuk 1 1/2 jam ni tapi aku sudah terasa seronok sekali...sebab ustazah yang mengajar aku ni buat kita tak rasa bosan.

Yang gelihatinya ustazah tu boleh kata 'alhamdulillah ibu2 yg dtg ni tak menangis bila belajar mcm ibubapa antar anak2..pertama kali kesekolah'.

Kelas hanya seminggu sekali aje tapi punyalah baik ustazah ni bagi lagi 1 hari...ini bermakna seminggu 2x...iaitu aku belajar hari Rabu dan Jumaat dari jam 9.00 mlm -10.30 mlm.

Bila yang belajar ni umur2 nya dah sekitar 40 keatas jadi macam2 lah gelagatnya....tapi tak perlulah rasa malu sebab yang datang memang untuk belajar.


"WORDLESS WEDNESDAY"





Aduh! Merajuk Mengalahkan Perempuan...

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya...
Berkongsi ilmu tentang 'Merajuk'....dalam blog http://wanitatv3.com.my/index.php

Mungkin jarang kita dengar orang lelaki merajuk. Ada yang kata, kalau lelaki merajuk ... buruk sangat rupanya. Betul ke? Sebenarnya.....tidak kira lelaki atau perempuan...kita semua selalu merajuk dan ingin dipujuk bukan? Kita merajuk bila kita merasa tidak puas hati atau marah tapi ... kita tidak meluahkannya. Kita simpan dalam hati , rasa macam nak meletup dada menahannya.Bila lelaki mula merajuk... Susah juga untuk dipujuk kerana kebanyakan lelaki jarang merajuk tetapi bila sekali si dia merajuk! Aduh... pasti pening dibuatnya!

TANDA-TANDA LELAKI MERAJUK

Diam Seribu Bahasa
Dia diam sepanjang bersama dengan pasangan. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiakannya dan anggukkan kepalanya sahaja, tanpa sepatah kata Tidak sedikit pun akan layan kita seperti sebelum ni. Jika benda ni berlaku sah lah! Dia merajuk...

Buat Tak Tahu
Dia akan buat tidak tahu dengan kita. jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh sahaja. Paling teruk, dia buat-buat tidak dengar (pekak betul-betul baru tau!). Ini cara protes yang paling teruk sebab ia bukan sahaja boleh buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.

Masam Muka
Tindakan yang ini ialah tindakan yang paling kita geram. Sudah la... enggan bercakap di tambah lagi dengan tarik-tarik muka masam mencuka. Tak puas hati la konon! Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang juga!

Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia enggan berjumpa kita atau face to face. Dia akan bagi alasan seperti “awak makan la dulu,saya kenyang lagi la..lagipun,saya dah makan dengan kawan saya tadi” (walhal perut lapar... nak uji si dia, kita duduk di hadapannya sambil makan... )

Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Ingin tunjuk betapa tinggi egonya! Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana semestinya dia hanya akan buat tidak tahu sahaja!

Matikan Telefon Bimbit
Ini satu lagi tabiat lelaki. Dia tidak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu, dia akan matikan telefon bimbit dan bagi alasan bateri habis. Alasan dia satu sahaja, tidak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat... Alaa...bila dah rindu nanti call juga akhirnya!

Baca Surat Khabar
Bab ini sememangnya tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar itu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tidak tenteram dan ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lebih ketara jika membaca surat khabar tengah-tengah malam buta.

Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok televisyen sampai larut malam walaupun rancangan itu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia mungkin di kaca televisyen tetapi hatinya ke lain. Kita harus peka!

Hisap Rokok
Tiba-tiba tidak berhenti menghisap rokok, macam tidak pernah dapat rokok setahun dibuatnya


Atasi panas baran

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya...
Berkongsi ilmu tentang panas baran...artikal ni dari KOSMO.


Panas baran bukan sifat semula jadi malah, bukan juga penyakit keturunan, sebaliknya ia adalah sifat yang dibenarkan wujud dalam diri seseorang. Ini bererti sifat panas baran boleh diatasi dan dibuang terus daripada diri seseorang bergantung kepada kehendak dirinya sendiri.
Dalam hadis yang lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud: "Marah itu datangnya daripada syaitan dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk."(hadis Riwayat Abi Daud).

Mengikut kaedah psikologi, panas baran berpunca daripada kegagalan seseorang individu mengawal emosinya sendiri.
Individu panas baran itu terlalu mudah mengikut emosi marah hingga menjadikan dirinya seorang yang pemarah dan panas baran walau hanya dengan sebab yang remeh.

Lantas, pakar psikologi mencadangkan beberapa kaedah bagi mengatasi sikap panas baran yang ternyata memberikan kesan buruk kepada perhubungan.

1. Jauhkan diri daripada situasi menimbulkan kemarahan
Jika anda tahu pasangan anda mempunyai sikap panas baran, elakkan daripada melakukan perkara yang boleh menimbulkan kemarahannya. Cepat memohon maaf jika tersalah dan akui kesilapan.
Bagi anda yang panas baran, jika bertembung dengan situasi yang boleh menimbulkan baran anda, segera jauhkan diri anda daripada keadaan tersebut dan carilah masa yang sesuai untuk bertenang.

2. Mendiamkan diri ketika marah
Panas baran bermula dengan tindakan demi tindakan. Cara terbaik untuk mengurangkan sikap panas baran anda adalah dengan mendiamkan diri tanpa mengambil apa-apa tindakan. Apabila anda berjaya menghayati sikap berdiam diri ketika marah, secara tidak langsung anda berusaha menghilangkan sikap panas baran anda sedikit demi sedikit.

3. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat.
Jika sebelum ini anda terbiasa memekik atau bertindak garang ketika marah, usahakan untuk meluahkan rasa marah anda secara positif dan terhormat agar anda lebih dihormati.
Perlahankan suara, bercakap menggunakan perkataan yang tidak menyakitkan orang lain dan elakkan daripada bertindak secara fizikal.

4. Luah pada masa dan tempat sesuai
Emosi marah yang tidak terkawal juga berpunca daripada perasaan yang dipendam. Ledakannya ibarat gunung berapi pendam yang mungkin meletus bila-bila masa tanpa amaran.
Lantas, sentiasa luahkan emosi malah apa jua masalah yang anda alami bertepatan pada masa dan tempatnya. Tindakan ini akan dapat mengurangkan tekanan anda seterusnya mengurangkan sikap panas baran anda.

5. Bawa bertenang
Anda perlu sentiasa belajar mengawal diri dengan bertenang dalam menghadapi apa juga keadaan dan situasi yang menggugat kesabaran anda. Praktikkan untuk menarik nafas dalam-dalam dan lepaskan.
Jika anda Muslim, beristighfarlah kerana dengan beristighfar anda akan tahu anda adalah hamba-Nya dan jika Allah mampu mengampunkan hamba-Nya, kenapa tidak anda? Memaafkan orang lain dapat mengelakkan panas baran.

6. Senyum

Nampak macam satu perkara mudah tetapi percayalah, senyuman mampu meredakan tekanan. Praktikkan untuk sentiasa melakarkan senyuman tanpa mengira masa dan keadaan.

Senyuman yang sentiasa terukir di bibir menjadi satu penawar kepada kemarahan dan sikap panas baran anda.

Untuk Muslim, saya menyarankan anda untuk sentiasa mengamalkan zikir-zikir bagi mengingati Allah. Ucapkanlah zikir Sayidatina Fatimah iaitu "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallahu akbar." Sentiasa lafazkan zikir ini, insya-Allah akan dapat membantu meringankan tekanan hidup anda sekali gus mengelakkan sikap panas baran anda berleluasa.

Ingatlah! Tiada satu faedah pun daripada sikap panas baran. Yang ada hanyalah keburukan yang memusnahkan perkahwinan, persahabatan, kerjaya dan kesihatan anda.

Ingatlah! Segala cadangan disebutkan tadi tidak akan berhasil jika anda tidak melakukan satu perkara paling penting iaitu berubah!

Hanya jika anda mahukan perubahan, barulah perubahan tersebut akan berlaku.

Artikal dari http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2011&dt=0708&pub=Kosmo&sec=Pesona&pg=ps_03.htm
(ku tujukan pada seseorang....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.