Jemputan dalam pukul 11.00 pagi hingga 5.00 ptg. Kumpulan kami telah datang sebelum pukul 11.00 lagi kami dah sampai. Di mana kami mengemas apa2 yang patut di meja makan tetamu. Tuan rumah menggunakan khidmat catering.
Jadi tak adalah rewang pada sebelumnya.
Jam dah nak masuk pukul 12.00...makanan belum lagi sampai. Tetamu dah datang, nasib baik sedara mara tuan rumah. Bolehlah dilenggahkan dulu. Dalam 12 lebih gitu barulah sampai, itu pun tak sepenuhnya. Lauk pengantinnya nasi hujan panas (entahlah aku pun tak tahu kenapa digelar nasi hujan panas) lauknya dalca daging, ayam masak merah dan pacri nenas. Air satu jenis je Oren. Yang belum sampai pencuci mulut dengan daging masak lada hitam.
Sebelum tetamu datang kami kumpulan kendarat makanlah dulu. Kalau makan lauk pengantin yang belum diloceh2 ni memang sedap tengah pulak masih panas lagi.
Aku hairan pihak catering ni dah lah lambat sampai dah tu hantar lauk pakai kenderaan MPV punya cantik manalah nak muat dengan periuk2 yang besor2 ni. Terpaksa lah 2 kali trip mengantarnya. Lain kali kalau nak jadi catering pakai lah lori..barulah praktikal sikit. Bahlol betul.
Kesian betul dengan tuan rumah entah berapa kali asyik talipon tukang masak...jawapannya 'on the way'
Dalam pukul 3.30 ptg, lauk dah tinggal sikit..nasi masih ada lagi 2 tong tarmus. Nasib baik rombongan pihak lelaki sampai cepat takada lah kata mereka tak dapat lauk. Yang hairannya jemputan dianggarkan dalam 800 orang tapi lauk pauknya sikit saja. Terpaksalah tuan rumah membeli lima ekor ayam lagi untuk keluarga mereka sendiri. Kesian betul.
Dalam pukul 4.00 ptg lauk dah tinggal 2 jenis aje iaitu ayam masak merah dengan dalca daging...itu pun lebih kuah dari isinya. Hanya di tray tu aje yang tinggal. Selesai berkemas dan sempat juga bergambo dengan pengantin...kami pun beredar.

Pengajarannya disini...kalau nak membuat kenduri kahwin yang menggunakan khidmat catering ni kena tanya dengan orang yang pernah gunakan khidmatnya. Walaupun harga yang dikenakan murah tapi jangan sampai menyusahkan kita kelak.
Lagi satu jarak antara rumah pengantin dengan tempat masak tu...janganlah sampai jauh2 sangat . Agak2 sebelah taman itu dah oklah.
p/s: kalau ada berminat menggunakan khidmat kendarat sila2 lah. Promote gitu. Hihihi.