Sakit gigi.

Beberapa hari ramai benar dengar orang sakit gigi..terutama hubby aku. Geng opis pun sama gak..
alahai kesiannya...
Kena sakit gigi boleh jadi demam, menangkap kat kepala makan pun payah..kenalah aku masak bubur ayam untuk dia.
tahulah kalau makan bubur ni...rasa makan memang le dah rasa kenyang tapi bila nak tidur perut bernyanyi2 lak. sure x cukup kenyang macam makan nasi.

Sakit Gigi
Gigi yang berlubang bukanlah disebabkan ulat seperti anggapan orang pada zaman dahulu. Teori ini bertahan hingga tahun 1700-an hingga Willoughby Miller seorang dokter gigi Amerika yang bekerja di Universiti Berlin menemukan penyebab sakit gigi. Ia menemukan bahwa lubang gigi disebabkan oleh pertemuan antara bakteria dan gula.

Bakteria akan mengubah gula dari sisa makanan menjadi asam yang menyebabkan lingkungan gigi menjadi asam (lingkungan alami gigi seharusnya adalah basa) dan asam inilah yang akhirnya membuat lubang kecil pada email gigi.

Bila lubang terjadi pada email gigi, kita belum merasakan sakit gigi. Tetapi, lubang kecil pada email selanjutnya dapat menjadi celah sisa makanan dan adanya bakteria akan membuat lubang semakin besar. Bila dibiarkan, lubang akan sampai pada lubang saraf sehingga kita akan mulai merasakan sakit gigi. Proses ini tidak akan berhenti sampai akhirnya gigi menjadi habis dan hanya tersisa akar gigi.

Sakit gigi

Latar belakang
Sakit gigi merupakan kesakitan yang dialami pada atau sekeliling gigi. Ia sering menjadi penyebab utama orang ramai ke klinik pergigian terutama bagi mereka yang mengabaikan kebersihan mulut.

Apakah punca gigi sakit?

* Sakit gigi biasanya berpunca daripada:
* kerosakan gigi (karies gigi)
* penyakit gusi (penyakit periodontium)
* gigi sensitif
* sakit pada sendi rahang
* sinus tersumbat
* sakit telinga

Apakah yang boleh terjadi jika gigi yang rosak tidak dirawat?

Jika gigi yang rosak tidak dirawat, ia boleh menyebabkan:

* gigi mati
* gusi bengkak
* gigi dicabut atau kehilangan gigi
* kesukaran membuka mulut

Apakah yang perlu dilakukan untuk mengurangkan sakit gigi?

* Dapatkan rawatan di klinik pergigian secepat mungkin.
* Walau bagaimanapun, anda boleh mengambil langkah-langkah berikut untuk mengurangkan kesakitan buat sementara waktu sebelum ke klinik:
* mengambil ubat penahan sakit
* berkumur-kumur atau gunakan flos untuk membuang sisa makanan yang berada di celah-celah gigi
* kebaskan gusi, contoh dengan menghisap ais

Bagaimanakah untuk mencegah sakit gigi?

Anda boleh mencegah sakit gigi dengan:

* mengamalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik
* berus gigi dengan menggunakan ubat gigi berfluorida
* gunakan flos
* dapatkan pemeriksaan pergigian secara berkala
* kurangkan jumlah dan kekerapan pengambilan makanan atau minuman yang tinggi kandungan gula di antara waktu makan utama.

21 comments:

myQza said...

syukur,
belum pernah lagi saki gigi.

Kakcik Seroja said...

gigi pun ada email, ya?

kalau sakit gigi, mamang tak boleh tahan wooo....

Nida n' Hanafi said...

puas dah merasa sakit gigi.. tulah masa dulu2 malas nak jaga.. tu yg sekarang banyak gigi dah lopong..hehe

Che' Pit said...

bila sakit gigi, nak makan pun x de selera. tapi ramai gak yg rasa nak "makan org" semasa sakit gigi..

Maiyah said...

x mauuuuu.. x mauuuu sakit gigiiiii..

zue said...

si tedi,
bagus penjagaan yg baik.

kakcikseroja,
mmg gigi pun ada email..bila dah penuh kat inbox tu yg jadi hal..hehehe

nida,
gigi yg lopong kena pasang barulah...baru rasa nikmat makanan tu.

zue said...

Che' Pit,
betul..org sakit gigi ni mmg mcm nak mkn org. tanya sikit nak marah.

maiyah,
sama lah dennn.

rezeki said...

salam zue

sakit gigi hehehe

pak itam punye gigi dh ronggak sebatang hehehe

malas nak buat bridge gigi tu, biarkan begitu saja psl ia sentiasa mengingatkan pak itam yg hidup di dunia ni tiada yg kekal mcm gigi tu juga hihihi

Hairun Azmi said...

Info menarik.Memang sakit sangat kalau di serang sakit gigi nie..

zue said...

rezeki,
wsalam pak itam...mmg begitulah lumrah hidupkan. mana boleh kekal selamanya.

miecyber,
kenalah jaga kannn. klu dah rasa sakit jgn dibiarkan cepat2 buat rawatan.

tunbegia said...

salam kakzue, sila klik nama 'tunbegia' nih,

sori lame tak mai sinih,

penjejak maya said...

salam,

saya pun tengah sakit gigi tapi mujurlah sikit sahaja tu pun kena kunyah makanan perlahan-lahan

Anonymous said...

Tie dah seminggu sakit gigi. Memang rasa nak marah sebab berdenyut-denyut dalam kepala. Telinga pun sakit juga. Yang jadi masalah sekarang selera makan tak nak kurang.. jadi geram lak tak boleh kunyah, asyik telan macam buaya lak!

ain said...

salam kak zue. akak apa kabar?? lama tak singgah blog akak. busy campur virus M gitu. now ni baru nak mula ronda2 balik. tp naik basikal..lambat sikit la.hehe

Insan Biasa said...

Salam ...

Lawatan rasmi Dr Cinta ...

Sakit gigi kena jumpa Dr lain ..

hihihi ...

zue said...

tunbegia,
wsalam...nanti k.zue klik.

penjejak maya,
mcm hubby k.zue lah mula2 sakitnya sikit lama dibiarkan dah mula melarat jadi besar lubangnya...itu yg jadi sakit teruk. jgn di biar..cepat2 buat rawatan.


kayteeze,
tie pun sakit gigi juga...nmpak ramai pengunjung sini yg mmpunyai masalah yg sama.
dah gi klinik gigi..

zue said...

ain,
wsalam.
kabar baik
dah mula berblog semula...baguslah, takapa biar lmbt asal ada citer dari ain.

zue said...

insan biasa,
wsalam...sakit gigi boleh ke jumpa dgn DR CINTA. he3.

MOKCIK AZWA said...

sakit gigi macam sakit nak bersalin..orang kata la...

zue said...

mokcik azwa,
betul ke..zue x pernah rasa branak normal.

piewahid said...

salam zue,
akibat kedangkalan tentang ilmu menjaga kesihatan gigi suatu ketika dulu, saya adalah antara yg mmpunyai masalah gigi dan gusi yg serius skang. tambah lagi dgn diabetic, makin manjadilah nampaknya.

jagalah gigi sebelum berdepan dgn masalah seperti saya. nak senyumpun akhirnya malu... hihihi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.