Mendaki Bukit Broga

Lokasi
Broga atau Beroga sebuah pekan berhampiran dengan Semenyih, Selangor Darul Ehsan. Ia terletak di antara sempadan negeri Selangor dan Negeri Sembilan. Broga terletak 12 km ke Barat bandar Semenyih dan 50 km dari Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia. Simpang ke Broga di hadapan stesen minyak Petronas Semenyih. Jalan ini boleh menuju ke Ladang Balau, Taman Tasik Semenyih, Universiti Nottingham cawangan Semenyih, Pusat latihan dan ujian memandu kereta, berjumpa dengan dengan Kampung Tarun dan seterusnya Balai Polis Broga sehinggalah masuk ke sempadan Negeri Sembilan.

Muka bumi Broga
Jalan menuju ke Broga berliku-liku yang mempunyai likuan maut di mana-mana. Pandulah kereta sekitar 50 km/j sahaja jika berada di sini. Namun begitu di sinilah letakknya projek perumahan berprestij yang dinamakan Taman Tasik Semenyih.

Asal nama Beroga
Broga mengambil nama sempena nama Sungai Beroga.

Beroga berasal dari kata Buragas, iaitu rasaksa yang sangat besar dan ganas, hidup di dalam tanah, sesekali keluar mandi di kawasan air terjun. Tanda-tanda Buragas akan keluar ialah apabila hujan panas pada waktu tengah hari. Ketika itu pasti ada darah tumpah akibat pertarungan antara dua jejaka. Buragas akan keluar mencari dua jejaka tersebut dan memusnahkan kedua-duanya serta kampung halaman.

Sumber dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Broga

Pada 30hb mei 2011 Kami memenuhi hajat anak perempuan ku yang ingin mendaki Bukit Broga. Melihat pada blog kekawan yang telah mendaki. Teruja juga sebab ianya dah dekat dengan kampung suamiku.

Kami bertolak dari rumah mak mertua dalam pukul 7.30 pagi.
Nak masuk ke kawasan Bukit Broga kena melalui ladang kelapa sawit dimana dikenakan rm 2 untuk sebuah kereta dan rm 1 untuk motosikal. Nyonya tua yang jaga tau..tarak bayor itu kereta tara boleh masuk.



papan tanda menunjukkan ketinggian Bukit Broga dan Gunung Tok Wan

Pendakian aku bermula.

Betapa tingginya untuk sampai kepuncak itu dengan kecerunan dalam75 darjah.
Aku setakat disini saja sebab..takut seh..gayat.



Haris kelihatan menunjukkan tanda peace kat arah ayah dia..padahal dia berada dalam ketakutan.
Setakat sini saja pendakian haris sebab dia dah menjerit2 ketakutan...orang kata kalau mendaki jangan pandang bawah.

Inilah dia puncak Bukit Broga yang telah berjaya anak perempuanku dengan sepupunya berjaya didaki.





Pasangan saudara yang ngam..sebaya pulak tu.

 Untuk sampai ke gunung Tok Wan kena mendaki dalam 4.8km lagi...Kebanyakan mereka yang mendaki hanya setakat Bukit Broga dah tak larat melainkan mereka yang memang kaki panjat memanjat macam spiderman.


Inilah dia puncak Bukit Broga gambar dari Wikipedia.
Ramai fotographer DSLR datang ke sini semata-mata untuk mengambil gambar sunrise dan sunset.
Anakku cuma guna camera HP dia aje..

Keselamatan tanjungjawab sendiri...tiada ciri-ciri keselamatan yang terdapat disitu. Kalau kekawan yang ingin mendaki disitu kena berhati-hati sebab laluinya memang mencabar dan kalau tidak kuat stamina baik tak payahlah sertai..tunggu kat bawah sambil minum air kelapa yang nyonya jual..hehehe.

21 comments:

maza said...

sudah lama maza mengidam hendak melantun-lantun kat bukit broga.. tapi belum kesampaian....

errr... maza pun gayat juga orangnya... setakat bukit rata dan gunung tombang maza berani ler.. ahaks...

wakakakaka

MOKCIK AZWA said...

Zue...ayat amaran tu yang best tu...erkk..mokcik pun nak minum air kelapa jer la hahahhaa

zue said...

maza,
gi lah ko lantun2 kan badan ko kesana..kot boleh susut berat bdn..hehehe.

mokcik azwa,
yo lah minum air kelapa lagi syok..ee sekali je le zue panjat..sakit satu badan dibuatnya.

Maiyah said...

assalam..

wahh.. menarik ni.. relax minda ddk kat situ :)

ahmad humairi said...

hati-hati,

ada jin buragas...tengah tido di situ....jangan kaco...hehe.

zue said...

maiyah,
mmg cantik dpt nengok panorama dari atas.

zue said...

ahmad humairi,
buragas dah lama menghilang mana dia pergi ek...nak juga nengok :)

Kakzakie Purvit said...

Kalau kakaklah zue, jangan kata nak sampai puncak, daapt suku puncak tu pun dah bagus. Tapi nampak cantiklah...

zue said...

kakzakie,
nak x nak kena juga temankan anak ppuan zue ni..itu pun x smpai atas dah pancit.
baca dari blog kekawn yg dah pergi, itu yg truja.

Anonymous said...

klu ada jual air kelapa kt puncak bukit tu ok jugak..penat2 panjat buleh pekena air kelapa..bru hilang letihnya hehe

zue said...

redza,
klu nyonya tu larat daki smpai ke puncak sudah tentu dah lama dia buat biz kat situ.. :) atas bawah..

Miecyber said...

Nice activity and nice view too...

E.coli kebal

Nadri said...

lately nama bukit broga agak popular sekali..tentu best dpt sampai kepuncak & menikmati pemandangan matahari terbenam..

nasib baik nama bukit tu bkn nama Burasak (makanan popular orang bugis masa raya)..

nahmy said...

wow...menarik juga tu. terhingin plak nak kesana..

sahromnasrudin said...

memang ya..kawan sy ramai kesini untuk amek gambo..mmg cantik pemandangannya kan

Nida n' Hanafi said...

Salam..

Glamer betul Bukit Broga tu, antara tempat wajib bagi photographer

Unknown said...

SALAM,
TAK JAUH DARI BBBANGI. TAPI TAK PERNAH KE SANA ! TERINGINNYA NAK KE PUNCAK BUKIT TAPI KENA TURUN DARI HELIKOPTER. LUTUT TAK MENGIZINKAN ! PENYAKIT SEWAKTU DGN USIA

Zaitun said...

Salam ziarah.

Panjat bukit? semputtt......

ieja amieja said...

cantiknyer pemandangan dr atas bukit tuh...dulu suka daki mendaki ni...skrg dah naik gayat lak bila kat tmpt tggi..mmg x akan kesampaian la nmpknyer nak memanjat gunung..hehhe

Unknown said...

Baru siang tadi pegi.perghhh, xtinggi sgt tapi menjunam jugak time panjat naik dan turun. Mmg best..tp susah klo bwk ank2 kecik, risau keselmtn derang.

Unknown said...

Baru siang tadi pegi.perghhh, xtinggi sgt tapi menjunam jugak time panjat naik dan turun. Mmg best..tp susah klo bwk ank2 kecik, risau keselmtn derang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.