Apa pendapat kekawan tentang org yg suka sangat menunjuk-nunjuk ni (mcm bagus jer)...bagaimana nak menghadapi karenah org cam ni?? ataupun anda sndiri mmg suka menunjuk-nunjuk...jom kongsi...
Enam sifat wanita yang mana jika wanita memiliki salah satu dari sifat ini dinasihati dijauhi atau dilarang daripada lelaki untuk mengambilnya sebagai isteri.
1. Al Nananah - wanita yang banyak mengomel itu dan ini. Apa yang diberi atau dilakukan suami untuk rumahnya tangga semua tidak kena dan tidak berpuas hati.
2. Al Manah - wanita sebegini yang menidakkan usaha dan jasa suami sebaliknya mendabik dada dialah yang banyak berkorban untuk membangun rumah tangga. Dia suka mengungkit-ungkit apa yang dilakukan untuk kebaikan rumah tangga. Biasanya wanita ini bekerja berkedudukan tinggi dan bergaji besar.
3. Al Manaqah - wanita ini berangan-angan mendapatkan suami yang lebih baik dari suami yang sedia ada. Dalam kata lain wanita sebegini tidak bersyukur dengan jodohnya itu. Wanita sebegini yang mengkufuri nikmat perkahwinan. Dia juga merendahkan kebolehan dan kemampuan suaminya. (Saya teringat satu masalah dulu wujud kumpulan pencari suami bergelar datuk. Dalam kumpulan ini ada beberapa orang wanita yang sudah beristeri yang juga turut berminat untuk mendapatkan suami bergelar datuk dan berkedudukan).
4. Al Hudaqah - wanita yang suka ikut nafsunya. Wanita sebegini memeningkan kepala lelaki. Dia tenguk apa saja dia mahu. Dia suka membandingkan dirinya dengan diri orang lain. Suka menunjuk-nujuk. Wanita inilah yang menjadikan suami dulu handsome sekarang suah botak.
5. Al Basaqah - wanita sebegini yang suka bersolek dan menghiaskan diri. Dia menghias diri bukan untuk sumainya tetapi untuk ditunjuk-tujukkan kepada dunia. Suka melawa. Wangnya dihabiskan untuk membeli make-up, kasut dan barang kemas. Wanita begini juga suka dipuji-puji. Kalau dia kebetulan menjadi isteri orang ternama dan menjadi pula ketua dalam kumpulan itu, orang lain tidak boleh mengatasi dirinya.
6. Al Salaqah - wanita yang mulut becoh, banyak cakap. Selalu ada ditempat kenduri atau majlis-majlis keramaian. Selalunya wanita ini cuba memonopolikan majlis. Kebecohan itu juga menyebabkan segala kerja yang dibuatnya tidak menjadi, hanya tukang sibuk dan komen saja.
23 comments:
assalamualaikum zue,
terima kasih. dah jumpa kesemua jenis patern yg dimaklumkan melalui pgaulan.
yg baik jadikan teladan, yg xelok jadikan sempadan :)
wanita atau lelaki..Allah jadikannya dengan kelebihan tersendiri...
menyampah kat org mcm tu
elakkan diri r bersifat mcm tu!
Semoga kita menjadi wanita yang kalau tidak pun terlalu baik, sekurang2nya tidak menyusahkan sesiapa. :)
semoga kita jadi isteri solehah!!
tq, moga saya tidak sebegitu, if i am, moga saya cepat2 sedar dan perbaiki diri
piewahid,
waalaikumussalam...byk brgaul luas pengalaman.
cikgu humairi,
mmg le wanita dan lelaki ada kelebihan nya tapi yg trlebih sudah tu yg menyampah.
si tEDI,
mmg nak elak org mcm ni tapi x leh sbb dia dekat dgn kita lak.
mcm maner ni...
kakcikseroja,
mmg lah kita x leh dpt yg trbaik tapi klu boleh buatlah baik2 belaka kannn.
ain,
insyallah,
mak su,
alhamdulillah mak su x begitu.
alhamdulillah tidak tergolong dlm golongan tersebut
salam kenal,
i) Cantik entri ni...Harap-harap IE tak temasuk dalam mana-mana kategori di atas
ii) sedap lagu sudir ni !!
kita akan sntiasa pelihara supaya mnjd lebih baik
tensen gak ngan org yg camni..
Issh.. semoga semua perkara2 tu dijauhkan.. Tie nak jadi wanita yang baik-baik je..
kniedaz,
mudah-mudahan.
ikan emas,
wsalam..tq singgah.
i) tq..x ada org yg inginkan sifat 6 diatas...tapi kita x dpt nak mengukur diri kita sendiri kannn
ii)zue mmg suka lagu2 arwah sudirman.
maiyah,
mmg tension dpt org mcm ni...nak tegur takut x leh trima.
tie,
insyallah semoga hajat tie dimakbulkan tuhan.
Bukan senang untuk menjauhkan sifat-sifat yang di nyatakan...
macam2 jenis orang dan perangai ye..
Semoga kita menjadi wanita yang terbaik di sisi suami...
salam...
semoga kita sentiasalah 'memesan' diri agar tak terhinggap dgn sifat2 mazmumah ni. seperti yg dikatakan - wanita adalah golongan paling mudah masuk syurga ttp paling sikit bilangannya di syurga....wallahualam.
sabar dengan karenah wanita
miecyber,
kita tidak dpt menilai diri sendiri..
nida,
semua org inginkan yg terbaik buat suami/anak2/keluarga dan masyarakat tapi kita selalu trlupa dan menjadi riak.
nahmy,
mudah2 allah membuka hati kaum wanita ni menjadi hati yg suci dan hindari dari sifat2 6 tersebut.
tehr,
tq krn mampir sini.
byk2 kan bersabor ya..
salam sis
macam2 ada kan..moga2 kita menjadi wanita yang baik di mata suami kita...
Ummu,
insyallah. amin.
Post a Comment