Kuasa rm..

Assalamualaikum wbt...seringkali teringat zaman kanak2...alangkah gembiranya waktu itu...tiada beban untuk dipikul.
Semoga kehidupan teman2 blogger senantiasa dirahmati oleh Allah swt.

Bercerita pasal "BR1M" mesti teman pun ada cerita yang tersendirikan...

Dalam pejabat aku...hanya seorang aje yang mengisi borang "BR1M" ni iaitu seorang pak cik yang jawatannya sebagai Driver merangkap office boy. Yang lain2 semuanya tak layak..bila dicampurkan pendapatan suami-isteri.

Pak cik ni pencen askar yang brjawatan sarjan masa tamat perkhidmatannya.

Saya cakap dengan dia 'pak cik..layak ke..sebab pak cik kan ada 2 gaji (opis dan pencen) dan klu dicampurkan lebih dari rm 3000.'

'Alah cuba aje..' jawab pak cik tu.

'ok lah..mana tahu dapatkan..' jawab saya.

Bila hari yang mereka disuruh ambil voucher rm500 tu...kecohlah kat opis ni sebab anak2 pak cik ni yang berkeluarga ada dapat..tapi dia tak dapat.


gambar sumber dari 'google'


Hari-hari dok tanya kat orang ni kat orang tu. Dalam hati saya memang dah sah2 'tak layak'..tak yah nak buat edisi siasat.

Dengar cerita dari jiran saya pulak...emak dia pergi ambil voucher tu berebut2 sebab terlalu ramai dalam satu masa. Mana tidak bila nama tak dipanggil lagi atau pun tak layak pun ikut sibuk sama di sana dan menjadikan suasana tegang masa tu.

Inilah duit punya kuasa...cuba kalau disuruh datang untuk majlis agama...batang hidung pun tak nampak.


Inilah Duniaku,






11 comments:

Irfa said...

malu nak mintak ;(

zue said...

ifra,
klu layak buat apa nak malu kannn.

atuk said...

Assalamualaikum Zue

semuanya mengejar dunia

ikatankasihku said...

macam2 ragam manusia ni kan..huhuhu

MOKCIK AZWA said...

betul tu kalau layak apa salahnya minta kan..

kalau tak layak, usahlah kecoh

kalau layak, sepatutnya org yg dipertanggungjawabkan beri jer la kepada mereka yg layak

macam2 citer pasal BR1M hehehe

rezeki said...

salam

siap selesai semua, bersedialah utk memangkah dalam piliharaya hehehe

Kakzakie said...

Tapi ada pandangan mata kakak tak layak dia dapat tau Zue... entahlah...

Kazman / Sue said...

heee... bab duit memang lagu tu.... ada yg lebih bijak.... siap dapat double voucher dgn cara tanggungan pecahkan dua alamat.... macam2x cara ada... heee3x dengar je la.... citer orang pas tu siap tunjuk bukti... macam2x hal...

maza said...

katanya duit dari rakyat, utk rakyat.. tu yg datang berebut2 tu.. hehehe

kat sini di Kota Damansara, tak ada kes seperti itu.. mereka terima voucher dgn aman, sbb tak ada majlis penerangan seperti itu.. pakat bagi2 aje sudah.. hehehe

cuma sebahagian kawasan lain seperti makcik janda yg tinggal di Rawang bekerja dekat ofis ni yg terpaksa pergi ambil boucer tu kat N.9 di Nilai 3....

Penyudahnya kena dengar ceramah; berterima kasih dengan sokonglah gomen, dan beratur panjang lebar setelah penat naik bas turun bas. mujur makan juga disediakan, tu pun duit rakyat gak.. hehehe

Mohamad said...

Ramai orang jadi miskin bila tahu ada bantuan..

sahromnasrudin said...

assalamualaikum..

sape yg takde pay slip mmg mudah mohon brim nie huhuhuhhuhh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.