Bergombira..lalala.

Assalamualaikum...salam di hari jumaat hari segala hari.
Hari jumaat dimana hari penghujung hari bekerja...yehhh esok hari nak bersilat pencak ket umah.
Yehhhh juga sebab masa rehat yang panjang....yehhh juga sebab hari untuk kaum wanita pergi
merayap2 di shopping complex..bagi menghabiskan sisa2 duit...walaupun tak ada duit boleh gunakan swipe.
Hari nak makan yang sedap2 sikit diluar sana sebab masa rehat yang panjang.

Sebut pasal makan ni...nak tanya kat kawan2 ni...cara kita makan dan perangai kita yang tak boleh nak ubah.
Ada orang makan dengan cara ..Lambat / Cepat / Pelahap / Gelojoh.
Ada yang makan penuh kesopanan, ada yang makan sambil bercakap bahkan sambil tersembur pun ada!
Ada orang makan dengan bunyi yang Bising / makan yang berulam kan air...jenis mkanan
belum habis tapi air minum dan masuk 2 gelas.

jom kongsi...

Gaya makan dia di meja makan juga ada memberikan gambaran sikap sebenar dia orang. Apa kata kita selidik. Perhatikan lah bagaimana gaya si dia makan tapi jangan pula sampai dia terperasan. Barulah kamu boleh menilai peribadinya.

Makan dengan tenang
Wah! Skima habis nampaknya. Suapannya penuh hati-hati. Tapi sikapnya itu buat kamu bosan. Geram pun ada gak. Mana taknya, dia seolah-olah lebih 'minat' dengan makanan itu berbanding dengan diri kamu sendiri. Namun di sebalik sikap dingin si dia itu menggambarkan bahawa dia seorang yang tegas dalam membuat keputusan dan usah diragui soal kesetiaannya. Kamu tetap satu di hatinya! Cewah!

Asyik belek makanan
Hai! Dia lebih banyak pandang makanan daripada wajah kamu! Macamlah makan tu sedap sangat. Perhatikan cara dia makan. Cukup teliti. Misalnya kalau makan ikan, tulang-tulang ikan itu siap disusun di tepi pinggan. Elok saja! Usah gusar, itu menandakan dia amat prihatin dalam tiap apa juga yang dilakukan. Selain itu, tentu saja dia memang serius dengan kamu. So, usahlah diragukan cintanya!

Serius ketika makan
Kiranya gaya makan dia okey saja. Tak terlalu cepat atau lambat sangat Sesekali dia akan berbual tapi taklah kerap sangat. Bermakna kamu masih lagi 'wujud' di depannya. Namun ketika mengunyah, matanya asyik perhatikan kamu hingga kadangkala kamu nak makan pun segan. Alahai! Bertuahnya badan! Nampak sangat dia teramat sayang terhadap kamu dan tak mahu kamu 'hilang' sesaat pun dari pandangannya. Jaga-jaga, kang nanti tercekik tulang pulak! Sikap pelindung jelas ditunjukkan terhadap diri kamu. Berbahagialah yek!

Makan sambil borak
Syok sangat berbual dengan kamu sampaikan nasi di dalam pinggan pun tak luak. Itu menggambarkan si dia seorang yang periang dan susah nak tengok dia marah. Tapi, merajuk tu adalah. Selain itu, dia juga gemar berterus-terang kerana baginya itu adalah antara perkara utama untuk memastikan sesebuah perhubungan itu berjaya. Tapi awas, jangan buat dia marah. 'Angin satu badan'lah pulak!

Makan sambil kerap tengok jam
Tiap kali makan, selalu nak cepat sedangkan m asa masih pangjang dan tak ada perkara yang nak 'dikejar'. Jangan salah faham, bukan dia ada date dengan gadis/jejaka lain, cuma itu dah memang tabiat dia. Itu semua menunjukkan bahawa dia sebenarnya amat menitikberatkan soal masa. Tengok saja tiap kali berjanji. Mesti 'on time' dia sampai. Sebab tu dia tak suka seseorang yang lembap.

Makan sambil merungut
Ada saja yang tak kena. Makanan tak sedaplah, kurang garamlah dan macam-macam lagi. Kadangkala tu, sakit juga hati kamu dibuatnya. Alah! Biasalah tu, dia kan jenis yang suka berterus-terang. Apa saja yang dirasakan tak puas hati akan diluahkan walaupun kadangkala ia merimaskan kamu.Tapi di sebalik sikapnya itu, ia menunjukkan bahawa dia teramat mengambil berat terhadap diri kamu. Cuma awas, dia tu kuat cemburu. Jadi, jangan gatal-gatal nak menjeling jejaka/gadis di meja sebelah walaupun sekadar untuk cuci mata. Nahas kamu nanti!

sumber dari http://pakarhowto.com

22 comments:

Kakcik Seroja said...

Salam Zue..

kakcik pun tak perasan gaya makan kakcik macam mana.. tapi, rasanya kakcik makan dengan cepat! :)

ahmad humairi said...

dah x bape selera makan...
skrg telan vitamin,
badan dah semakin kurus huuuu...

rezeki said...

salam zue

hahahahahahah

pak itam jenis makan sampai habis licin heheheheheheheheh

penjejak maya said...

salam,

alhamdulillah baru lepas makan roti..

Cetusan said...

bagi lelaki dia minat ada wanita duduk didepannya baru selera, tak kira rakan sepejabat atau rakan sekerjakan..

huhuu (saja nak buat rasa cemburu)

Kniedaz said...

makan sambil blogging macamana plak ek? hahahaha

Maiyah said...

sy mkn sambil mkn hehe camne tu yek..

zue said...

kakcikseroja,
wsalam...mkn cepat ni untung gak dpt nengok org lain mkn. klu zue mkn sama dgn kakcik...terkulat2 le nak mengejar. he3

cikgu humairi,
alahai kesian nya cikgu...sihat esok mkn byk2.

rezeki,
wsalam pak itam...seronok klu mkn smpai licin tak membazir.

zue said...

penjejak maya,
wsalam...takan mkn roti kot..diet ke?

zeqzeq,
ni yg tak syok...ada aje lencungnya. k.zue open minded janji x mengatal sudah.

kniedaz,
mkn sambil blogging...k gak janji kenyang. ada aku kisah...he3

maiyah,
tak ada dlm katagori iteww ke? apa2 aje lah.

ain said...

yang pasti, masa sy makan, sy tak igt apa2...cuma menikmati sepenuhnya makanan saya.hihi

Hairun Azmi said...

Yang pasti lepas makan...Alhamdullillahh...

zue said...

ain,
betullah ain...makan dgn rasa puas.

miecyber,
syukurian.

KAMATO said...

kita semua kena ingat, kat malaysia ni ramai yg dapat penyakit sebab terlebih makan

MOKCIK AZWA said...

camno agakanya mokcik makan ek...hehehe

Nida n' Hanafi said...

makan pun ada banyak jenis ye... Kalau Nida, makan tak tengok orang kot.. laporrr

ummu said...

salam Ka. Zue
makan dengan berbunyi macam2 tu, cap,cap tu yang tak best.makan dengan tenang pasti perut pun senang,

zue said...

kamato,
mkan utk hidup..tak gitu.

mokcik azwa,
klu dekat dpt juga zue prhatikan ahaks.

nida,
mkn x nengok org pun bahayo sbb x pasal2 kena gap dari belakang. hi3.

qaseh mas,
yg bunyi cap cap tu yg boring dgr. dulu anak ppuan k.zue mkn brbunyi dah kena sound dgn ibu dia baru lah senyap.

Syafrizal said...

kita kene ikut makan cara nabi
40 kali kunyah baru hadam betul2..
air diminum lepas makan bukan selang seli dengan makan
nanti badan berangin...

Nadri said...

yg plg penting, wajib baca bismillah sebelum makan..selamat bercuti kak zue..

piewahid said...

zue,
masa cintan cintun dulu sy mkn dgn tenang,
skang ni makan xsedar kiri kanan. hihihi...
kategori apa ni ek?

hans said...

macam den selalu buat je
hohoho

zue said...

syafrizal,
klu nak ikut sunah nabi kunyah 40 kali...bila lak nak habis kannn

nadri,
dimulakan dgn bismillah dan disudahi alhamdulillah.

piewahid,
biasalah tu masa bercintan...itu katagori gelojoh...jgn mare..hi3.

hans,
yolah..ekau selalu buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.