Gemilang perkahwinan.

Pada sabtu minggu lepas aku menjadi kendarat orang kahwin kat kawasan taman aku ni. Adalah dalam 12 orang kumpulan kami yang dibahagi-bahagikan tugas.

Jemputan dalam pukul 11.00 pagi hingga 5.00 ptg. Kumpulan kami telah datang sebelum pukul 11.00 lagi kami dah sampai. Di mana kami mengemas apa2 yang patut di meja makan tetamu. Tuan rumah menggunakan khidmat catering.
Jadi tak adalah rewang pada sebelumnya.

Jam dah nak masuk pukul 12.00...makanan belum lagi sampai. Tetamu dah datang, nasib baik sedara mara tuan rumah. Bolehlah dilenggahkan dulu. Dalam 12 lebih gitu barulah sampai, itu pun tak sepenuhnya. Lauk pengantinnya nasi hujan panas (entahlah aku pun tak tahu kenapa digelar nasi hujan panas) lauknya dalca daging, ayam masak merah dan pacri nenas. Air satu jenis je Oren. Yang belum sampai pencuci mulut dengan daging masak lada hitam.

Sebelum tetamu datang kami kumpulan kendarat makanlah dulu. Kalau makan lauk pengantin yang belum diloceh2 ni memang sedap tengah pulak masih panas lagi.

Aku hairan pihak catering ni dah lah lambat sampai dah tu hantar lauk pakai kenderaan MPV punya cantik manalah nak muat dengan periuk2 yang besor2 ni. Terpaksa lah 2 kali trip mengantarnya. Lain kali kalau nak jadi catering pakai lah lori..barulah praktikal sikit. Bahlol betul.

Kesian betul dengan tuan rumah entah berapa kali asyik talipon tukang masak...jawapannya 'on the way'

Dalam pukul 3.30 ptg, lauk dah tinggal sikit..nasi masih ada lagi 2 tong tarmus. Nasib baik rombongan pihak lelaki sampai cepat takada lah kata mereka tak dapat lauk. Yang hairannya jemputan dianggarkan dalam 800 orang tapi lauk pauknya sikit saja. Terpaksalah tuan rumah membeli lima ekor ayam lagi untuk keluarga mereka sendiri. Kesian betul.

Dalam pukul 4.00 ptg lauk dah tinggal 2 jenis aje iaitu ayam masak merah dengan dalca daging...itu pun lebih kuah dari isinya. Hanya di tray tu aje yang tinggal. Selesai berkemas dan sempat juga bergambo dengan pengantin...kami pun beredar.


Pengajarannya disini...kalau nak membuat kenduri kahwin yang menggunakan khidmat catering ni kena tanya dengan orang yang pernah gunakan khidmatnya. Walaupun harga yang dikenakan murah tapi jangan sampai menyusahkan kita kelak.
Lagi satu jarak antara rumah pengantin dengan tempat masak tu...janganlah sampai jauh2 sangat . Agak2 sebelah taman itu dah oklah.

p/s: kalau ada berminat menggunakan khidmat kendarat sila2 lah. Promote gitu. Hihihi.

7 tahun.

zwani.com myspace graphic comments


Esok adalah harijadi anak aku..MUHAMAD HARIS DANIEL yang ke 7 tahun.
Esok juga aku cuti...jadi aku nak le updatekan ucapan harijadi haris ni kat sini sebab aku ni gunakan harta ahmad albab...

Untuk haris daniel...ibu ucapkan selamat hari jadi yang ke 7 tahun semoga jadi anak yang soleh dan rajin2 baca buku tau. Insyaallah cuti sekolah nanti kita pergi 'bercuti'.




Bila tak boleh disuruh.

Apa perasaan kau bila kita menyuruh orang tu sambung kerja orang yang bercuti. Ada setengah orang anggap buat apa buat tunggulah sehingga orang yang bercuti tu buat sendiri. Masalahnya pihak atas nakkan drawing tu..jadi kenalah habiskan.

Lagi pun aku ni bukannya jenis orang suka mengarah orang tak tentu pasal. Kalau tak head of department (HOD)suruh. Jadi kenalah kita siapkan kerja yang ditinggalkan oleh staff yang bercuti iteww.
Tapi yang tak sedapnya member ni mmg tak boleh disuruh ada aje jawapannya. Dia akan buat setakat ikut gaji yang diterima.

Bukannya aku berlagak ketua...tapi kita ni satu team kerja kena bantu membantu kalau tak mana nak siap drawing tu. Leceh betul. Yang aku geram...dia boleh sms kat member admin yang dia tak puas hati kat aku ni.
Hari ni aku malas nak cakap dengan dia. Nasib baik ada seorang mamat ni cover kerja2 yang orang tu tak nak buat. Itu pun kena suruh oleh HOD aku juga.
Malas nak bising2 diam ajelah kalau cakap lebih2 kan nanti gaduh pulak. Sabor je lah.

Pen Merah Pen Biru.

aku : Haris...kertas periksa dah dapat ke?

haris : dah ibu

aku : lulus tak..mana dia.

haris : cikgu cakap klu pen biru lulus ..klu merah tak lulus.

aku : ya lah itu pun ibu tahu. zaman ibu sekolah pun mcm tu.

haris : b.i ayes dapat 50 lulus.

aku : ha !...mmg le lulus napa sikit sgt markah tu.

haris : ayes dapat pen biru. Kawan ayes dapat pen merah.

peh..fening kepala aku...haris ni masih belum matang lagi...pada dia janji lulus je.
itu baru b.i belum yg lain2.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.