Dah 2 hari..haris(anak) tidak pergi sekolah kerana demam...
Panas badan dah mula kebah...tapi sakit mulut pulak timbul.
kesian anak aku (haris), susah benar dia nak menelan makanan sebab ada 'mata ikan' (ulser) kat tekak dia.
Kita yang tua ni..bila ada mata ikan dah terasa sakit dan pedih apa lagi kalau kanak2 yang kena.
Ulser Mulut/ Kudis Mulut/ Mata Ikan (Ulser Afta)
Latar belakang
Ulser mulut juga dikenali sebagai kudis mulut atau
mata ikan. Ulser afta adalah luka atau kudis dalam
mulut, yang terjadi berulang kali samada dalam satu
tompok atau berkumpulan (tiga hingga lima). Ia
akan sembuh tanpa meninggalkan parut.
Mengapa ulser afta terjadi?
Ulser afta sering dikaitkan dengan:
• kurang pengambilan zat besi, folik asid dan vitamin B 12
• daya tahan badan yang lemah
• bakteria
• faktor keturunan
• sebab-sebab yang tidak diketahui
Apakah ciri-ciri ulser afta?
Tanda yang ketara ialah kesakitan dan kemerahan di sekeliling tompokan ulser (luka/ kudis)
di mana ia boleh berlarutan selama 7 hingga 14 hari.
Peringatan:
Sekiranya ulser tidak sembuh dalam masa dua minggu, anak anda mungkin mengalami
masalah lain. Dapatkan pemeriksaan dan nasihat daripada doktor pergigian.
Komplikasi ulser afta
Ulser berkemungkinan menjadi lebih teruk sekiranya ada jangkitan kuman. Kanak-kanak
mungkin menghadapi kesukaran menyusu dan/atau makan.
Bagaimana menangani ulser mulut
Sekiranya mengalami ulser mulut, pastikan anak anda;
• Amalkan penjagaan kesihatan mulut yang baik :
o jaga kebersihan gigi
o amalkan makan secara sihat
o pemeriksaan pergigian secara berkala
• Elakkan pengambilan jus yang masam dan makanan pedas.
• Sapukan krim atau gel penahan sakit.
• Dapatkan nasihat dan pemeriksaan oleh doktor pergigian atau pakar perunding kanakkanak
15 comments:
Salam Zue..
kakcik kalau kena macam tu, saja kakcik tepek garam. Memang meloncat kepedihan dibuatnya. :)
salam,
mas pun tempek garam. Pedih teramat tapi cepat hilang ulser tue...
Assalamualaikum Zue
kalau saya
minum air kosong banyak2
Wassalam
kakcikseroja,
klu mcm kita ni tak apa lah nak tepek apa pun. ni budak boleh ke tahan..taruk ubat sapu pun dah menjerit nangis.
maslinamansor,
kita yg tua ni pun leh mengalir air mata klu bubuh ubat...apalagi lah budak.
Rozali,
walaikumusalam..amalan minum air masak byk2 tu mmg bagus..tapi mata ikan suka2 je duduk dlm mulut. klu leh di kunyah...siap kau.
salam,
kesian ikan xde mata ropenye telekat kat situ... hehe.
assalamaualaikum..
gitule kita, diri-sendiri sakit takpe lagi tapi bila anak sakit..risau semacam jee. sabar...insyaAllah tak lama lg ok le tu.
tq utk info ni
ahmad humairi,
wsalam..soalan tang mata ikan juga anak zue confuse. mata ikan dok dlm mulut.
nahmy,
walaikumusalam..budak2 mana tahan sakit..
mak su,
welcome.
penyakit yg simple tetapi boleh mengganggu mood seharian.
moga haris segera sembuh :)
piewahid,
kesian lak nengok haris...x mahu mkn..sakit sgt.
harap cepat le sembuh.
Biasa bila bubuh ubat sapu tu terus okay... moga Haris cepat sembuh, ya.
moga haris cepat sembuh..
setakat hari ini baby maza tak kena penyakit tu lagi.. alhamdulilah..
kalau tidak pengsan gak ler, terpaksa bersengkang mata lorr..
banyakkan minum air suam...
amalkan roselle untuk vitamin C
kayteeze,
maza,
alhamdulillah dah baik...dah leh makan mcm biasa.
syafrizal,
tq..for your suggest.
armouris,
bahaya juga ya..ulser mulut ni boleh jadi barah.
derita kut kena ulser
Perjalanan Semalam Ialah Hari Makan Sedunia
Post a Comment