Jiran Sebelah.

Apa pandangan atau pendapat korang bila berjiran dengan orang yang menyombong. Inilah yang terjadi kat aku ni. Sebelah rumah kiri melayu dan kanan cina. Yang cina ni peramah dan berbudi bahasa. Tapi yang melayu ni sombong nak mampus

Ada ke patut kawasan luar (depan) rumah, diletaknya pasu2 bunganya...dah kira makan sempadan rumah aku...buat bodoh je...aku alihkan balik ke kaw sempadan dia...ehh dia taruk balik..binggai betul.

Dah lah tu sampai kat jln raya...tmpt kereta aku selalu park...jahat betul orang ni. Aku buat bodoh je kereta aku himpit je lah pasu bunga dia...tahu pulak alih balik.

Yang aku boring sekarang ni taik kucing. Bela kucing..ayam serama dan burung pulak tu..apa dia ingat kampung ke?

Walaupun rumah aku ada tembok cina...bau busuk tetap sampai kerumah aku. Tahan nafas je lah.

Kalau jiran melayu yg depan2 rumah aku...tak ada le perangai busuk macam ni. Aku ingatlah zaman dia sekolah dulu tak ada belajar pendidikan sivik agaknya.

Kalau tinggal kat kaw perumahan yang hidup tak campur orang...ni gayanya ikut suka hati mak bapak dia je. Lebih baik berjiran dgn bangsa lain yg kalau berselisih jalan tetap angkat tangan. Walau tak berbual tapi masih boleh tersenyum.

**********************************

Rasulullah S.A.W. mengingatkan kita tentang kewajipan berbuat baik dan sentiasa merapatkan hubungan sesama manusia, dalam kehidupan seharian, kita tidak boleh lari daripada berhubung dengan seseorang seperti rakan sekerja, teman serumah, jiran tetangga, masyarakat sekampung dan sebagainya. Inilah yang perlu dijaga dengan sebaik-baiknya, agar kehidupan menjadi lebih sempurna. Allah S.W.T. berfirman yang bermaksud:


" Beribadatlah kamu kepada Allah dan jangan mempersekutukannya dengan sesuatu yang lain, berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan juga jiran tetangga yang jauh".
- An-Nisa' ayat 36 -

23 comments:

Ummi said...

rasanya akak pun pernah cerita pasal jiran yang sombong jugak

sama sahaja, jiran akak sebelah cina dan sebelah lagi melayu, yang melayu tu lah akak ada masalah, yang cina ok aje,

sedih gak, kalau fikir pasal dia akak macam nak pindah, last sekali akak buat dunno :(

ahmad humairi said...

salam,

jiran tu fikir dia ada segalanya...tu yang xnak kawan ngan kita tu...bukan kita xnak kawan ngan dia....

myQza said...

jiran saya jarang nampak muka..

Nida n' Hanafi said...

Inilah manusia..pelbagai perangai dan karenah.. kadang2 terfikir, kenapalah mereka tak boleh berfikir seperti apa yg kita fikirkan

zue said...

ummi batrisya dan damya,
kes ummi sama mcm zue juga ya..knape ya org melayu mcm gitu.
x cmpur org lak tu.

cikgu ahmad humairi,
wsalam..zue ni jenis suka nak brborak2 dgn jiran2 bukanlah kita ni nak jaga tepi kainnya cuma nak lah juga bertegur sapa. ni tidak dia jenis buat x nmpak kita.

zue said...

si tEDI,
yg jenis jiran x nmpk muka tu boleh lah excuse...ni yg nmpak muka buat2 x nmpak pulak.

nida,
betullah...mereka x brfikir mcm apa yg kita fikir.

ain said...

Alhamdulillah...jiran2 saya semuanya baik2 belaka!! baik2 sgt!! klu sy dpt nebor mcm kak zue, mau tensen agaknya!!! hopefully kak zue byk2 bersabar!

Mak Su said...

saya ada jiran melayu yang sangat suka skodeng orang, dan suka memburuk2kan orang..... :(

Syafrizal said...

masalah kalau dapat jiran macam ni..
tensen pun ada

piewahid said...

salam zue,
sy kalau nak cerita pasal jiran sebelah rumah, jauh lagi dahsyat. 3 hari 3 mlm xabis.

malas nak manjangkan cerita, buat2 lupa aje lah. ckp & bincangpun xguna sbb mentality mmg bbeza... silap2 kita diamuknya.

maza said...

elok dibuatkan kenduri doa selamat dan ajak jiran tu datang sekali..

kalau dia berdalih nak datang, buat ler beberapa kali..

kalau tak mau datang juga!
memang sohih dia kaki tak bermasyarakat....

apa lagi, buat hal, REPORT Polis dan rukun tetangga!... huhuhu

hans said...

alhamdulillah jiran baru den dah okay
kalau rumah lama
fuh nauzubillah

Episod Ke-25 ADKDA Boleh Dilayari Di http://hanspunyablog.blogspot.com/2010/06/antara-dia-kau-dan-aku-episod-25.html

zue said...

ain,
nasib baiklah k.zue ni bekerja dan x berapa nmpak mukanya.

mak su,
mmg x sukalah klu jiran suka skodeng ni...byk yg buruk dari baiknya.

syafrizal,
skrg ni zue dah mls nak fikirkan.

zue said...

piewahid,
wsalam...wah..lagi hebat jiran pie ni.

maza,
bukannya zue x pernah jemput kenduri malahan klu buat open house pun jemput. mmg jenis x nak cmpur org.

tak tahulah knapa...nak kata pekak dgr. bila di beri salam x pernah jwb dan buat diam aje dlm umah. padahal kita tahu dia ada umah.

kita dan jiran2 lain skrg ni dah x mahu lagi brtegur sapa dgnnya. asyik kita je yg trheggeh2.

dia ni mmg sah kaki tak bermasyarakat....

hans,
ko yg ok atau jiran ko yg ok ni.

Hanisham Ab Halim said...

Salam Ziarah...

penjejak maya said...

salam,

eloklah jiran ni bertegur sapa kalau ada emergency pun senang nanti..

rezeki said...

salam zue

insyallah, semoga Allah memberikan taufik dan hidayah padanya, sabar je lah

alhamdulillah, jiran2 pak itam di tepi hutan termasuk masyarakat semuanya baik2 belaka, kami hidup dalam suasana bermasyarakat dengan harmoni

begitu juga dengan jiran2 pak itam di HC .Walaupun kami hanya ada hujung minggu je di sana, tapi kalau ada majlis melibatkan masyarakat islam dan melayu, kami sentiasa dijemput.Cuma kami jarang bertemu muka , tapi jiran sebelah yang melayu dan sebelah lagi yg cina ok dan hubungan kami baik, mrk yg tolong tgk2kan rumah pak itam.

Alhamdulillah

zue said...

echam,
wsalam...thank singgah sini.

penjejak maya,
wsalam...dah x kuasa nak brtegur sapa lagi kat jiran iteww. nanti buat kita yg malu sendiri.

rezeki,
wsalam..best nyer dgr pak itam dpt jiran2 yg harmoni gitu.
syukur alhamdulillah.

deena farhana said...

uhh...jiran sombong ye..aduh..berat la nk komen.ssh org mcm ni...da tau duk bjiran kenalah timbangrasa skit..

ummu said...

Salam kak Zue
semoga ada pahala untuk akak atas kesabaran akak menghadapi karenah jiran seumpama ini

zue said...

deena farhana,
dah dekat 9 thn k.zue tinggal di situ..x ada mana nya dia nak brtimbang rasa..hari2 bau taik kucing...menyombong lak tu.

wsalam ummu,
insyalllah kesabaran tu masih ada..walaupun dia terus mengelak dari brsua muka.

Anonymous said...

jiran sebelah rumah saya sombong gak...suami saya cakap, suami jiran sebelah rumah tu 'kerek'. nampak buat tak nampak tapi letak peti sejuk buruk dia tu dgn brg anak2 dia kt depan pintu belakang rumah saya. bila dialihkan, masih nak letak lagi. bila saya naik gila, saya tendang2 juga brg2 tu last2 saya dan suami buat x reti je.

Anonymous said...

Jiran rumah saya pun melayu...lagilah suka sibuk hal org pastu asyik dia jer Yang nak keluar Dari kawasan rumah dia...Bila Aku keluar dia pun keluar...Bila buang sampah habis dia hempas tong sampah dia...gila...lantaklah tu tong sampah kau...saya harap Bini awak kalau keluar dari rumah sila pakai tudung.

Bila Aku yg perempuan ni keluar Dr rumah laki dia mesti nak keluar jugak..bawak kereta laju macam pelesit...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.