Kereta api di Bukit bendera.





gambo sumber dari google

Kereta api di Bukit Bendera yang telah beroperasi selama 87 tahun akhirnya telah di tamatkan operasinya , meninggalkan kenangan indah kepada penduduk dan pelancong yang pernah ke tempat tarikan terkenal itu.

Kereta api itu bagaimanapun akan digantikan dengan sistem baru yang bernilai RM 63 juta dan dijangka siap dalam masa tujuh bulan.

Terdapat 3 negara je yang ada keretapi jenis sistem ini.
pertama SWITZELAND, kedua HONGKONG dan ketiga tentulah MALAYSIA.

Aku pernah menaiki keretapi di Bukit Bendera...waktu itu pada tahun 1982 aku berada di tingkatan 2. Aku mengikuti rombongan sekolah SEK. MEN MAJIDI BARU, JB sekarang sek tersebut telah bertukar nama kepada SEK MEN TUN SYED NASIR JB.

Itulah pertama kali dan terakhir aku ke Bukit Bendera. Kalau nak pergi dengan family..memang tak akan lah. Nasib baik sekolah menganjurkan.

Entah kenapa sampai sekarang ni kami 1 family belum berkesempatan nak ke sana..hinggalah keretapi tu telah dihentikan operasinya.

Aku ada beberapa gambar yang menjadi kenangan aku di Bukit Bendera. Cari-cari entah kat mana aku simpan ni...kena geledah 1 gerobok ni. Kalau aku jumpa akan aku tepek kan disini dan klu tak jumpa juga...ianya menjadi kenangan di otak kepala aku je.

"GIVEAWAY"

Blog My passion yang genap setahun nak memberi hadiah special sebagai tanda terima kasih nannie kepada semua follower , pengunjung dan kawan-kawan yang selalu datang ke blognya dengan membuat n3 'GIVEAWAY'.
Ada 4 kumpulan hadiah . aku suka dengan semua hadiah-hadiah ni .

GIVEAWAY NO.1

Table runner cun dan vas bunga sweet ( tinggi 8")

GIVEAWAY NO.2

3 helai tuala untuk decor atau boleh diguna juga serta sebiji tray cute .

GIVEAWAY NO.3


Seterusnya 4 biji piring bersaiz 4 inci "Sun Crown" dari Jepun dengan 2 pasang cawan bentuk macam cawan Meakin tapi made in China , semua ni adalah antik dan baru dari apek cantik serta berwarna pink lembut..
GIVEAWAY NO.4

Sejambak bunga ros yang sweet serta 2 biji tin berbentuk telur saiz 4 1/2 inci yang saya(nannie) letak dalam bakul kecil berlapikkan kain gingham cute...

Ok sekarang ni adalah syarat-syarat penyertaan untuk giveaway ini , mudah je :
- Give away ni bermula dari hari ini 19 Febuari - 24 Febuari
- sempat lagi.

- Terbuka untuk semua follower blog saya yang berada di Malaysia saja .
- aku bukan PATI..pemegang mykad warna biru.

- Kalau boleh buat la entry yang simple je tentang giveaway ni .
- 'pertama kali masuk ke blog my passion teruja suka sebab nannie seorg yang begitu kreatif..pandai masak, menjahit dan pengumpul barang2.
Dan pertama kali masuk MY Passion juga ada 'giveaway'. Orang kata untung sabut timbul untung batu tenggelam'.

- Kalau ok link kan blog saya ni di blog list anda.
- dah ditepekkan blog iteww nannie.

- Sila tinggalkan sebarang komen di ruang komen dalam entry giveaway ni.
- sudah punn.

- Tinggalkan jejak/link blog anda di ruang komen entry ini , nanti senang saya nak contact anda . - dah letak link sekali.

Harap kekawan sila2 ke blog

http://smockingwithnannie.blogspot.com/


Banjir







Gambar banjir diatas berlaku di Bandar Bandar Baru UDA. Kerja-kerja perlebaran jalan dan parit menyebabkan longkang2 tersumbat. Bila hujan turun...ini yang jadi.
Kejadian berlaku pukul 6.00 ptg pada 21hb feb.

Ini menyebabkan jalanraya jadi jemm dan nak sampai ke tempat yang dituju ambil masa dekat 45 min..pemandu tension, orang disebelah boleh lelapkan mata..sejuk.

Buat Passport.

Kembali bersiaran semula...

Hari ni walaupun aku dah mula bekerja tapi aku sempat singgah ke imigresen (pekan rabu) nak buat passport international. Ingatkan ada orang dalam bolehlah cepat sikit...ehh makan 1/2 hari juga.

Masa datang....takutnya nengok orang punyalah ramai. Beratur dah macam ular. Terlupa pulak nak ambil gambo. Hari ni pejabat kerajaan baru buka dan lagi orang masih bercuti.

Kesian juga dah beratur panjang2 nak ambil nombor...nombor pulak dah habis. Aku tak tahu nombor dikeluarkan sampai berapa untuk 1 hari punya permohonan.
Memikirkan passport inter 100 inggit...itu yg buat. Takut hargakan naik semula macam dulu.

Nasib baiklah aku ada orang dalam yang tolong dan tak perlu ambil nombor. ni bukan potong Q tau..jgn salah anggap. ya ke?.

Siap semuanya dalam pukul 12.30 pm sempat aku anak beranak makan tengahari.

Nampaknya terpaksalah aku kena ambil 1/2 hari cuti (emergency leave).

Masuk opis dalam jam 1.45 dan isi borang cuti..kena sound pulak dgn bos. Aku...buat bodoh je.

1/2 day kerja.

Hari ini opis baik hati bagi 1/2 day kerja sebab nak sambut KONGSI FA CHOI.
Opis beroperasi semula pada 17hb feb.

Tapi aku tak dapat balik juga sebab tunggu suami aku balik kerja jam 5.30 ptg.

Nak tunggu sampai kul 5.30 ptg....aku nak ronda2 kat ANGSANA dulu.

Buat teman2 blogger yang nak balik kg tu...berhati-hati lah di jalan raya.

'Pandu Cermat Jiwa Selamat' dan 'Selamat Bercuti Sakan'.

Bahasa berbual dan penulisan.

Bunyi tajuk macam nak belajar pelajaran BM kan. Bukan apa nak citer sikit pasal pertanyaan anak dara aku ni.

Anak p'puan aku tanya... Liwat tu apa ibu.

Aku pun pening nak jawab benda2 mcm ni...sejak kes yg sedang rancang ni. Dah kat surat khabar besor2 ayat ditulis dimuka depan.

Nak tak nak aku sebagai ibu terpaksa juga terangkan agar ia lebih faham...antara

liwat, rogol dan cabul.

Lagi yang aku bengang tentang iklan kat radio...alah iklan ubat sihat wanita iteww.

si isteri..........'ayang dah makan ponnn.'

kemudian si lelaki pulak jawab...'patah lagi'.

anak dara aku yang tangkap slow ni tanya...'apa yang patah ibu'.

aku jawab terus aje. katil kot.

orang sekarang ni kalau menulis dan bercakap memang dah tak ada rasa sensitif lagi.

Lain aje pemikirannya.

Semalam aku mc...sakit uwek2.

Aku sembahyang asar pun dah mcm tak seimbang sebab dah nak rasa muntah.
Ada 5 kali aku muntah kat toilet opis. Dalam kereta sekali...nasib baik ada plastik.
sampai umah terus aku suruh suami singgah ke klinik.

Doktor kata aku keracunan makanan....itu yang dapat mc. Nak tahu sebelum tu adalah aku telefon suami citer pasal2 aku uwek2 ni. Dalam otak kepala suami dah terfikir yang bukan2. Siap tanya...awak dah lambat dtg bulan ke?.

Budak2 kat opis apa lagi sukalah menyakat aku...aha..dah ada kot.

yalah aku ni dahlah umur 40 keatas...citer pulak pasal uwek2 ni jadi haru biru juga.

Aku ingat lepas aku minum teh tarik...tak lama tu kepala rasa dah berat semacam.
Mungkin teh tarik lah punca aku sakit. Teh tarik beli kat restoren sebab dah lama tak pekena. Ni lah betul2 penanggan teh tarik.

Sms cikgu.

Pagi-pagi lagi cikgu kelas haris daniel sms aku minta hantar baju sukan sebab hari ni ada latihan di mini stadium kulai.

" Salam, saya pn aisyah guru kelas haris daniel...Hr ni dia kn bw bju sukan, blh x tlng hntrkn."

Nasib baiklah aku belum lagi bertolak ke tempat kerja...kalau dah masuk highway nak patah balik mau jauh ni.

Aku pun terus je telepon cikgu aisyah...dia beritahu yang haris dah mula nak nangis bila tak bawa baju sukan. Haris ni satu perangainya...gembeng (mudah nangis). Dia ni kalau ada apa2 yang dia takutkan cepat aje nangis hatta buat kerja sekolah pun kalau tak dapat buat.

Terima kasihlah cikgu aisyah kerana mengambil tindakan cepat dengan meng sms aku ni.

Sebelum ni...ada n3 aku yg bertajuk 'tak kaki sukan' rupa2 nya anak aku haris telah terpilih untuk acara lumba lari berganti2 dengan lompat jauh. Syabas lah haris...ibu tabik kau. ceh2 belum lawan lagi dah over pulak aku ni. Bukan apa teruja sikit almaklum lah si kakak dia ni pancit (semput).

Kakak jangan mare pulak dah kenyataan tu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.