Assalamualaikum wbt...semoga teman2 blogger sihat disamping menjalani ibadat puasa.
Nak cerita le sikit pasal solat terawih...solat Terawih ada 8 rakaat dan 2+1 witir dan kalau habiskan semuanya 23 raakat terwaktu witir.
Aku pergi bersolat Terawih di Surau kg mak aku...bacaan yang IMAM baca semuanya ayat-ayatnya pendek2 belaka...setiap raakat kedua mesti dibacanya ayat 'Al-Ikhlas'...dan cara IMAM tu baca memang laju...cepat habis..dalam pukul 10.15/10.30 mlm dah habis. Di surau tak ada tazkirah.
Kalau di masjid di kawasan perumahan aku lak...IMAM membaca dengan surah2 yang panjang.
Selepas Al-Fatihah...IMAM baca dari ayat-ayat Al-Quran...punyalah lama berdiri.
Aku cuma dapat buat 8 raakat dan witir je sebab tak tahan berdiri lama sangat.
Selepas raakat ke 8..ada tazkirah..kemudian barulah sambung raakat seterusnya.
Kata jiran aku dalam pukul 11 malam keatas gitulah baru habis.
Tak boleh nak khusyuk solat sebab ada yang bawak anak2 kecil...tahulah budak2 ni buat bising je..boleh lak main lari2 tengah orang bersolat. Sabor aje lah...anak sapalah tu...
Yang sedap tu malam tadi tengah2 salam yang kedua...tiba2 'blackout'...budak2 yang memekak bermain...memjerit ketakutan..ah padah muka tahu pun takut. Tak sampai 5 minit dah terang balik.
Bagaimana pulak solat Terawih ditempat2 kekawan ek...