Tak boleh bergerak.

Assalamualaikum wbt...semoga teman-teman sihat walafiat hendaknya.


Kejadian benar-benar berlaku di pejabat aku...masa tu belum pukul 9 pagi. Aku dan kawan aku nak keluar pergi breakfast.

Nengok2 'bos' aku dan terbongkok kat belakang Pajero nya tak bergerak-gerak.

Kebetulan staff lelaki sampai...dia dengan seorang lagi staff sebelah pejabat yang tolong mempapah bos masuk kedalam pejabat.

'Bos' dah mengerang kesakitan...'bos' telefon kawan dia 'doktor'..nasib baik bos ada simpan ais (mcm jelly) kat peti ais. Ais tu di letakkan di belakang...

Tak lama isteri 'bos' dan menantu lelaki dia datang. Ingatkan nak bawak gi hospital pakai kereta.
Rupanya 'bos' dah tak boleh bergerak...terpaksa isteri 'bos' telefon ambulance.

Dalam 20 minit...ambulance dah sampai sebab hospital Abdul Samad tak jauh dari pejabat kami.

'Bos' terpaksa guna stretcher sebab dah tak boleh jalan.

Masa nak usung masuk kedalam ambulance...nengok isteri 'bos' dah menangis2..aku pun tak semena2 turut menangis...

Ingatkan waktu lunch atau balik kerja nak gi melawat tapi isteri 'bos' telefon...dengan mengatakan pihak hospital tidak membenarkan orang luar datang melawat melainkan keluarga terdekat.

Sampai sekarang aku dan staff2 yang lain masih tertanya2 akan keadaan 'Bos'.


7hb April 2011 - RABU.
assalamualaikum wbt...buat teman2 blogger.

alhamdulillah sekarang ni 'bos' zue dah ok..dah balik rumah pun.

Dr kata dia mengalami terseliuh aje...setelah buat pemeriksaan MRI...cuba 'bos' tidak boleh bergerak sgt sbb masih sakit lagi.

'bos' mc seminggu...alhamdulillah :)





10 comments:

Miecyber said...

Semuga boss segera pulih...

" Say No " Loji Nuklear Di Malaysia

luahfikiran said...

SALAM,
DIDOAKAN SEMOGA KEMBALI SIHAT, AMIN.

Tie said...

Eh... kesian dia, dan isteri dia. Mesti susah hati. Semoga bos tu kembali pulih seperti sediakala.

Zue, Tie dah tukar url.. klik kat link ni jer.

maza said...

aduhaiii.. kesiannya.. ngeri lak maza mengenangkan....

kalaulah boss itu adalah boss maza, sudah tentulah maza akan risau yg amat... sbb dia yg pegang pay cheque kami.. huhuhu

apa2 hal pun, moga2 bos yg itew selamat sejahtera dan akan pulih dalam masa terdekat ini.. ameennn

ahmad humairi said...

Suka bila boss xde kat pejabat...tapi dia sakitla pulak...kesian...moga boss cepat sembuh.

nahmy said...

kita mmg sentiasa 'diuji'...utk dilihat dimana 'keimanan' kita tu. itu ujian dia dan semoga dia tabah dgn ujian tu. semoga 'bos' segera sembuh....insyaAllah

Kakzakie said...

Macamnana keadaan boss zue sekarang? Kakak doakan moga dah sembuh. Mungkin dia sakit jantung ye....

Kunang-Kunang said...

Assalamualaikum Zue,

Semoga bos Zue cepat semboh.

Mutiara Bernilai said...

alhamdulillah..

moga selamat dan sembuh..

Allah menguji..moga kuat diri..

^__^

sahromnasrudin said...

alhamdulillah..bos awak selamat..semoga dia cepat kembali bertugas utk agama bangsa dan negara

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan.