Pergi tak akan kembali..

Sabtu yang lepas iaitu 23hb April 2011 telah kembali kerahmatullah iaitu bapak saudaraku...abang kepada ayahku...En Yassin bin Suridi..di usia 85 tahun.

Lama sungguh arwah menderita sakit asma.

Dalam keluarga ayahku..hanya tinggal ayahku dan dalam keluarga emak pulak tinggal 4 beradik termasuk mak.

**********************************

Dulu kalau ada mak2 sedara ni rajin sungguh kita menziarahi mereka...bila dah tiada ni semacam dah putus sedara pulak. Mana tidaknya rumahnya dah tak ada orang tua duduk dan lagi anak2nya semua duduk merantau jauh2..jadi semacam terputus hubungan.

Kalau dapat jumpa...waktu nak kawinkan anak2...ah..mesti jumpa sebab orang2 macam ni rajin pergi rumah sedara kawin sebab masing2 ada anak2 yang akan kawin...takut orang tak datang rumahnya nanti.

Anak lelakiku malas baca buku.

Aku ni pening dengan anak lelaki aku yang seorang ni...buat aku naik angin aje hari-hari.

Hari-hari nak kena tanya..

ibu: ada kerja sekolah tak..
haris: ada
ibu: abis tu kenapa tak buat
haris: kejap lagi..
ibu: kejap lagi tu bila..kang dah nak malam..dah ngantok..baru lah sibuk nak buat..

itu buat kerja sekolah..kalau tak ada kerja sekolah...lagi lah...malas nak baca buku..kena paksa..barulah ambil buku. Bukan baca buku...buku yang baca untuk dia..

Percapaian disekolah..sederhana aje. Itu yang merisaukan. Sejak cikgu tuition dia pindah rumah..sampai ni aku belum hantar dia mana2 tempat tuition. Ni yang sedang mencari...area taman aku ni kureng lah.

Sejak dari tadika sampai sekarang dia malas membaca buku...kalau suratkhabar.. memang suka...tapi baca bahagian belakang sekali..nak nengok masa perlawanan bola sepak.




Bola2 ni memang favourite dia...boleh brgaduh anak beranak sebab berebutkan remote control.




Main computer tak payah diajar...dia sendiri tahu..kalau games kat dalam internet lagilah teror.




'haris' di Sentosa island Singapore.




Macam mana nak galakkan anak rajin membaca.





Banyak lemak kau ni..

Assalamualaikum wbt.
Seronoknya hari ni hari Jumaat...esok tak kerja..yahoo.

Makan punyalah berselera..tak makan tak boleh..lapar je.

Pagi, tenghari, petang dan malam mesti nak makan...tak banyak sikit pun jadi.

Macam mana ni..perut dah buncit..bukan buncit suami punya kerja ek..buncit sebab banyak lemak tepu ni.

Macam mana nak atasinya... aku dah pernah makan ubat susut perut (mutika ratu) tak jalan pun. krim mustajad halia..lagilah..teh slimming org kampung..sama gak.

Jogging seminggu tak sekali pun...senaman angkat kaki..oh tak terangkat separuh je..tak larat.
Puasa dah buat setiap hari Isnin dan Khamis tapi bila buka puasa..mak ai banyaknya aku balun.
Lauk yang aku masak..kekadang kesian lak..tinggal sikit2 tu sayang...terpaksalah aku tolong habiskan.

ni masa jogging kat Taman Bunga JB tahun lepas (kenapa le tak dibaiki bangunan lama tu)


Kekawan bagi le petua macam maner nak kempiskan perut ni...:)


Tak boleh bergerak.

Assalamualaikum wbt...semoga teman-teman sihat walafiat hendaknya.


Kejadian benar-benar berlaku di pejabat aku...masa tu belum pukul 9 pagi. Aku dan kawan aku nak keluar pergi breakfast.

Nengok2 'bos' aku dan terbongkok kat belakang Pajero nya tak bergerak-gerak.

Kebetulan staff lelaki sampai...dia dengan seorang lagi staff sebelah pejabat yang tolong mempapah bos masuk kedalam pejabat.

'Bos' dah mengerang kesakitan...'bos' telefon kawan dia 'doktor'..nasib baik bos ada simpan ais (mcm jelly) kat peti ais. Ais tu di letakkan di belakang...

Tak lama isteri 'bos' dan menantu lelaki dia datang. Ingatkan nak bawak gi hospital pakai kereta.
Rupanya 'bos' dah tak boleh bergerak...terpaksa isteri 'bos' telefon ambulance.

Dalam 20 minit...ambulance dah sampai sebab hospital Abdul Samad tak jauh dari pejabat kami.

'Bos' terpaksa guna stretcher sebab dah tak boleh jalan.

Masa nak usung masuk kedalam ambulance...nengok isteri 'bos' dah menangis2..aku pun tak semena2 turut menangis...

Ingatkan waktu lunch atau balik kerja nak gi melawat tapi isteri 'bos' telefon...dengan mengatakan pihak hospital tidak membenarkan orang luar datang melawat melainkan keluarga terdekat.

Sampai sekarang aku dan staff2 yang lain masih tertanya2 akan keadaan 'Bos'.


7hb April 2011 - RABU.
assalamualaikum wbt...buat teman2 blogger.

alhamdulillah sekarang ni 'bos' zue dah ok..dah balik rumah pun.

Dr kata dia mengalami terseliuh aje...setelah buat pemeriksaan MRI...cuba 'bos' tidak boleh bergerak sgt sbb masih sakit lagi.

'bos' mc seminggu...alhamdulillah :)





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.