Alumni SSI.JB dan Guru-guru.

Perjumpaan raya ALUMNI SSI.JB dan guru-guru...pada 19hb September.
Pertama kali aku join alumni ni dan aku tak sangka begitu mereka masih berhubung walaupun usia mereka sudah boleh aku panggil bapak dan atok (anak akulah).
Aku lihat mereka begitu mesra sekali dengan gelak ketawa.
BANGUNAN SEKOLAH SULTAN ISMAIL JOHOR BAHRU.


BERGAMBAR BERAMAI-RAMAI.


BEKAS PELAJAR TAHUN 60an.

BEKAS PELAJAR TAHUN 70an.

BEKAS PELAJAR TAHUN 1980an-90an.

Bekas pelajar thn 80an dan 70an lebih ramai dari 80an/90an. Kalau nak diikutkan zaman dulu2 mana ada fb tapi mereka masih dapat mengumpulkan dengan ramai juga.
Jamuan yang disajikan tak perlu apa2 bayaran sebab Persatuan Alumni ada tabung nya sendiri.
Kebanyakannya disponsor oleh mereka ini yang sudah pun berjaya dan bergelar datuk/tan sri.
Mereka terdiri daripada:
Penaung : Dato’ Sri Mahmood bin Adam

Penasihat : Dato’ Abd. Latif bin Yusof
Pengerusi : Lt. Kol. Fadzil Abas
Timbalan Pengerusi : Dr. Talib Samat
Naib Pengerusi : (1) Haji Rafiai Hashim
(2) Rokiah Mahmood
(3) Maimoon Buang
Setiausaha : Abd Razak Hussin
Penolong Setiausaha : Dr. Mohd. Aris Othman

Harapkan team2 80an dan 90an mmmm kirim salam je lah. Kena tunggu 10 thn lagi kot..hehehe.

Kembali bersiaran...

Kesibukan dengan kerja dan curi2 main tenet di opis adalah satu faktor aku tidak dpt update blog.

Lepas raya..kompeni aku ada buat satu perjanjian dimana kami semua staff telah di suruh menandatangi satu surat dimana kami tidak dibenarkan menggunakan intenet waktu kerja..tidak dibenarkan bawa broadband or hp (gprs)...dan tidak boleh nak bersosial lagi. teruk betullah majikan aku ni.

Bukan apa lebih main tenet dari buat kerja...kerja yg boleh siap 1 hari jadi 2/3 hari..tu yang keluar memo.

Kalau kat rumah tak ada masa nak melayarinya..anak 2 org dah kongker. Kalau aku dah bertenet kat rumah siapa pulak nak masak..betul takkk.

Sebenarnya aku ada byk citer sepjg cuti raya yg lepas..nanti aku kembali lagi..

Salam Aidil Fitri.

Asalamualaikum wbt. buat teman2 di alam maya ni...di bulan ramadhan terlalu sibuk dgn aktiviti
di tempat kerja maupun di rumah...tidak berkesempatan untuk bertandang ke rumah kekawan.
Hari ni..last kerja ..esok pagi nak bertolak balik kg suami...semoga perjalanan kami ini selamat hendaknya.

Di sini aku ingin memohon ampun dan maaf jika ada kesilapan dalam berblogging selama ni.


Satukan tangan..
Satukan hati.
Itulah indahnya Silatulrahim.
Di hari kemenangan kita padukan
keikhlasan untuk saling memaafkan.

Selamat Hari Raya Adil Fitri..Mohon Maaf Zahir dan Batin.

dari
Zue sekeluarga

Merdekakan diri daripada hutang menjelang hari raya.

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan yang ke 53 tahun.
Seperti tahun lalu, sambutan ulang tahun kemerdekaan jatuh pada bulan Ramadan. Tahun ini 31 Ogos akan disambut pada hari ke-21 umat Islam berpuasa

Kali ini, sambutan diadakan di Stadium Putra Bukit Jalil.

Kempen Kibarkan Jalur Gemilang dilancarkan. Tetapi setakat mana sambutannya? Kempen itu ditenggelami dengan promosi membeli-belah menjelang Hari Raya Aidil fitri. Seperti aku juga..tiada jalur gemilang di kereta maupun di rumah.

Boleh dikira berapa orang yang pasang bendera di kereta mereka. Kenapa ek..teruk betullah aku ni...

Satu perkara yang masih di belenggu aku ni ialah hutang...bila kita akan dapat merdekakan diri ini dari berhutang...




MERDEKA..MERDEKA..MERDEKA..

Hari jadi bersamaan dgn nuzul al-quran.

Assalamualikum wbt,
hari ni merupakan hari jadi anak dara aku yang ke 15 tahun.

Sungguh bertuah kerana hari ni merupakan hari nuzul -alquran.

Ibu doakan 'kakak' menjadi anak yang soleha dan sentiasa ingat kepada-NYA dan
semoga 'kakak' di panjangkan umur serta sentiasa sihat.

Tiada apa yang istimewa yang dapat ibu berikan hanyalah kasih sayang selagi hayat dikandung badan.


glitter-graphics.com

Salam Ramadhan.

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak..Semoga Ramadhan Kali Ini Membawa Seribu Keberkatan. Amin.

kpd kwn2 di alam maya, diucapkan Selamat Berpuasa di bulan Ramadhan yg mulia & penuh berakah ini....mohon maaf jika ada salah yg telah aku lakukan sama ada sengaja atau x, semoga amalan kita diterima oleh NYA...

Jadi mangsa.

Hari ni 9hb ogos..national day singapore..tapi yang boringnya jb jadi mangsa.

kenapa...sebab jalan jemmm.

Ni yang aku tak suka..kul berapa le aku sampai rumah nanti.

Pilihan anda...

Kereta automatik atau kereta manual.
Mana pilihan anda...

Kalau aku..aku lebih mahir memandu kereta auto sebab senang cara membawanya.
Bukan macam kereta manual yang kena fikir gear + clutch.

Sebenarnya aku nak citer pasal masalah kereta auto aku ni..yang dah berabis aku kat situ.

Kereta ni ...... aku dah habis bayar. Bila aje abis bayar dia buat hal pulak.
Boleh jalan tapi tak boleh jauh..mcm2 kerosakannya. Hanya dompet suami aku yg tahu..hehehe.



Suami pakai kereta manual. Sejak pakai kereta auto aku tak pernah pun menyentuh kereta manual. Bila kereta auto aku rosak suami suruh pakai kereta dia. Aku bila saja duduk dan pegang stering kereta manual terus jadi kecut perut dibuatnya...jadi macam takut lak. ya lah dah lama sungguh aku tak bawak kereta manual ni.

Aku jadi patah kaki...tak dapat nak bergerak jauh sikit.

Cadang tu nak tukar je kereta ni tapi sayang sebab dah tak ada hutang. tu lah cadangnya nak tukar engine je.
Kalau tukar engine mmg banyak kerja kena gi puspakom pulak. Hah tu perkara ke 2 yg penting dapat jalan dengan selesa.

Naik 1 anak tangga lagi..

Syukur alhamdulillah...hari ni merupakan hari jadi ku yang ke...malu nyer..rasa dah tuo.

Syukur juga kehadrat ilahi kerana masih memberi nyawa dan rezeki keatas hamba mu ini..semoga hambamu ini tidak alpa kepadaMU.

Hamba mu ini berdoa agar diberikan kesihatan yang baik dan selalu mengingati MU.

Buat suami dan anak2..ibu bersyukur..semoga mahligai yang kita bina kekal hingga akhir hayat.

Malam Nisfu Sya'ban 1431H..

Assalamualaikum w.b.t...


Untuk makluman…sekadar ingat & mengingatkan..!
Malam ni merupakan malam Nisfu Sya'aban 1431H hari Isnin (26hb.Julai 2010) malam
Selasa ( sebaik saja masuk maghrib), dimana bermulanya 15 Sya'aban 1431H.

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil masa keemasan ini untuk menutup
catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan seterusnya berazam untuk
memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.
Riwayat yang muktabar menyatakan Hari Nisfu Sya'aban adalah hari dimana buku
catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku
catatan yang baru.

Berikut adalah antara amal ibadah yang digalakkan di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat
Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x
Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghrib(15 Sya'aban 1431H, Isnin malam Selasa)
i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah
ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah
iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman &
pohonlah segala yang baik dan munafaat.

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x
Baca doa Nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah al-Ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya)

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.
Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa
2. Malam Pembahagian Takdir
3. Malam Rahmat
4. Malam Berkat
5. Malam Pengampunan (Taubat)
6. Malam Penebusan
7. Malam Syafaat
8. Malam Penulisan
9. Malam Keagungan dan Kemuliaan
10. Malam Rezeki
11. Malam Hari Raya Para Malaikat
12. Malam Penghidupan

Antara kelebihan bulan Sya'aban:

1. Sesiapa berpuasa sehari dalam bulan Sya'aban maka Allah haramkan tubuhnya dari api neraka dan dia akan menjadi teman kpd nabi Allah Yusof d ida lam syurga.

2. Riwayat dari Osman Bin Abi Al-As, Sabda Nabi Muhammad (saw)

: pada malam nisfu sya'aban setelah berlalu 1/3 malamnya, Allah turun ke langit dunia lalu berfirman : adakah orang-orang yang meminta maka Aku perkenankan permintannya, adakah orang yang meminta ampun maka aku ampunkannya, adakah orang yang bertaubat maka aku terima taubatnya dan diampunkan semua orang mukmin lelaki & perempuan , melainkan orang yang berzina atau orang yang berdendam marah hatinya kepada saudaranya.

Sebaik-baiknya minta ampun dengan ibubapa sebelum hari nisfu sya'aban kerana amalan kita akan terhalang dari diangkat ke langit sekiranya kita derhaka/berdosa dengan ibubapa kita.

Wallahua'alam

Wassalam.

Mata Ikan.

Dah 2 hari..haris(anak) tidak pergi sekolah kerana demam...

Panas badan dah mula kebah...tapi sakit mulut pulak timbul.

kesian anak aku (haris), susah benar dia nak menelan makanan sebab ada 'mata ikan' (ulser) kat tekak dia.

Kita yang tua ni..bila ada mata ikan dah terasa sakit dan pedih apa lagi kalau kanak2 yang kena.

Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)


Latar belakang

Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau
mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam
mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu
tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia
akan sembuh tanpa meninggalkan parut.

Mengapa ulser afta terjadi?

Ulser afta sering dikaitkan dengan:
• kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
• daya tahan badan yang lemah
• bakteria
• faktor keturunan
• sebab-sebab yang tidak diketahui

Apakah ciri-ciri ulser afta?

Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis)
di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.

Peringatan:

Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami
masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.

Komplikasi ulser afta

Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak
mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.

Bagaimana menangani ulser mulut

Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;
• Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :

o jaga kebersihan gigi
o amalkan makan secara sihat
o pemeriksaan pergigian secara berkala

• Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
• Sapukan krim atau gel penahan sakit.
• Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanakkanak

Kesibukan dan kepeningan serta kekejangan.

Dah lebih seminggu tak update blog..almaklumlah bizi memanjang.

Pada 5hb julai sibuk dengan internal ISO...sibuk dengan mengemas kini data2 dan menghafal vision/mission/quality policy dan blah2 lagi. Betul org kata ISO ...'Ini Susahkan Orang'

Orang kata otak dah beku ni..puas menghafal...hampeh dah tak boleh ingat.

Pada 9hb julai..ada pulak training QESH awarensss training and Team Building di Selesa Resort Bukit Tinggi.

                                                                    "Training Qesh"
 


.
Bergambo beramai-ramai


"Team Building"

beberapa aktiviti yang aku buat dan ada banyak lagi...cukup lah tu..


Selesai .

Pada esoknya...1 badan sakit kerana aku tak pernah buat aktiviti macam ni...teringat zaman sekolah2 dulu.

Jangan main tuduh2.

Salam...aku kesian dengan staf A ni..tak pasal-pasal dia kena tuduh oleh sihitam secretary ni.

Citernya macam ni...kat opis aku ni adalah buat kutipan duit club. Tiap-tiap bulan kami
kenalah bayar...termasuklah bos aku.

Aku pulak orang bertanggungjawab mengutip dan menyimpan duit tersebut.

Bos aku mmg tiap2 bulan beri duit tu kat Sihitam ni..so bulan jun aku kata kat sihitam yang aku tak terima duit bos tapi dia kata telah bagi duit tersebut kat staff A ni tapi staff A kata dia tak ada terima pun.

Sihitam tetap menuduh yang A ada terima duit tersebut...so dia suruh gantikan balik.

Sebenarnya kami kat firm ni mmg tak berapa suka dgn sihitam ni...dia baru kerja kat opis lum pun 2 thn berbanding dgn kami yg lebih 20 thn servic. Belum pernah kami nak mengambil brg yg bukan hak kami lagi pulak A ni ni adik kpd big boss..takan lah dia hadap sgt duit yg tak seberapa tu.

Bila bos dgr perkara ni dia tak sedap hati...terus dia keluarkan duitnya lagi utk bayar...tapi sempat juga sihitam ni kata kat bos yg dia dah beri kat somebody but somebody tu tak beri kat aku.

Anak Remaja.

Bila anak-anak mula meningkat remaja...buat hati kita tentu arah dibuatnya.

Kan kalau tak turut kan...mulalah tunjuk muka 14 kat kita. Bila dah diberi sedikit kelonggaran
disalah gunakan.

Nak-nak dengan kegunaan HP ni..kita beri dia hp untuk kesenangan dia berhubung dan bukan untuk
bercinta2..belum masanya. Sekali bil hp sampai..peh..melambung bilnya.
Mulalah si ayah naik angin...

Sunber dari en GOGGLE...

APA ITU REMAJA

Remaja adalah masa peralihan dari alam kanak-kanak ke alam dewasa. Zaman remaja bermula dari usia 10 hingga 19 tahun. Walaubagaimanapun, tempoh peralihan ini berbeza di antara seorang dengan seorang yang lain.

PERUBAHAN EMOSI DAN PSIKOLOGI

Bersama perubahan fizikal, akan berlaku perubahan emosi dan psikologi. Semasa menjangkau usia remaja, anda mula tertarik kepada remaja berlainan jantina. Perasaan ini adalah normal dan merupakan sebahagian dari proses pembesaran.
Tetapi, perasaan ini perlu dikendalikan dengan bijaksana supaya tidak Menghancurkan masa depan remaja.

PERUBAHAN-PERUBAHAN LAIN:
Perubahan- perubahan lain yang tidak kurang penting adalah:.
-Perasaan ingin mencari identiti diri
-Ingin berdikari dan memikul tanggungjawab sendiri
-Ingin mencuba perkara-perkara yng tidak pernah dilakukan sebelum ini.
-Penerimaan rakan sebaya adalah penting.

Pada usia inilah pengaruh-pengaruh buruk yang berada di persekitaran seperti pergaulan bebas, merokok, pengambilan dadah, lepak, pemakanan tidak sihat dan sebagainya cuba meracuni golongan remaja.

Bimbingan keluarga, pelajaran dan ugama adalah pedoman untuk menunjuk arah masa depan.

SOKONGAN SOSIAL
Dalam melalui saat-saat manis alam remaia, anda perlu berinteraksi dengan rakan sebaya, keluarga dan masyarakat.

Alam remaja penuh cabaran dan masalah. Remaja akan mampu mengatasi cabaran hidup secara berbincang dan bertukar fikiran dengan:
*Ibubapa.
*Rakan sebaya: Pilih rakan sebaya yang baik akhlaknya.
*Guru/ orang dewasa yang boleh dipercayai.

Sertailah program remaja di sekolah ataupun yang dijalankan oleh masyarakat di pesekitaran anda

TIDUR SECUKUPNYA
Remaja memerlukan banyak tenaga untuk membesar. Oleh itu remaja perlu berehat secukupnya. Tidur sekurang-kurangnya 8 jam sehari.

MENJAGA KEBERSIHAN DIRI
Semasa membesar, anda akan lebih kerap berpeluh. Oleh itu anda perlu selalu mandi dan mencuci rambut.

PEMAKANAN YANG SEIMBANG
Jika anda mahu kelihatan ceria, cergas dan cerdas anda perlu mengambil makanan yang seimbang. Nasi, mi, bijirin, sayur--sayuran, buah-buahan, ikan, daging, telur, susu dan hasil tenusu serta kekacang. Kesemuanya memainkan peranan penting dalam diet harian anda.

BERSENAM SECARA TETAP
Senaman akan:
Menguatkan otot
Menjadikan remaja segar pada waktu siang.
Membantu remaja tidur lena di waktu malam.

ALAM REMAJA MENGUBAH PANDANGAN ANDA
lbubapa anda merasa gembira kerana anda telah menjadi matang, tetapi mungkin akan merasa sedih kerana kini anda tidak lagi bergantung sepenuhnya dengan mereka.

Anda mungkin menghadapi tekanan utuk memilih antara peraturan ibubapa dengan Kemahuan anda sendiri.

Anda akan mempunyai lebih tanggungjawab samada di rumah mahupun di sekolah. Anda Terpaksa membuat keputusan mengenai......

-Nilai yang ingin anda pilih
-Memilih rakan sebaya
-Arah masa depan anda
-Cita-cita anda

Anda perlu belajar berbincang dan berkongsi perasaan dengan ibubapa. Luahkan perasaan anda dengan ibubapa

HIASILAH DIRI ANDA DENGAN NILAI NILAI-MURNI
Hormatilah orang-orang yang lebih tua dari anda.
Hindarkan diri dari pengaruh rokok, dadah dan arak.
Amanah
Dekatilah diri anda dengan ajaran agama.
Bantulah rakan yang memerlukan pertolongan.
Menabung untuk masa depan anda.

ZAMAN REMAJA ADALAH MENYERONOKAN SEKIRANYA ANDA.
-Memahami mengenai perubahan fizikal, emosi, mental dan sosial semasa remaja.
-Mahu belajar dan bertanya mengenai alam remaja.
-Mahu berkongsi perasaan dan emosi anda dengan ahli keluarga.Hormati dan sayangilah diri serta tubuh badan anda

OH FB.

Begitu kecanggihan teknologi dan begitu otak kepala manusia yang dah terlebih berkembang.


Mereka ni telah mencipta Facebook (FB). Dengan kejayaannya juga telah memberi kita satu kegilaan dalam ber FB.

FB juga telah menemukan rakan persekolahan yang telah lama kita tinggalkan. hanya dengan meng search nama saja ia telah dapat mencari.

Tahu kah kita siapa disebalik Facebook...sila baca disini-

Itulah nak kata apa kann nak tutup akaun rasa sayang sbb dgn fb lah kita dapat mengeratkan hubungan silatulrahim...pada aku selagi kerajaan malaysia membenarkan dan selagi itu aku berFB.

Selamat berhujung minggu.

Aku dah bergelar nenek.

Pada hari jumaat malam sabtu mingu lepas...mak aku buat kenduri tahlil dan cukur jambul untuk cicitnya.
Ia merupakan anak kakak aku....ingat tak...n3 akan yg lepas ada menceritakan hal kakak aku dengan suaminya yang bermasalah. Ni lah cucunya.

Jadi aku pun dah bergelar nenek juga.

'puteri' dan mamanya.

'puteri'

kumpulan yassin kg stulang baru JB.
Tak dapat nak amik gambo acara cukur jambul sebab tengah sibuk memegang dulung bunga rampai.

Cukur jambul merupakan adat resam masyarakat Melayu di Malaysia 40 hari selepas kelahiran bayi. Sambutan tidak disambut selepas kelahiran kerana sang ibu masih belum lepas pantang atau belum sihat.

Terlewat dan Terawal.

Minggu lepas aku balik kg Mertua. Cuma ambil cuti sehari aje iaitu hari isnin..campur dengan sabtu dan ahad..dapatlah 3 hari 2 mlm.

Oleh kerana mertua tak buat sambutan hari ibu...jadi aku telah cadangkan dengan ipar-duai supaya kita buat hari ibu dan hari bapa sekali gus.

Pagi-pagi lagi aku dengan suami,adik ipar dan pak mertua pergi pasar Beranang untuk beli barang2 basah...aku beli ikan sembilang 2 kilo untuk di buat goreng berlado.

Pak mertua sembelih ayam kampung 3 ekor...untuk di buat rendang minang.
Siapa lagi yang masak kalau bukan aku dengan adik ipar...ceh2.




Kami buatlah jamuan ringkas untuk minum petang iaitu mee kari dan biras aku belikan kek.







Adik beradik suami tak ramai cuma ada 5 orang aje. Yang dapat kumpul cuma 4 keluarga aje dan abang sulungnya datang lepas maghrib dan habis baru nak datang..entahlah.

Ayah Dan Ibu
nyanyian: arwahyarham Sudirman Hj Arshad)

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan
Matahari
Ahai...

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ahai...
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan
Nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat
(tersentuh bila dengar lagu ini)

Bola punya citer...

Musim demam bola ni kecoh...boleh gaduh anak-anak aku.

Bergaduh berebutkan tv. Yang si kakak nak nengok citer kegemarannya si adik lak nak nengok bola.

Baru darjah 2 tapi kalau citer pasal bola bukan main lagi.

Gara-gara bola sampai aku kena beli kasut dan bola baru.



Balik kg pun sama...kesian mak mertua aku drama2 kegemarannya tak dapat nengok sebab cucu2 nak nengok bola.

Aku...bola ni tak berapa minat ada dan tak adanya sama aje.

Opis lengang

zwani.com myspace graphic comments



Minggu pertama cuti persekolahan...ramai pekerja ambil cuti. Boring nyer..

Opis lengang tinggal beberapa staf aje...drawing nak kena submit dalam minggu ni...staf tak ada pulak...mengelat betul dia orang ni.

Aku ingat nak cuti juga nak balik kampung tapi suami tak berapa sihat.

Minggu depan ada lagi...Monday..Cuti2 balik kampung.

Kembali ke rahmatullah.

Lepas balik dari lunch..aku bukak FB dan dapat berita tentang kematian bapa sedara suamiku yang aku panggil pak ngah telah kembali kerahmatullah pada jam 1.00 tengahari..(hari jumaat 4/6/2010)

Sebelum tu..
FB MARLINA: Bapa mentua saya hj hamid bin mat sedang kritikal d hospital temerloh.mohon doakan yg terbaik.

Kemudian..
FB MARLINA:
Abah ahmad nizam hamid bapa mentua saya hj hamid bin mat telah kembali ke rahmatullah sebentar tadi.jenazah beliau akan dbawa balik ke kg baru chenor dan akan d kebumikn d tanah perkuburan pengkalan balai chenor hari ini.

Jadi, aku ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham diatas pemergian beliau. Kami doakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam golongan orang yang soleh. Amin.

Mohon Ampun dan Maaf kami sekeluarga tidak dapat ziarah...

Jiran Sebelah.

Apa pandangan atau pendapat korang bila berjiran dengan orang yang menyombong. Inilah yang terjadi kat aku ni. Sebelah rumah kiri melayu dan kanan cina. Yang cina ni peramah dan berbudi bahasa. Tapi yang melayu ni sombong nak mampus

Ada ke patut kawasan luar (depan) rumah, diletaknya pasu2 bunganya...dah kira makan sempadan rumah aku...buat bodoh je...aku alihkan balik ke kaw sempadan dia...ehh dia taruk balik..binggai betul.

Dah lah tu sampai kat jln raya...tmpt kereta aku selalu park...jahat betul orang ni. Aku buat bodoh je kereta aku himpit je lah pasu bunga dia...tahu pulak alih balik.

Yang aku boring sekarang ni taik kucing. Bela kucing..ayam serama dan burung pulak tu..apa dia ingat kampung ke?

Walaupun rumah aku ada tembok cina...bau busuk tetap sampai kerumah aku. Tahan nafas je lah.

Kalau jiran melayu yg depan2 rumah aku...tak ada le perangai busuk macam ni. Aku ingatlah zaman dia sekolah dulu tak ada belajar pendidikan sivik agaknya.

Kalau tinggal kat kaw perumahan yang hidup tak campur orang...ni gayanya ikut suka hati mak bapak dia je. Lebih baik berjiran dgn bangsa lain yg kalau berselisih jalan tetap angkat tangan. Walau tak berbual tapi masih boleh tersenyum.

**********************************

Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita tentang kewajipan berbuat baik dan sentiasa merapatkan hubungan sesama manusia, dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada berhubung dengan seseorang seperti rakan sekerja, teman serumah, jiran tetangga, masyarakat sekampung dan sebagainya. Inilah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


" Beribadatlah kamu kepada Allah dan jangan mempersekutukannya dengan sesuatu yang lain, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan juga jiran tetangga yang jauh".
- An-Nisa' ayat 36 -

Bergombira..lalala.

Assalamualaikum...salam di hari jumaat hari segala hari.
Hari jumaat dimana hari penghujung hari bekerja...yehhh esok hari nak bersilat pencak ket umah.
Yehhhh juga sebab masa rehat yang panjang....yehhh juga sebab hari untuk kaum wanita pergi
merayap2 di shopping complex..bagi menghabiskan sisa2 duit...walaupun tak ada duit boleh gunakan swipe.
Hari nak makan yang sedap2 sikit diluar sana sebab masa rehat yang panjang.

Sebut pasal makan ni...nak tanya kat kawan2 ni...cara kita makan dan perangai kita yang tak boleh nak ubah.
Ada orang makan dengan cara ..Lambat / Cepat / Pelahap / Gelojoh.
Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada!
Ada orang makan dengan bunyi yang Bising / makan yang berulam kan air...jenis mkanan
belum habis tapi air minum dan masuk 2 gelas.

jom kongsi...

Gaya makan dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar dia orang. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan m asa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

sumber dari http://pakarhowto.com

Syukur kepadaNYA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Selamat Hari Lahir...iringan doa ku hulur dan bersyukur kepadaNYA.
Hari ni 19hb MEI merupakan hari jadi suami ku...

Semoga hidup sentiasa dirahmati Allah SWT.
Semoga menjadi SUAMI yang terbaik
Semoga menjadi SUAMI yang tidak lupa tanggungjawab.
Semoga KITA selalu bersama di dalam susah ataupun senang.
Semoga ikatan PERKAHWINAN KITA kekal sepanjang hayat.

Perangai suka menunjuk-nunjuk...

Apa pendapat kekawan tentang org yg suka sangat menunjuk-nunjuk ni (mcm bagus jer)...bagaimana nak menghadapi karenah org cam ni?? ataupun anda sndiri mmg suka menunjuk-nunjuk...jom kongsi...

Enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.

1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.

2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.

3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).

4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.

5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.

6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.

Berbohong.

Berkata dusta antara tanda sifat individu munafik
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
2010/05/08

Insan dapat menjaga lidah daripada berbohong termasuk golongan mukmin berakhlak mulia

ANTARA perbuatan sangat ditegah Islam ialah berdusta. Jika minum minuman keras dikatakan induk segala keji maka berdusta pula faktor utama kerosakan akhlak dan kesesatan. Dusta atau bohong juga dikategorikan Rasulullah sebagai tanda orang munafik. Ini jelas seperti sabda Baginda: “Tanda kemunafikan ada tiga, iaitu jika berkata berdusta, jika berjanji mengingkari dan jika dipercayai berkhianat.” (Hadis riwayat Muttafaqalaih)

Sebenarnya, seseorang yang suka berbohong memiliki peribadi buruk yang tidak melambang seorang mukmin sejati. Allah berfirman bermaksud: “Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.” (Surah An-Nahl: 105)

link disini.

Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri...

Empat sifat orang munafik:
apabila dipercayai ia khianat,
apabila bercakap ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir dan
apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Hadis riwayat Ahmad)

Boleh tahan.

Hari Ahad ni 9hb may adalah hari ibu...kami adik beradik ingat nak buat suprise buat mak aku ni.

Rupa2 nya dia sendiri dah ada rancangan dengan kawan2 yassinnya. Mereka nak makan2 kat Hotel atas jemputan oleh satu badan.

Mak aku sekarang ni lebih advanced tak mahu kalah makan2 kat hotel. Anak dia kalau nak makan kat hotel tunggu le opis belanja..huhuhu.

Nampaknya rancangan kami adik beradik akan buat minggu lagi satu. Itu pun kalau tak ada yang menghalangnya.

Sekarang ni aku belum beli apa-apa lagi hadiah untuknya. Ingat esok (sabtu) nak gi cari barang.

Sakit gigi.

Beberapa hari ramai benar dengar orang sakit gigi..terutama hubby aku. Geng opis pun sama gak..
alahai kesiannya...
Kena sakit gigi boleh jadi demam, menangkap kat kepala makan pun payah..kenalah aku masak bubur ayam untuk dia.
tahulah kalau makan bubur ni...rasa makan memang le dah rasa kenyang tapi bila nak tidur perut bernyanyi2 lak. sure x cukup kenyang macam makan nasi.

Sakit Gigi
Gigi yang berlubang bukanlah disebabkan ulat seperti anggapan orang pada zaman dahulu. Teori ini bertahan hingga tahun 1700-an hingga Willoughby Miller seorang dokter gigi Amerika yang bekerja di Universiti Berlin menemukan penyebab sakit gigi. Ia menemukan bahwa lubang gigi disebabkan oleh pertemuan antara bakteria dan gula.

Bakteria akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam (lingkungan alami gigi seharusnya adalah basa) dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada email gigi.

Bila lubang terjadi pada email gigi, kita belum merasakan sakit gigi. Tetapi, lubang kecil pada email selanjutnya dapat menjadi celah sisa makanan dan adanya bakteria akan membuat lubang semakin besar. Bila dibiarkan, lubang akan sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sampai akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar gigi.

Sakit gigi

Latar belakang
Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

Apakah punca gigi sakit?

* Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
* kerosakan gigi (karies gigi)
* penyakit gusi (penyakit periodontium)
* gigi sensitif
* sakit pada sendi rahang
* sinus tersumbat
* sakit telinga

Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?

Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:

* gigi mati
* gusi bengkak
* gigi dicabut atau kehilangan gigi
* kesukaran membuka mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?

* Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
* Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
* mengambil ubat penahan sakit
* berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
* kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?

Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:

* mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
* berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
* gunakan flos
* dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
* kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

Rutin yang sama.

Entah bila nak habis...hari-hari buat benda yang sama.

Dari atok nenek moyang kita dulu2 pun sama gak. Buat benda yang sama juga.

Tak buat tak leh juga kan ada yang masak muka..terpaksa lah kena keluar juga.
Mana yang suka kat luar tuuu ok lah tapi kalau dah hari-hari naik malu juga sebab jiran sebelah dok merendap kat tingkap asyik keluar orang sebelah tu malas lah tu.

Kalau kat ais box penuh khazanah dan terlebih rajin..macam2 aku buat sampai 3/4 bangsa ada.

Kalau dah malas...penat...sebelum sampai rumah siap2 aku singgah...
Dah naik femes aku kat situ.

jgn keliru lak benda2 ni...hehehe.
alah dapur no 2 aku kat merata2 area jb atau kulai.






Dugaan hidupnya...

Hari yang paling mulia adalah hari jumaat. hari segala penghulu. hari ni aku nak cerita serba sikit tentang apa yang benar2 belaku.

Dahulu kalau tak lulus LCE atau SRP tak boleh naik kelas. Suruh ambil periksa lagi sekali dah malas..otak dah tak boleh terima..nak kerja.
Setahun kerja dah nak kahwin...cinta punya pasal keluarga turutkan juga. Keluarga suruh tunang dulu. Di alam pertunangan macam2 perkara berlaku akibat cemburu buta oleh si dia. Keluarga suruh putuskan pertunangan kalau dah tak ada keserasian tapi orang kata jodoh kuat..mereka kahwin.

Dapat anak 1..2..tiada masalah cuma adat lah asam garam dalam rumahtangga..sedang kan lidah lagi tergigit inikan pulak suamiisteri. Masuk anak ke 3 dah tunjuk taring...bila si isteri mengandung si suami dah mula berpaling tadah. Perperangan berlaku...keluarga memang dah tak mahu masuk campur hanya bagi nasihat aje. Akhirnya si suami insaf dan tak mahu ulang lagi katanya.

Bila anak-anak dah besar...si suami buat perangai lagi..waktu itu usia si suami dah 40 an..orang kata usia begini..muda kembali. 'LIFE BEGIN 40'
Anak bini dah tak di hiraukan kerana dah mabuk bercinta. Bayaran rumah kereta dah tak berbayar lagi akibat gilakan betina. Asyik kerja bergayut kat HP je...Rumahtangga belantakan..bila ditanya tak mengaku...si isteri bukannya bodoh..bila melihatkan perangai suami dah berubah, balik lewat kerja bila ditanya ada overtime. Itu aje lah alasan si suami. Atas pertolongan keluarga si isteri...dapat di kesan siapa perempuan tu.

Si isteri ingin menuntut cerai kerana dah tak sanggup lagi hidup dengan si suami akibat perbuatannya. Atas tindakan si isteri..si suami mula sedar dan mengakui atas kesilapannya. Si suami melutut dan merayu kepada si isteri mohon ampun dan maaf dan mengaku bertaubat dan masih sayangkan anak bini.
Sekeras-keras keras nasi kalau dibubuh air...lembut juga akhirnya. Hati perempuan memang mudah cair...dan memang perempuan di kurniakan sifat pemaaf dan lembut hati.

Si suami berubah menjadi seorang yang baik dan penyayang kepada anak bini...dah menjadi orang yang tidak tinggal sembahyang..kalau balik cepat dari kerja si suami akan berjemaah dengan keluarga. Itulah yang diharapkan oleh keluarga.

Ingatkan cerita ini habis di sini rupanya TIDAK. Bila sudah berduit sikit...buat perangai lagi. EPF dah habis dikeluarkan semua. Poket pun penuh..sudah tak ingat dunia lagi. Subahanallah.

Umur sudah 56 tahun dan sudah bercucu seorang....si suami buat perangai lagi dan tidak serik2 lagi. Apa orang lelaki ni memang mudah lupa ke?.

Si isteri dah nampak perubahan kelakuan si suami buat kali yang ke 3...@##$$ memang malang betul si isteri ni.
Pergaduhan demi pergaduhan sering terjadi dan tak rasa malu dengan menantu.

Hingga ke hari ni si suami tak balik ke rumah dengan katanya kerja di tengah laut (kerja SHIPYARD di S'PORE). si isteri telah pergi ke tempat kerja dan bertanya akan suaminya...rupa2 nya si suami tak masuk kerja dah 5 hari. Punah..remuk..sedih dan bermacam lagi rasanya. Kalau imam tak kuat didada boleh jadi gila.

Anak2...suruh mak nya ambil tindakan dan lupakan ayah..mereka pun dah boleh tanggung maknya.

Cerita diatas adalah kisah kakak aku sendiri. Aku betul2 sedih dan kesian..begitu sekali jalan hidupnya.
Nak marah..benci dan macam2 lagi nak dikeluarkan kepada abang ipar ku..tak terkeluar di mulut ni sebab aku pun punya suami. Aku hanya boleh simpati dan
rasa sedih je. Moga allah melindungi kakak ku dari perkara2 yang negatif yang tidak diingini berlaku.

Kuatkan semangat..dan sayangilah diri kita sendiri.

Percutian di Sipadan Island.

Seperti yang dijanjikan...aku nak tepekkan gambo2 percutian aku di Sipadan Island.

Family trip office hubby yang anjurkan...percutian ni percuma untuk staf dan keluarga. Kalau kena bayar dah tentu tak dapat sambutan.

Aku kena ambil cuti 2 hari untuk pergi kesana...kami pergi pd 8hb april dan balik pada 11 april 2010. 4 hari 3 malam kami berada di Kapalai Resort Sipadan Island.


naik flight air asia kul 7.15 pagi.


sampai di Tawau kul 10.15 pagi.


jeti Semporna...naik speed boat untuk ke sipadan island.


speed boat...dah namanya speed apa lagi melambung kami dibuatnya.(hubby dan haris)


sampai di Kapalai Resort dlm kul 1. bla2 kami dijamu makan tengahari.




keadaan resort.



snorkling...aku tukang amik gambo je tak pandai berenang.


air lautnya yg jernih dari atas dah boleh nampak...itu tapak sulaiman. aku dah pegang keras badannya.


ikan nemo belang2 hitam kuning.


ikan ni mmg byk sekali mcm rupanya mcm ikan todak. entah apa namanya...


mlm terakhir kami dijamukan dgn barbeque.


di resort ni ada askar jaga...dia orang akan buat rondaan dari jam 12.00 mlm hingga esok pagi. tmpt tinggal askar ni kat area resort ni juga.

Untuk pengetahuan kekawan pulau sipadan tak ada orang tinggal cuma askar kita yg jaga...ia cuma boleh untuk scuba diving je. Penempatan penduduk..ada terdapat di Pulau Manbul. Kebanyakan orang2 nya berbangsa banjau laut dan solo.

Kembali bersiaran...

Agak lama aku tak jengok rumah...dah bersawang rupanya.

Hari ni aku nak kemas rumah dan kalau sempat nak singgah rumah kekawan...lamanya tak bertandang. Rindu rasanya.

Kebelakang ni aku betul2 sibuk dengan kerja... hingga waktu makan dari 1 jam pun dipendekkan 1/2 jam...kena OT pulak tu.

Balik rumah dah penat...rumah dah macam kapal karam.
Kesian anak2 dengan suami kena order makan kat luar aje.

Dalam pada aku sibuk2 tu aku ada bercuti di Sipadan Island...opis suami buat family trip...benda dah bayor tak boleh nak cancel. nantilah aku upload gambo2 nya.

Sebelum aku ke Sipadan Island...kami singgah makan di Muara Sungai Duyung, Melaka.





Boleh tahan makan kat situ ...sedap.

Amanah.

Iman Ghazali telah berkata kepada anak muridnya tentang:-

1- Yang paling dekat - Mati
2- Yang paling jauh - Masa
3- Yang paling besar - Hawa Nafsu
4- Yang paling berat - Amanah
5- Yang paling ringan - Tinggal Solat
6- Yang paling tajam - Lidah

Konsep Amanah dalam islam perlu diterapkan dalam kehidupan sehari-harian terutama dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang pekerja dan hamba allah dimuka bumi ini.

Kerana tidak Amanah maka seorang 'Pekerja' ini telah dibuang kerja serta merta.

'Pekerja ini telah bekerja selama 3 tahun tapi tidak sangka dia sanggup pecah amanah dengan mendepositkan
cek berjumlah rm 2000 ke dalam akaun kawannya.

Pada mulanya dia tidak mahu mengaku tapi bila di soal siasat...dia mengaku bahawa dia terjumpa 'cek' kosong dibawah meja.
Walau apa pun alasan...dia sepatutnya bersikap Amanah dan Jujur sebab barang-barang yang dijumpai di opis hatta 10 sen sekali
pun dia tidak boleh mengambilnya kerana ianya milik syarikat.

Pihak pengurusan tidak mahu memanjangkan cerita lalu 'Pekerja' ini diberhentikan serta-merta.

Terima Surat.

Bos datang kat tempat aku dengan memberi satu surat...jeng2 surat apa ek?

tajuk surat...EMPLOYEE PERFORMANCE APPRIASAL-YEAR 2008/2009.

aku ringkaskan isi surat....overall assessment rating is as follow:

%Achieved

i) Productivity 50% - 42.0%
ii) Knowledge and Skills 25% - 16.7%
iii)Attributes 20% - 16.8%
iv) Office-related activities 5% - 3.0%

In this respect your performance rating is 78.5% (very good)
We record here that the Management appreciates your continuous contribution towards the overall learn effort and hope you will keepup with your good.

Nampaknya performance kerja aku untuk thn lepas ok juga...tapi yang masih rasa sadis ni..bos bila nak naik gaji ni..koje gomen dapat kenaikan gaji dan cola..bapak2 penciun pun naik gak. Aku gak macam ni huhuhu.

nape blog aku ni jadi tonggang langgang. data2 semua kebawah sekali..bukan ket atas.

Pantai Lido.

Terkenang waktu kanak-kanak dahulu dimana aku sekeluarga sering dibawa oleh ayah berkelah Pantai Lido Johor sekitar tahun 70an dan 80an.
Sekarang ia lebih dikenali Danga Bay (Teluk Danga)

Tempat mandi laut yang paling dekat dengan rumah aku. Pada masa tu kenderaan kurang dan ayah pun tidak mempunyai kereta hanyalah motor kapcai aje yang ada. Adik beradik ramai..jadi kami akan menaiki bas ke Pantai Lido dengan membawa bekalan sekali.

Ayah aku cakap kalau orang ada penyakit gatal2 klu mandi di Pantai Lido akan kurang gatalnya..boleh percaya ke? ke mmg org tu yg 'gatal' he3.

gambar dari en google.

Dahulu Pantai Lido boleh mandi-manda...tak adalah istilah kotor pada masa itu. Air laut yang tenang...kalau air surut kami akan menangkap kepah/kupang/ketam dan bermacam-macam lagi binatang yang berkulit keras termasuk belangkas.

Pada masa dulu belangkas memang banyak dan ramai orang akan turun ke pantai lido.

Pantai Lido adalah tempat bercouple dan tempat orang memadu kasih pada waktu malam. Mak selalu berpesan jangan pergi waktu malam2 tak elok untuk budak2. Bila aku remaja..aku berjalan2 lah di pantai lido waktu malam memang benar ramai yang bercouple...kalau silap haribulan kena ngap dengan pencegah maksiat.

Pantai Lido adalah tempat pembuangan abu mayat oleh kaum India. Abu mayat mak bapak bos aku dibuang kat situ..peh lama ni puas le aku bermandikan abu2 mayat orang2 india ni.

Tak salah aku awal2 tahun 80 an dah tak ada lagi orang mandi mandi dipantai lido kerana pencemaran air.

Sekarang ni kerajaan Johor sibuk dengan pelebaran jalannya di sepanjang pantai...dinamakan Projek Lido Boulevard.

“Projek Lido Boulevard melibatkan pembangunan perumahan dan komersial seperti kondominium, pusat kebudayaan, hotel, pusat beli-belah, taman salji tertutup dan taman rekreasi.


aku kutip kat en.google juga.





kerja-kerja penambakan pasir di persisiran pantai lido...baru lepas hujan ni tu yg mendung semacam je.

Aku rindu dengan suasana dulu yang aman damai dan tidak sekarang kerana pembangunan yang mereka buat ni hanya menguntungkan orang berada yang sudah tentu bertambah2 lah kekayaannya bukan untuk rakyat johor yang sederhana macam aku...silap haribulan nak lihat laut pun kena bayar.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.