Jangan mudah percaya...

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya...raya dah habis..tapi hujung minggu ni masih ada yang buat 'open house'. Tak kisahlah...dijemput..datang.

Sejak 'FB' ada ni...berpuluh, beratus,beribu dan berjuta kawan dapat dikumpul...aku alah..setakat beratus je...penting sangat ke..banyak 'friend' kat 'FB' ni.

Ada seorang '###' sekolah ni...seorang isteri dan ibu kepada 4 orang anak. seorang dah bekerja sebagai cikgu, seorang di menara gading dan 2 lagi masih bersekolah. Dgr kata suaminya seorang businessman.

Aku dah lama terputus hubungan selepas habis sek lagi. Bila 'FB' wujud aku dapat jumpalah melalui group fb sekolah...dari situlah kami dapat beramah-mesra dan membuat 'reunion'.

'###' ni telah menceritakan kisah suaminya yang sakit jantung yang memerlukan kewangan yang banyak sebab '###' ni hantar suaminya di hospital swasta.

Menurut ceritanya..habis barang kemas dah dijual..saham2 suami dah dijualnya untuk perubatan suaminya...sampai rumah pun nak dijualnya.

Kami yang di 'FB' pun rasa simpatilah dah kami telah tubuhkan satu DANA bagi membantu kawan2 yang dalam kesusahan. Kami telah sumbang kepadanya rm 4000.

Yang hairannya bila kawan2 dtg melawat suami dia boleh bawak gi rumah sewa anak dia dgn alasan suami dia tak mahu diganggu..oklah kwn2 faham.

Ingatkan kes tu senyap gitu..rupanya ramai kekwn yg dia ada hantar sms minta bantu dan ini sms utk aku..

begini bunyinya:

Salam. zue apa kbr? ### minta mintk maaf xpnh msg tp msg yg menyusahkan zue nak membcnya. ### tgh berikhtiar nak cukupkan 2500. pd tgn ### dh ada 1500. ### kurang 1k, ### xtau nk cr mana lg, ### dh tangguh nak tkr tiub husbnd dkt 10hari. pttnya buat urgnt sbb result biopsi suami x elok bimbng ke arah knser, kerosakkan blader dan kidney. sblm ni dia mula sht tp ujian 2nd biopsi kuar x elok. doc ktbnda ni seme kdg silent je. ### jnji smlm buat, tp x buat gak..ingat ari ni tp mai dpt 1k je. doc dh order tiub seme sbnrnya ada yg dh nk bg pnjm ming lps tp ada hal pulak suami dia masuk hsptl. ### ikhtiar dgn seme kwn2. tp ### fhm ada yg bls msg ada yg x. ###tau zue, ### dh bnyk sshkan org, ### rasa zue pun tau tp ###btul2 dlm keadaan amt2 memerlukan. ada yg bls kt kalau x mampu knp bwk pakar. ### bkn x pnh bwk gh. 2 ming suami dkt sana, ### akui layanan jururawat bgs, tp rwtan x dpt, ujian, cucuk dkt c tu. sampai lmbk2 drh makin ari lmh tu yg wat keptsan p byr. ### pun xnk mcm ni zue. tp ### x mampu. anak2 br masuk loan, bkn leh dpt esk, lusa. ### tau org mesti jemu pnjm tp xbyr lg. tp ### blum mampu. kalau dh setel apa yg ### harapkan ### mesti byr. apa jd pun. skrg ### dh mati alak dh ada 1500 kurang 1k. maka suami dh 5 hari tanggal tiub. mana ### nk cr zue. ### dh jd daif tol skrg. ### mntk maaf zue.
(### mewakili nama nya)

bila korang baca pun rasa simpatikan...ko rang tahulah dgn keadaan aku skrg ni...aku terus call kwn2 supaya buat kutipan duit...

Rupa2nya kami semua telah ditipu bulat2...adalah sahabat kami telah pergi siasat kerumahnya...semua ceritanya hanya bohong belaka... kwn kami dpt tahu dari jiran sebelah rumahnya dan juga pengerusi taman...suaminya tak sakit..org kg dia mmg tak suka dgn ### sbb sombong berlagak macam orang kaya...rumah yang dia duduk pun rumah sewa. Ramai orang cari dia.

Yang hairannya kami tak pernah jumpa setelah lebih 25 thn dan kekawan yg lain sama gak..ada tu bukan dari satu kelas pun tapi rasa simpati dan kasihan bank in kan juga ke akaunnya.

Nasib aku tak terkena tapi kesian dgn beberapa kawan yang telah beri pinjaman kat ###...bila dikira ada dekat rm 10000 termasuk duit DANA yang kami telah beri.

Perkara ni belum selesai lagi sebab kami ada gak perli2 ### kat 'FB' tapi org klu dah biasa buat kerja jahat mmg tak rasa apa2 pun ...kulit tebal.

Tunggulah dalam minggu ni...kapten Group FB buat serangan terus. Terimalah nasib ### nanti.




 

 

 

Dah terlebih ni...

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya...mcm hilang mood nak story mory...tapi nak juga citer.

N3 lepas aku..pasal lari budget...ni lagilah bukan saja lari dah formula 1 pulak.

Hari 10hb mlm ahad..aku dgn anak2..('suami' kaki lepak rumah je tak suka ikut) balik dari merambu hujan pun lebat selebatnya...jln raya penuh dgn air bertakung..jln punya jln sudah trlanggar lobang dah...peh..'kedegang' kuat tu. aku jln terus gak..mana boleh brhenti kereta rapat2 kat belakang.

Sesampai kat rumah citer le kat suami yang aku dah langgar lubang...apa lagi org tua tu terus je check..punya le naik radang kat aku..tayar dah tak leh pakai katanya...nasib baik rim ok.

Eeee bukannya aku sengaja nak langgar lobang tu..kecah je.

Gi kedai tayar apa lagi kena lah tukar baru nasib baik rim masih ok lagi kalau tak kopak aku...aku buat servis sekali sebab dah lama tak servis...masa balik kg itu hari...suami servis kereta dia.

Oh...pokai2.


Lari dari budget.

Assalamualaikum wbt...wah seronoknya masih dalam mood raya ke kekawan.. :)

Walaupun bekerja disiang hari tapi malam masih boleh beraya kan kekawan.

Dah masuk minggu ke 3 raya...aku dah terasa macam nak semput je ni..dah paras-paras hidung ni.

Tiap minggu kena masak banyak...ya  lah tetamu datang kena jamu yang berat2 sebab yang datang ni saudara mara ni jenis yg setahun sekali baru jumpa :) sebelum dtg dia orang dah call dulu...jadi kenalah sediakan juadah yg berat...takan nak bagi makan kuih kot..

Klu jiran2 kat rumah aku ni senang sikit...jamu kuih aje sbb dia org klu dtg umah main terjah je...org jawa kata 'baraan'.

Jumaat ni saudara dari KL nak turun Kulai..4 kereta lak tu...kawan sek anak dara nak dtg beraya juga..mak datuk byknya nak kena masak ni.

19hb pulak dah setat marhaban...rumah aku jatuh 20hb..selama 5 hari berturut2 ni. Nasib baik buat jamuan makan dirumah jiran aku ..peh selamat sikit.

Barang basah sekarang ni bukan macam dulu..semuanya dah naik harga.

Aku memang dah buat perancangan untuk budget raya ni...tapi tak sangka lak dah terlebih budget.


Nampaknya dapat bonus pun tak cukup dan terpaksalah kena korek tabung yang sediada dikorek...setahun sekali kena 'IKHLAS' tau.




Mula bekerja.

Assalamualaikum wbt...semoga kekawan semuanya sihat walafiat hendaknya...ni mesti terlebih makan.

N3 yang lalu ada menceritakan pasal bonus yg dijangkakan tak dapat...alhamdulillah..syukur kehadratnya dan doa kekawan semua akhirnya...dapat juga 1/2 bulan gaji. Lega rasanya sebab bonus tu lah dapat diberikan kepada anak2 buah...mmg rezeki mereka.

       ***************************************

Setelah seminggu bercuti akhirnya kembali bertugas seperti biasa.

Di tempat kerja...masih mood raya lagi. Nak buat kerja lum semangat...sebab bos pun masih cuti lagi.

Apa lagi layan FB yg dah seminggu  tak bukak.

Wah...kat FB bukan main lagi mereka2 ni menunjukkan gambar2 keluarga yang kesemuanya sungguh meriah dan heppening gitu. Yang tak bestnya tahun ni family aku tak sedondong..nampak macam kureng gitu.


9 adik beradik cuma 1 keluarga yg tak ada pergi beraya dirumah mertua dan
6 org anak buah yg bekerja dihari raya.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.