Berkata dusta antara tanda sifat individu munafik
Oleh Wan Mohd Ruzlan Wan Omar
2010/05/08
Insan dapat menjaga lidah daripada berbohong termasuk golongan mukmin berakhlak mulia
ANTARA perbuatan sangat ditegah Islam ialah berdusta. Jika minum minuman keras dikatakan induk segala keji maka berdusta pula faktor utama kerosakan akhlak dan kesesatan. Dusta atau bohong juga dikategorikan Rasulullah sebagai tanda orang munafik. Ini jelas seperti sabda Baginda: “Tanda kemunafikan ada tiga, iaitu jika berkata berdusta, jika berjanji mengingkari dan jika dipercayai berkhianat.” (Hadis riwayat Muttafaqalaih)
Sebenarnya, seseorang yang suka berbohong memiliki peribadi buruk yang tidak melambang seorang mukmin sejati. Allah berfirman bermaksud: “Sebenarnya yang tergamak berdusta itu hanyalah orang-orang tidak beriman kepada ayat-ayat Allah dan mereka itu ialah orang-orang yang bertabiat berdusta.” (Surah An-Nahl: 105)
link disini.
Siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri...
Empat sifat orang munafik:
apabila dipercayai ia khianat,
apabila bercakap ia berdusta,
apabila berjanji ia mungkir dan
apabila bertengkar ia mengenepikan kebenaran. (Hadis riwayat Ahmad)
17 comments:
salam,
tak usah berkawan dengan orang yang suka berbohong..
tapi sekarang dusta sudah jadi budaya!!!
aku masih berbohong jika bersesuai dengan situasi..
contohnya
oeg CIMB asyik call nak promote insurans apa ntdo!ah.
'Maaf cik, saya tenagh kerja'.
walaupun masa tu aku tengah tergolek tdo!
kekadang dlm x sedar pun kita berdusta..
salam zue,
paling xlarat bila dahlah menipu, anggap org lain xtau yg dia sdg menipu!
menipuuuu....je sejak muda sampai tua tapi benci2pun kdg2 org cenggitu kaum kerabat sendiri. abis camne?
berbohong untuk kebaikan...boleh agaknya...
Berbohong kerana sedang buat maksiat memang tak patut..orang bohong nanti rugi.
tapi ada juga kut masa kena berbohong..ini namanya gunakan kepintaran untuk menyelamatkan diri dari situasi yg menjurus kepada keburukan...
penjejak maya,
wsalam...mmg x nak brkawn dgn org suka brbohong tapi x oleh nak elak sbb dia nyer dekat dgn kita.
ain,
nak buat mcm maner...dah biasa pd dia org.
si tEDI,
samalah mcm akak...bohong sunat tu..malas nak layan org2 bank/insuran. (ada ke bobong sunat?)
maiyah,
betul tu maiyah.
piewahid,
wsalam...kluarga trdekat zue sendiri...kesian akak zue dari muda smpai ketua kena tipu dgn suaminya aje...tiada istilah serik pd nya.
cikgu humairi,
perkara2 yg harus kita elak trpaksa gak kena brbohong.
mokcik azwa,
dah lah buat maksiat...lagi nak bohong..org mcm ni mmg patut kena sula..hehehe.
klu utk kebaikan mungkin x salah kot brbohong.
takut.. takut sangat!
sedar atau tidak, sedari awal pagi hingga terbenam matahari kerap sangat berdusta.. huhuhu
berdusta pada Tuhan.. tatkala sujud tatkala rukuk dan tatkala iktidal maza berikrar, untuk menjadi manusia yang taat kepada Tuhan..
tetapi... setelah bertembung dgn dunia, seacap itu juga hanyut dan terlupa!
Munafikkah maza?
Fasikkah maza? aduhaiii
Allah huma Ya Allah..
.. Ya Tuhan, aku tidak layak untuk syurga Mu, tetapi tidak upaya menanggung siksa nerakamu.. dari itu aku pohon rahmat dan keampunan-Mu, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun segala dosa-dosa hamba-Mu!
huhuhu..
UWAKKKKKKK!!!!
sungguh insaf kanns,
mbak ojo ngapusi yo, ;-)
salamm,
maza,
mmg tipulah klu kata manusia x pernah berbohong.
sesungguhnya hanya allah jua yg mengetahuinya...moga2 kita diampuni oleh NYA.
tunbegia,
insyallah.
mbak orak ngapusi...hehehe
uiks.. en.Tun dan K.zue..
den pun nak nyampuk bahaso jawa gak.. huhuhuh
ojo kesandung! arak mengerti aku..heheheh
salam zue, harap2 kita sentiasa dilindungi dari berbohong
maza,
k.zue mmg org jawo tapi tak pndai ckap jawo. yg senang2 tu bolehlah.
njalok ngapuro orak reti omong jawo.
kamato,
wsalam harap begitulah.
singgah2 di sini sat :)
tq utk posting ni :)
Post a Comment