Bertemu kembali...












Aku betul2 rasa gembira kerana member kamcing dari sek rendah/menengah mengunjungi rumah aku.
Kami memang selalu berempat...aku, nollie, sheena dan noi.


Begitu lama hubungan persahabatan kami dari tahun 1980 hingga 2009.
Agak lama kami tidak berjumpa hanya berhubung melalui telepon saja. Mungkin masing2 sibuk dengan keluarga hingga membataskan kami untuk berjumpa.
Kami memang rapat dah selalu berjumpa dihujung minggu...waktu tu hanya Noi saja yang ada kenderaan ...apa lagi kami selalu merambu di bandar JB. Petang2 kami akan jogging di taman bunga (istana) lepas tu lepak2 di warung batu (wisma persekutuan)

Bila berkumpul begini rasa macam dulu-dulu sebab kami masih riuh rendah seperti zaman remaja...ceh wah perasaan. Hingga tak terasa yang kami telah mempunyai anak dara dan teruna yang sedang membesar.
Ketiga-tiga mereka ini mempunyai anak seramai 5 orang cuma aku hanya 2 orang saja.

Kalaulah kita dapat memutarkan masa...seperti citer 'back to future' mesti seronokkan.

Ya Allah,
Kawan saya, sahabat saya,
Rahmati kami meniti usia,
Terpisah kami di alam nyata,
Temukan semula di taman syurga.
Ya Allah,
Sahabat saya, buah hati saya,
Mesra kami penawar duka,
Rindu kami menambah cinta,
Rajuk kami membuah ceria.
Ya Allah,
Silaturrahiim kami, ukhwah fillah,
Bermusuh kami, na`uzubillah,
Berpisah mati, inshaAllah,
Pengubat hati, do`a rabitah..
Semoga kita sentiasa dirahmati Allah. Amin.

9 comments:

ain said...

dulu, saya pun berempat gak!!! now ni, ntah mana2 depa tercampak!!!

zue said...

ni pun susah juga nak dpt jumpa.
alhamdulillah raya thn ni mmg
betul2 bertuah.

ummu masyita said...

Best kan Zue,kalau kita dapat berkumpul macam ni semula.Bukan senang sebenarnya nak jumpa semua dalam satu masa

zue said...

tak sangka pulak dia org nak dtg rumah.
mmg suka sgt masa tu.

Kasawari said...

Seronok dapat bertemu kawan2 lama..

Aminnnn..

p/s: rumah baru ek.. naper pindah ek? he he

aNIe said...

Salam zue..dah pindah kat sini ke...hmmm...nanti senang akak tukar url kat blog akak ye...

Kita ni bila dah berada di kalangan kawan2 sekolah atau kolej...terasa macam masih remaja...happy tak hengat...

zue said...

kasawari

mmg rasa seronok...rumah lama ada hantu kot hehehe.

kak anie,
kita tak akan dpt kenangan masa remaja tu lagi masa kini.

Mak Su said...

:)

en_me said...

akak zue dulu soklah maner erk.. ehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.